Kek Lapis Puteri Kuching

Kek Lapis Puteri Kuching Baking make the world smell better �
Kilang Kek Lapis Puteri Sarawak
Moist - Kacak - Nyaman

Alhamdulillah, saban tahun Kek Lapis Puteri Kuching menjadi pilihan hati Keluarga tok ❤️ Terima Kasih kerana memilih Kek...
08/04/2026

Alhamdulillah, saban tahun Kek Lapis Puteri Kuching menjadi pilihan hati Keluarga tok ❤️ Terima Kasih kerana memilih Kek Lapis Puteri Kuching 🙏🏻🙏🏻

Untuk tahun ini, kek lapis premium kami ada EXTRA LOAF terhad 🤎✨Khas untuk pelanggan yang tak sempat submit order sebelu...
24/02/2026

Untuk tahun ini, kek lapis premium kami ada EXTRA LOAF terhad 🤎✨

Khas untuk pelanggan yang tak sempat submit order sebelum ini — ini adalah peluang terakhir !

Stok sangat terhad dan akan diberikan berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Tiada tempahan awal disimpan tanpa pengesahan.

📌 Jika anda memang berhajat nak kek premium pure butter kami untuk hidangan rumah atau hadiah,
PM sekarang juga dengan format:
“NAK PREMIUM + NAMA + KUANTITI”

Kami akan reply ikut turutan mesej masuk.
Bila stok habis, kami akan terus tutup tempahan.

Jangan tunggu “nanti-nanti” sebab biasanya… bila fikir lama sangat, terus SOLD OUT 😉

Siapa cepat, dia rasa dulu 🤍

http://www.wasap.my/60178599003/klpremiumraya2026

Sejak tahun 2021, Kek Lapis Puteri Kuching mula bertapak dengan penuh harapan dan doa. Nama ini diambil sempena tempat t...
24/02/2026

Sejak tahun 2021, Kek Lapis Puteri Kuching mula bertapak dengan penuh harapan dan doa. Nama ini diambil sempena tempat tinggal keluarga kami di Taman Puteri Kuching ,tempat bermulanya sebuah impian kecil yang kini menjadi rezeki yang amat kami syukuri.

Kami bermula dengan menghasilkan kek lapis premium menggunakan pure butter, demi menjaga rasa asli dan kualiti terbaik untuk pelanggan. Kemudian kami perkenalkan kek medium, dan seterusnya kek economy yang lebih mesra bajet. Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan sehingga ke hari ini.

Melangkah ke tahun 2026, dengan keadaan harga bahan mentah yang semakin meningkat, kami membuat keputusan yang agak berat tetapi perlu. Kami akan memberi fokus kepada dua kategori sahaja:

✨ Kek Economy – harga mampu milik untuk semua menikmati kek lapis berkualiti.
✨ Kek Premium – untuk beberapa perisa terpilih, khas buat yang inginkan rasa eksklusif dan bahan terbaik.

Kek medium tidak kami teruskan kerana perbezaan harga yang terlalu hampir dengan premium membuatkan kami ingin lebih jelas dalam pilihan untuk pelanggan, sama ada ekonomi yang berbaloi atau premium yang istimewa.

Dari lubuk hati yang paling dalam, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan setia Kek Lapis Puteri Kuching. Tanpa sokongan dan kepercayaan anda sejak 2021, kami tidak akan mampu bertahan dan berkembang sehingga hari ini.

Terima kasih kerana terus memilih kek lapis kami untuk menghiasi meja, memeriahkan majlis, dan menjadi sebahagian daripada momen indah di rumah anda.

Doakan kami terus istiqamah menjaga rasa, kualiti dan amanah dalam setiap lapisan kek yang kami hasilkan. 💛

Happy New Year! To a new year full of possibilities even though Im sure we will just do the same old stuff anyway 😄
01/01/2026

Happy New Year! To a new year full of possibilities even though Im sure we will just do the same old stuff anyway 😄

Address

Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kek Lapis Puteri Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category