Qulai Pizza Kayu Api

Qulai Pizza Kayu Api Italian Inspired Original Kulai's pizzas cooked in wood-fired brick oven. Open order for delivery and

Semalam ada customer dan anak beliau dtg nk takeaway 2 pizza. Pakcik tak tahu pun yg customer ni cikgu dan kenal wife Pa...
03/10/2026

Semalam ada customer dan anak beliau dtg nk takeaway 2 pizza. Pakcik tak tahu pun yg customer ni cikgu dan kenal wife Pakcik. Apa yang Pakcik tergerak hati bila melihat anak ini masa ibunya tgh order adalah Pakcik nak bagi dia peluang topping pizza yang ibunya order memandangkan dia sangat excited nampak api dan pizza.
Pakcik gunalah apa bentuk psikologi yang Pakcik tahu untuk pujuk dia masukkan Pizza ke dalam oven Batu dan bg dia peluang topping pizza dia sendiri. Walaupun autisme, nampak anak ini boleh ikut arahan dan psikomotor yang bagus juga.
Sbnrnya Pakcik tak tahu pun yg anak ini di rumah s**a buat pizza dari Play-Doh. Dan Pakcik happy gerak hati Pakcik betul pasal anak ini dan buat dia happy sangat semalam.
Bg sesetengah orang, pizza adalah pizza. Tapi untuk kebanyakkan anak2, Pizza boleh menjadi sesuatu pembakar semangat dan melatih diri untuk percaya pada diri sendiri yang andai kita kuat dan berani tidak kiralah apa juga latar belakang diri kita, kita akan berjaya membuat pizza dengan sempurna. Adik Fahri ni dah buktikan. If we want something in life, just do it! Just Keep Moving Forward!

Lawatan awal Halal Development Corporation (HDC) bersama2 Majlis Perbandaran Kulai ke Qulai Pizza untuk program bimbinga...
02/10/2026

Lawatan awal Halal Development Corporation (HDC) bersama2 Majlis Perbandaran Kulai ke Qulai Pizza untuk program bimbingan pensijilan Halal. Walaupun Qulai Pizza milik Muslim sepenuhnya dan sentiasa pastikan semua bahan mentah ada sijil halal namun untk tujuan pengembangan pada masa hadapan terutama Franchise Dan Export, sijil Halal sangat penting. Semoga ini menjadi langkah awal untuk Qulai Pizza terus membesar dan maju jaya pada masa hadapan. Terima kasih En Mohd Fadil dari Jabatan Pelesenan MPKu yang mencadangkan kepada HDC untuk menilai potensi Qulai Pizza

SK Kg Sg Melayu (Prasekolah) Woodfired Pizza Fun Class x Qulai Pizza.Seronok mereka dapat buat pizza, bakar pizza sendir...
30/09/2026

SK Kg Sg Melayu (Prasekolah) Woodfired Pizza Fun Class x Qulai Pizza.

Seronok mereka dapat buat pizza, bakar pizza sendiri, potong pizza sendiri. Satu pengalaman unik dapat bakar pizza guna oven batu dan kayu api. Cikgu siap belanja aiskrim sorang satu. Ibu2 yang ikut juga sangat baik dan sporting.

Terima kasih juga pada Tok Pandak Ahmad yang sudi menaja yuran kelas pizza anak2 Kg Sg Melayu ni walaupun permohonan Pakcik secara mengejut melalui Pegawai Khas beliau Saudara Yusof Ahmad sebentar tadi. Betapa prihatinnya Datuk dengan anak2 generasi Kg Sg Melayu.

FUN CLASS WOODFIRED PIZZA - Bln 10 ni dah hampir penuh ya. Kalau ada yg berminat sila buat booking awal. Terima kasih Se...
28/09/2026

FUN CLASS WOODFIRED PIZZA - Bln 10 ni dah hampir penuh ya. Kalau ada yg berminat sila buat booking awal.

