Pandan Cafe Saujana Utama

Pandan Cafe Saujana Utama Nasi Lemak Pandan. Masakan Melayu. Kuih-muih
Kami berada berhampiran 99 Speedmart Seri Pristana.

12/11/2018

LAWATAN DARI KPDNKK

Alhamdulillah hari ni kami dapat lawatan dari pihak KPDNKK. Bersyukur sangat kerana Allah nak tunjuk kepada kami cara berniaga dengan betul dan mengikut peraturan.

KPDNKK ada banyak beri tunjuk ajar untuk membaiki kekurangan dan kesilapan kami dalam berniaga. InSyaAllah suatu hari nanti kami boleh dijadikan contoh premis perniagaan yang dikehendaki oleh peraturan KPDNkk.

Walaupun kekurangan kami tidaklah seteruk kekurangan di kedai makan lain atau kedai mamak tapi kami tetap menjadi pilihan pihak berkuasa. Terima kasih kepada yang membuat laporan. Tanpa laporan anda, kami mungkin tidak sedar akan kekurangan kami. Alhamdulillah.

Kepada warga Saujana Utama, Seri Pristana, Seri Alam, SBCR dan Hillpark, jemput datang ke restoran kami. Kepakaran kami adalah menyediakan juadah makanan tengahari yang menyelerakan lagi berkhasiat sehingga anda dan anak-anak anda kenyang dan sihat.

TRANSFORMASI PANDAN CAFESetelah kami meneliti dan memerhatikan para pelanggan kami, kami telah membuat keputusan menukar...
09/11/2018

TRANSFORMASI PANDAN CAFE

Setelah kami meneliti dan memerhatikan para pelanggan kami, kami telah membuat keputusan menukarkan konsep kedai kami kepada konsep KEMELAYUAN dan NASI CAMPUR.

Maka dengan itu kami telah menukarkan jenama kedai kami kepada

Restoran RESEPI KAK AYU

Kepakaran kami adalah menyediakan juadah dan LAUK-PAUK TENGAHARI yang enak dan MENYELERAKAN supaya anda KENYANG dan gembira dengan HARGA yang BERPATUTAN

Mulai Julai 2018, Pandan Cafe beroperasi dari jam 7 pagi hingga 5 petang. Menu breakfast seperti Nasi Lemak Pandan, Nasi...
07/08/2018

Mulai Julai 2018, Pandan Cafe beroperasi dari jam 7 pagi hingga 5 petang.

Menu breakfast seperti Nasi Lemak Pandan, Nasi Berlauk, Nasi Kerabu, Mee/k teow/bihun goreng panas2, pelbagai pilihan lauk seperti rendang ayam, rendang tok, gulai ikan ayer, sambal bilis petai, ayam goreng berempah dsb.

Menu tghri bermula jam 11 pagi; pelbagai pilihan lauk pauk seperti Sup tulang, gulai kawah, sup ayam, ikan pari asam pedas, kerabu perut pucuk paku, laksa johor, laksa penang, bihun sup tulang, mee kari & sebagainya.

Tempahan sudah dibuka !!!!Khas utk customer yg nak bawak balik rendang paling sedap ke kampung sempena raya tahun ni.. T...
08/06/2018

Tempahan sudah dibuka !!!!

Khas utk customer yg nak bawak balik rendang paling sedap ke kampung sempena raya tahun ni..

Tempahan boleh dibuat bermula hari ini & last order kami terima pada hari Selasa 12 Jun 2018.

Utk rendang daging kami cuma buat 100kg shaja jadi siapa yg nak order cepat sblm quota habis.

Gerenti terbaik, sedap & terpikat !!

• Rendang Tok Ayu
1 kg Rm70.00
2kg Rm 120.00

• Rendang Ayam
1 ekor Rm60.00
2 ekor Rm100.00

Whatsapp 0193004554 @ boleh inbox kami skrg. 😊

Kami akan beroperasi dr jam 4ptg - 8mlm setiap hari sepanjang bulan ramadhan ini. Pelbagai jenis lauk, gulai kawah, sup ...
23/05/2018

Kami akan beroperasi dr jam 4ptg - 8mlm setiap hari sepanjang bulan ramadhan ini. Pelbagai jenis lauk, gulai kawah, sup tulang panas2, puding, kuih, bubur & air ada dijual.

