28/12/2021
SALAM PERPISAHAN
Dengan lafaz Bismillah, kami ingin membuat pengumuman bahawasanya pada hari ini Selasa, 28 Disember 2021 merupakan hari terakhir TOMYAM FACTORY beroperasi untuk sepanjang 5 tahun kita bersama dengan penuh s**a & duka.
Kami pasti anda sangat terkejut kerana tiada sebarang pemberitahuan namun sebenarnya sengaja kami lewatkan berita ini hingga ke hari terakhir.
Kata orang, biasanya restoran ditutup pasti sebab ‘sales’ yang kurang atau kata lainnya tiada pelanggan tetapi di TOMYAM FACTORY adalah sebaliknya. Apatah lagi selepas PKP & operasi Dine-In dibenarkan, kami selalu bersyukur kerana hampir setiap hari restoran pasti ‘full book’ waima berapa pun jumlah meja yang kami buka atau tambah walaupun pihak kami terpaksa menutup 4 unit ruangan khemah 20’ x 20’ kerana kekurangan team kerja.
Kapasiti kami sejak 2017 sebelum PKP adalah menerima kurang lebih 200-250 orang serentak pada satu- satu masa dan ini berulang-ulang dari waktu operasi hingga kemuncak ‘peak hour’ dan semua ini mendidik kami bahawa setiap rezeki perlu dikongsi malahan kami bersyukur di beri kesempatan untuk setiap rezeki itu dikembalikan semula dalam pelbagai cara.
Namun kini telah tiba waktunya untuk kami mengambil keputusan berhenti di saat kembali mendaki puncak dan kami berlapang dada serta meyakini bahawa masanya telah tiba untuk kami berundur dari “game plan” yang mencabar ini.
Banyak asbab yang buatkan kami mengambil keputusan berat ini. Banyak usaha yang telah kami cuba, banyak kenangan dan kegigihan yang telah kami simpan namun mungkin ini adalah jalan terbaik yang Allah s.w.t tuliskan buat kami semua.
Kami sangat pasti, akan ada yang bertanya kenapa tidak mencuba lagi? Yakinlah bahawa Allah s.w.t yang Maha Tahu mengatur semua ini untuk kami. Mungkin akan ada juga yang berfikir susah sangatkah untuk membentuk team baharu?
Ia tidak susah meskipun kami telah menetapkan satu standard & SOP sejak TOMYAM FACTORY diasaskan 5 tahun yang lalu malahan kami juga mengamalkan komunikasi yang baik dengan ‘briefing’ serta sebagainya.
Namun bukan mudah untuk kembali ‘on track’ tanpa team yang ‘strong’ fizikal & mental meskipun kami sedaya upaya bertahan sehingga ke titik akhir.
Kami juga tidak menolak, tenaga mahir kami 80% adalah dari warganegara Thailand yang sangat mahir & terlatih manakala 20% warganegara Malaysia yang bersama kami juga adalah yang berkemahiran namun saat ujian Covid-19 membuatkan kami kehilangan 60% kakitangan dan usaha kami untuk urusan kemas**an juga sangat s**ar.
Waktu berjalan hingga hampir 2 tahun dan setiap dari kami mempunyai kehidupan serta tanggungjawab yang perlu diteruskan. Namun yang tinggal tetap bertahan, bertahan di saat hampir kebanyakan bisnes telah mula menutup pintu, di saat kebanyakan orang telah berundur diri, kami tetap bertahan hampir 2 tahun menghadapi PKP demi PKP walau harganya sangat mahal untuk dibayar.
Kami tetap bersyukur rezeki itu masih tetap menyebelahi kami. Tetapi jalan itu tetap diuji walau kami tetap berusaha sedaya upaya.
Untuk pengetahuan semua, kami telah mencuba, bertukar ganti kakitangan baru untuk menggantikan team sedia ada namun ‘standard’ itu masih tidak dapat dipenuhi dan asas kepada kekuatan TF adalah citarasa resepi masakan kami , teamwork kakitangan kami ditambah p**a corak kerja dapur Thai yang sedikit berbeza dengan dapur masakan panas biasa.
Pelanggan sedia ada, anda pasti tahu polisi kami adalah sentiasa cuba memberikan yang terbaik, resepi-resepi yang kami ciptakan, kualiti menu, rasa masakan & customer friendly services.
Mencipta nama & ‘branding’ adalah sesuatu yang sangat kami jaga sejak TF mula bertapak, ia sesuatu yang manis untuk dikenang dan tidak mudah untuk dipertahankan.
Namun untuk terus-terusan berada di dalam “game plan” yang mencabar ini, ia sangat menuntut lebih 100% dari kemampuan kami (seluruh pengurusan & team kerja). Jadi di atas pelbagai asbab & usaha, pada titik akhirnya kami menerima untuk berhenti setakat ini.
Ini adalah yang terbaik untuk kami & semua.
Walaupun mungkin ini belum berakhir dan kami pasti akan kembali. Mungkin bukan sebagai restoran tetapi menjadi pengeluar Pes Resepi Masakan TF (Frozen Food). Mungkin juga itu boleh mengubat hati pelanggan yang sentiasa menyokong kami dari belakang selama ini kerana perancangan Pes sememangnya termasuk dalam forecast bisnes kami sejak awal 5 tahun yang lalu di mana kami mahu ia berkembang sebagai exit plan TOMYAM FACTORY PLT. Namun masanya belum pasti ketika ini. Doakan kami.
Oleh itu untuk jeda masa yang seketika ini, kami memohon maaf terpaksa berundur dahulu untuk rehat yang panjang dan mengucapkan selamat tinggal kepada semua.
Kami memohon maaf di atas segala kekurangan yang ada sepanjang kami berkhidmat, semoga sampai masa kita bersua kembali. Anda semua adalah pelanggan terbaik yang kami sangat hargai. Momen ini akan terus dikenang.
Terima kasih.
[ To be the best, you need to lose and will come back stronger ]
Selasa 28/12/2021