Aida Rich Cafe

Aida Rich Cafe Western Food, Nyonya Dish, Fusion We are the first and only 100% Muslims owned Western Food and Baba Nyonya Dish cafe in Melaka.
(523)

Makanan yang disediakan oleh orang Islam dihukum halal tanpa perlu disiasat kerana mereka terikat dengan tauhid, memaham...
10/01/2026

Makanan yang disediakan oleh orang Islam dihukum halal tanpa perlu disiasat kerana mereka terikat dengan tauhid, memahami halal haram, dan bertanggungjawab kepada Allah.

SEBALIKNYA makanan daripada orang atau syarikat atau kedai bukan Islam hukum asalnya syubhah atau haram. Orang islam perlu diteliti dan tanya berbagai soalan kerana mereka tidak mengikuti syariat, tidak terikat dengan hukum penyembelihan, dan sering menggunakan bahan yang diharamkan dalam Islam. Justeru, perbezaan hukum ini berpunca daripada perbezaan akidah dan komitmen kepada perintah Allah.

1. Makanan di kedai Orang Islam → Asal hukum HALAL

Mereka beriman kepada Allah, mengakui halal haram, dan syarak mengajarkan kita untuk menerima zahir mereka tanpa perlu menyiasat yang tersembunyi.

2. Makanan di kedai Orang bukan Islam → Asal hukum SYUBHAH atau HARAM

Mereka tidak tunduk kepada syariat, tidak wajib menyembelih mengikut hukum Islam, tidak faham konsep sebenar halal di sebalik hanya sembelihan dan berisiko tinggi menggunakan bahan yang diharamkan.

3. Prinsip Tauhid sebagai asas perbezaan

Tauhid mengikat Muslim kepada perintah Allah, sedangkan non-Muslim tidak mengakui hukum halal haram. Oleh itu, hukum asal terhadap makanan mereka tidak sama.

Perbezaan hukum ini berpunca daripada perbezaan akidah dan komitmen kepada perintah Allah.

Setuju sangat!!
10/12/2025

Setuju sangat!!

05/10/2025

Alhamdulillah... Syukur. Selamat pulang ke tanah air wira dan wirawati Malaysia 💖. Kalian tidak gagal, kalian telah membuka jalan yg lebih luas utk pejuang lain sambut baton meneruskan misi 💪🔥. Semoga Allah kurniakan kejayaan misi yg bersambung ini. Aamiin 🤲...

Kita merancang, namun Allah sebaik² perancang.“Rabbi yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khair"“ربي يسر ولا تعسر ,ربي ...
04/10/2025

Kita merancang, namun Allah sebaik² perancang.

“Rabbi yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khair"
“ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير”
"Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan.".

“Hasbunallah Wanikmal Wakil"
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ.
"Cukuplah ALLAH sebagai penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung kami".

“Lahaula walakuata illabillah"
‏لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ
Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan, merahmati, memelihara, menjaga dan melindungi pelayaran Sumud Flotilla Nusantara..

Selamat pergi dan kembali ke tanahair dan negara masing2..
Aamiin Ya Rabbal’alamiin

Pada Jun lalu, flotilla pertama menuju Gaza menyaksikan aktivis alam sekitar terkenal dari Sweden, Greta Thunberg, bersama 11 sukarelawan lain ditahan oleh Israel ketika menaiki kapal bantuan Madleen.

Akhir September,telah berlayar gelombang kedua melalui inisiatif antarabangsa Global Sumud Flotilla. Lebih 40 kapal dengan sekitar 500 sukarelawan dari lebih 40 negara belayar ke Gaza. Semua kapal ini akhirnya dipintas dan ratusan sukarelawan kini dalam tahanan.

Namun mereka telah berjaya memecahkan tembok kesenyapan. Dunia yang lama membisu kini kembali bersuara, media antarabangsa menumpukan perhatian, dan nama 🍉 kembali menjadi jeritan nurani sejagat.
Kini gelombang baru sedang mara. Kapal Conscience, lebih besar dan lebih gagah, sedang menempuh lautan dengan membawa doktor, wartawan dan sukarelawan. Ia bukan sekadar kapal, tetapi nurani yang menolak tunduk kepada blokade.

Kapal Conscience membawa aktivis dan kru dari lebih 20 negara termasuk Malaysia. Delegasi Malaysia yang menyertai misi Conscience disebut berjumlah 9 orang aktivis, termasuk 4 orang doktor dan seorang wartawan.

Dan di ufuk hadapan, gelombang lain sedang terbentuk. Lebih ramai sukarelawan, lebih banyak kapal, lebih hebat solidariti.

Flotilla bukan sekadar misi laut, ia adalah gelombang manusia yang menolak untuk diam. Dari Madleen ke Sumud hingga Conscience, setiap kapal menjadi saksi bahawa suara nurani tidak dapat dipenjara. Semakin disekat, semakin ia membadai.

Dan kali ini, lautan sendiri yang berjanji gelombang itu akan terus datang, lebih besar, lebih berani, sampai tirai blokade akhirnya roboh dan 🍉 kembali bernafas dalam kebebasan.