Balik keje boleh terus singgah kat sini sb x perlu bersesak & parking pun sng cari.

Pandan Cafe sebaris 99 Speedmart Seri Pristana.

In sha Allah esok 17 May 2018 kami akan beroperasi dr jam 4 ptg - 9 malam. Pelbagai pilihan puding, kuih muih, bubur, gu...
17/05/2018

In sha Allah esok 17 May 2018 kami akan beroperasi dr jam 4 ptg - 9 malam.

Pelbagai pilihan puding, kuih muih, bubur, gulai kawah, sup tulang & lebih dr 30 jenis masakan lauk ada.

Utk tempahan meja, boleh hubungi Cafe di talian 03-60396737.

Salam Ramadhan Al- Mubarak ❤️

Sepanjang bulan puasa 2018, Pandan Cafe akan dibuka setiap hari dr jam 4pm - 9pm.Kami akan menghidangkan lebih dari 30 j...
14/05/2018

Sepanjang bulan puasa 2018, Pandan Cafe akan dibuka setiap hari dr jam 4pm - 9pm.

Kami akan menghidangkan lebih dari 30 jenis lauk pauk ( kari kepala ikan, pelbagai jenis masakan ayam, ikan, sotong & sayur ), pelbagai jenis puding ( puding karamel, puding roti, puding koktel, puding oreo, puding mangga, puding naga, pulut sekaya & sbgainya ), pelbagai jenis bubur manis, sagu gula melaka, Gulai kawah, sup tulang & ayam goreng berempah.

Utk tempahan meja boleh hubungi Pandan Cafe di talian 03-60396737.

Info:
Kami berpengalaman berniaga di bazar ramadhan Saujana Utama sejak dr tahun 2005. Berpengalaman dlm bidang masakan lebih dr 20 tahun. 😊

Belum pernah cuba ? Ohh ruginyaaaa !!!Choc caramel cake ni mmg antara best seller di Pandan Cafe. Sb apa ? Sb adunan car...
12/05/2018

Belum pernah cuba ? Ohh ruginyaaaa !!!

Choc caramel cake ni mmg antara best seller di Pandan Cafe. Sb apa ? Sb adunan caramel tu lembut je sb resepi caramel ni xde lgsg campuran tepung. Choc tu pulak aduhhh, moisttttt sungguh !!!! 🤤

X kenal maka x cinta ❤️ anda wajib cuba hari ni jugak sb utk hari ni x banyak stok kami ada. 😊

Kami beroperasi hari ni dr jam 3pm - 11pm. Jemput dtg ye 👍🏽

Weekend Special :Nasi Kerabu Daging Goreng Kalau nak rasa pure Nasi Kerabu Kelantan, meh dtg Pandan Cafe hari ini juga !...
05/05/2018

Weekend Special :

Nasi Kerabu Daging Goreng

Kalau nak rasa pure Nasi Kerabu Kelantan, meh dtg Pandan Cafe hari ini juga !!! X selalu ada tau Nasi Kerabu ni..

Kami buka hari ni dr jam 3pm - 11pm. Jom serbu ramai2 👍🏽

Dah 3 hari xde stock puding karamel kat Cafe. Ramai cust rindu nak rasa kelembutan puding karamel ni. Sape yg x pernah r...
04/05/2018

Dah 3 hari xde stock puding karamel kat Cafe. Ramai cust rindu nak rasa kelembutan puding karamel ni.

Sape yg x pernah rasa lagi puding ni ? Rasa manis yg x melampau, lembut mcm tau fu fah, rasa gula yg pahit manis. WAJIB cuba !!

Hari ni dah ada puding karamel. Ape lagi, jom la serbu Pandan Cafe makan dessert paling laku keras kat sini. 👍🏽

Kami buka setiap hari dr jam 3pm - 11pm. Kecuali isnin ( tutup ).

Address

F-1-47, Jalan SP 11/3, Seri Pristana
Kuala
47000

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00
Saturday 07:00 - 17:00
Sunday 07:00 - 17:00

Telephone

0360396737

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pandan Cafe Saujana Utama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share