Terima kasih Sekolah dan Tabika/Tadika yang akan join bulan 10 nanti.:

1. Prasekolah SK Kg Sg Melayu
2. Tabika KEMAS Kg Sri Paya
3. Tabika KEMAS Ldg Oil Palm
4. SK Orang Kaya Ali Muar
5. SMK Foon Yew
6. SJKC Jemaluang Mersing
7. Tadika PASTI Al Rahman
8. PJ Anak Permata
9. Tabika KEMAS Murni Jaya
10. Tabika KEMAS Ladang Sedenak
11. Tabika KEMAS Felda Bukit Permai
12. Tabika KEMAS Kg Tenang Sg Tiram Ulu Tiram
13. SK Taman Rinting 3 Masai
14. Tabika KEMAS Felda Taib Andak

PEMBETULAN : Banjir di Kg Separa bukan Kg Pertanian.Kejadian banjir semalam sebenarnya berlaku di Kampung 'saudara' Kg P...
27/09/2026

PEMBETULAN : Banjir di Kg Separa bukan Kg Pertanian.

Kejadian banjir semalam sebenarnya berlaku di Kampung 'saudara' Kg Pertanian iaitu Kg Separa (sebelah Kg Pertanian). Memandangkan ramai pelanggan yang Whatsapp bertanya sebab takut tak boleh dtg Qulai Pizza, Maka terpaksalah Pakcik buat pengumuman umum ya.

Mari kita sama2 doakan semoga kejadian banjir di Kg Separa disebabkan kecuaian pemaju dapat diatasi dengan segera. Pakcik dah pernah rasa sejak kecil layan banjir dari banjir air jernih sampai berkeladak. Memang sangat memenatkan dan merosakkan barang2 rumah. Alhamdulillah, Kerajaan Negeri berjaya atasi masalah banjir yg kerap berlaku di Kg Pertanian dulu. Akhirnya, sejak 2006 Kg Pertanian tidak pernah banjir besar lagi sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Cantik dan kemas makluman itinerari salah satu Tadika yang akan dtg ke Qulai Pizza bulan 10 ni. Effort guru yang sangat ...
25/09/2026

Cantik dan kemas makluman itinerari salah satu Tadika yang akan dtg ke Qulai Pizza bulan 10 ni. Effort guru yang sangat professional dan mantap. TAHNIAH!

Program Khas Teambuilding SMK Vokasional Indahpura - Qulai Pizza (Generasi Madani Kementeran Pendidikan Malaysia)3 jam y...
25/09/2026

Program Khas Teambuilding SMK Vokasional Indahpura - Qulai Pizza (Generasi Madani Kementeran Pendidikan Malaysia)

3 jam yang penuh dengan elemen kepimpinan, komunikasi berkesan, Planning & Ex*****on dan teamwork dalam aktiviti membuat pizza. Pakcik designkan aktiviti pizza making dalam bentuk Team Building untuk pelajar2 pendidikan khas berumur 15-17 tahun ini.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Jenama Qulai Pizza ada bersama2 Team pameran MPKu sempena Hari Keluarga Johor di Dataran Bandaraya JB hari ini. Terima k...
20/09/2026

Jenama Qulai Pizza ada bersama2 Team pameran MPKu sempena Hari Keluarga Johor di Dataran Bandaraya JB hari ini. Terima kasih MPKu sentiasa membantu promosi Qulai Pizza dan menerima kami sebagai salah satu jenama original dan autentik Daerah Kulai!

Nota : Pizza tak jual tau. Ni Pameran sahaja ๐Ÿ˜

Terima kasih. ๐Ÿ’–
18/09/2026

Terima kasih. ๐Ÿ’–

Di pagi Jumaat yg mulia ini, Qulai Pizza berbesar hati menerima anak2 dari Tabika Kemas Taman Mas dan Kemas Taman Manis ...
18/09/2026

Di pagi Jumaat yg mulia ini, Qulai Pizza berbesar hati menerima anak2 dari Tabika Kemas Taman Mas dan Kemas Taman Manis untuk membuat pizza Kayu Api manakala para pelajar SMK Taman Putri untuk sesi knowledge sharing & outdoor class learning berkaitan bisnis F&B.

Address

2023 Jalan Manggis Kampung Pertanian
Kulai
81000

Opening Hours

Monday 14:30 - 23:30
Tuesday 14:00 - 23:30
Wednesday 14:00 - 23:30
Thursday 14:00 - 23:30
Friday 14:00 - 23:30
Saturday 14:00 - 23:30
Sunday 14:00 - 23:30

Telephone

+60106602847

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Qulai Pizza Kayu Api posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category