20/09/2026
Terima kasih dan penghargaan buat YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Sabah dan Sarawak) atas kesudian berkunjung ke Nek Go’s Place.
Satu penghormatan buat kami dapat menerima kunjungan YB untuk menikmati pelbagai pilihan makanan sambil menghayati hiburan santai berkonsepkan akustik dalam suasana yang mesra dan santai.
Semoga kunjungan ini menjadi satu kenangan yang indah. Terima kasih YB atas sokongan dan kesudian meluangkan masa bersama kami di Nek Go’s Place.