04/10/2025

Sukarelawan GSF dipaksa berlutut, tangan diikat dengan 'zip tie' lima jam. Turut dinafikan akses air, ubatan & bertemu peguam.

Jika anda tidak faham, mari kita pandang ke Laut Mediterranean.Di sana, puluhan kapal kecil berlayar, menentang ombak da...
04/10/2025

Jika anda tidak faham, mari kita pandang ke Laut Mediterranean.Di sana, puluhan kapal kecil berlayar, menentang ombak dan tembok besi di tengah lautan.

1. Apa itu flotilla?
Flotilla bermaksud sekumpulan kapal yang bergerak bersama dalam satu misi.

2. Apa itu Misi Sumud Flotilla?
Misi ini adalah konvoi kapal antarabangsa yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat 🍉 yang dikepung, dengan simbol solidariti dan keberanian dunia.

3. Mengapa dinamakan “Sumud”?
“Sumud” bermaksud keteguhan atau ketabahan. Ia melambangkan kekuatan rakyat 🍉 untuk terus bertahan walaupun berdepan sekatan dan serangan.

4. Berapa negara dan berapa kapal yang sertai misi ini?
Lebih 44 negara mengambil bahagian, dengan lebih 50 buah kapal kecil dan sederhana yang bergerak bersama

5. Apa tujuan utama flotilla ini?
Untuk menghantar bantuan kemanusiaan seperti ubat-ubatan, makanan, serta memberi mesej politik bahawa dunia tidak berdiam diri terhadap penderitaan di 🍉.

6. Siapa yang terlibat dalam flotilla ini?
Gabungan NGO antarabangsa, aktivis kemanusiaan, ahli politik, doktor, wartawan, dan sukarelawan dari pelbagai negara serta agama. Malaysia sendiri menghantar 34 aktivis sebagai sebahagian daripada kontingen Sumud Nusantara.

7. Kenapa tidak guna kapal besar atau kapal tentera?
Kapal besar atau kapal tentera akan dianggap sebagai ancaman perang. Flotilla ini berkonsepkan misi aman, dengan kapal awam bersaiz sederhana sebagai tanda bahawa ini adalah misi kemanusiaan, bukan ketenteraan.

8. Kenapa tidak guna jalan darat?
Sempadan darat 🍉 dikawal ketat dan hampir mustahil untuk ditembusi. Laut menjadi laluan simbolik yang lebih bebas untuk membawa mesej solidariti.

9. Adakah misi ini hanya untuk orang Islam?
Tidak. Flotilla ini disertai oleh pelbagai bangsa dan agama. Ramai aktivis Kristian, Yahudi anti-zionis, serta sukarelawan dari Eropah, Amerika Latin, dan Asia turut serta.

10. Adakah misi ini berisiko?
Ya, ia berdepan risiko besar kerana Israel sering menghalang kapal bantuan dengan ugutan, rampasan, atau serangan. Namun para sukarelawan sedar dan tetap nekad.

11. Kenapa misi ini penting?
Kerana setiap perjalanan flotilla menjadi ingatan kepada dunia bahawa 🍉 masih terkepung. Ia adalah suara moral menentang kezaliman dan bukti keberanian rakyat dunia untuk berdiri bersama 🍉.

12. Bagaimana jika flotilla ini disekat?
Walaupun sekatan berlaku, mesej solidariti tetap sampai kepada dunia. Setiap langkah flotilla adalah simbol penentangan terhadap penindasan.

13. Bagaimana nak ajak rakan kita yang tak sokong atau tak aware mengenai isu di 🍉?
Mulakan dengan cerita kemanusiaan, bukan politik. Tunjukkan wajah anak-anak kecil yang menunggu bantuan, terangkan sekatan yang menafikan hak asas hidup. Kadang-kadang hati lebih mudah tersentuh dengan kisah manusia berbanding debat fak

14. Adakah wajar kita merendahkan segala usaha?
Tidak wajar sama sekali. Setiap kapal kecil yang berlayar adalah simbol keberanian dan setiap usaha, walau kecil, adalah nyawa dan harapan buat 🍉

15. Kenapa anda perlu kongsi info ini?
Kerana setiap perkongsian anda adalah sebahagian daripada denyut nadi perjuangan. Walaupun anda tidak berada di atas kapal, suara anda boleh menembusi sempadan yang ditutup rapat.

Dengan berkongsi, anda memastikan kisah mereka tidak tenggelam, mesej mereka tidak senyap, dan solidariti dunia terus bernyawa.

03/10/2025

Bantu kami pecahkan algoritma. Balas posting ini dengan titik. Teruskan buat posting . Kali ini habis-habisan.

Nak tercabut jantung!!!
31/05/2025

Nak tercabut jantung!!!

Address

No. 54, Jalan TU42, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh
Malacca City
75450

Opening Hours

Tuesday 12:00 - 21:00
Wednesday 12:00 - 21:00
Thursday 12:00 - 21:00
Friday 12:00 - 21:00
Saturday 12:00 - 21:00
Sunday 12:00 - 21:00

Telephone

+60178802011

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aida Rich Cafe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Restaurant

Send a message to Aida Rich Cafe:

Share