Antara Coffee

Antara Coffee we serve fresh brew coffee, cakes, desserts, pastries and light foods.

Permanently closed.
04/10/2025
After a while, we are excited to have our own logo. Inspired by the word  antara, the letter 'a, and two pieces of coffe...
19/10/2024

After a while, we are excited to have our own logo. Inspired by the word antara, the letter 'a, and two pieces of coffee beans, giving a meaning to where we started our small coffee cafe. In the middle of two big shops. Where, when people ask where our shop is located, herewith our answer is โ€œAntara 99 Speedmart and Curtain Shop.โ€

Lets Jom Kopi Guys !

Location | Ijok, Selangor (Landmark: Petronas Ijok)
Open | 4.00 pm - 11.00 pm
Close | Monday

Sementara kerja-kerja siapkan tapak kabin tengah berlangsung. Melawat bengkel besi kejap. Tengok progress kaki meja cust...
13/08/2024

Sementara kerja-kerja siapkan tapak kabin tengah berlangsung. Melawat bengkel besi kejap. Tengok progress kaki meja custom.

Alhamdulillah dah siap pun, tak sampai seminggu bengkel buat.

Dari meja jenis banquet yang beli dekat Lotus tu, saya custom kaki meja pakai besi yang kukuh sikit, nanti tinggal nak pasang papan table top saja.. baru la boleh letak mesin epresso 3 group jenama Slayer ๐Ÿ˜‹

Seminggu sebelum pindah kabinBagi siap kerja-kerja base cabin dulu. Nanti tinggal angkat & letak aje atas base ni.. moga...
13/08/2024

Seminggu sebelum pindah kabin

Bagi siap kerja-kerja base cabin dulu. Nanti tinggal angkat & letak aje atas base ni.. moga moga cabin tak senget benget

Sedar tak sedar, hampir 2 tahun kami beroperasi, dan cuba untuk menyakinkan pihak berwajib yang kami serius dalam pernia...
26/06/2024

Sedar tak sedar, hampir 2 tahun kami beroperasi, dan cuba untuk menyakinkan pihak berwajib yang kami serius dalam perniagaan ni.

Bermula dari permohonan pertama pada hujung tahun 2022 dan permohonan kedua pada pertengahan tahun 2023. Dari setup guna canopy sampai la setup guna kabin. Kedua dua permohonan kami telah di tolak oleh pihak majlis perbandaran.

Bermula dengan pencarian tapak yang sesuai, dan kawasan yang menepati piawaian majlis perbandaran, pelbagai pihak kami ajukan pelan perniagaan kami. Ada yang di terima, ada yang menolak.

Alhamdulilllah

Di tahun 2024 ni, kami di beri peluang untuk bertapak bersama sama Petronas Ijok untuk terus memberikan produk dan servis terbaik pada warga Kuala Selangor, khususnya di Pekan Ijok dan sekitarnya

Di lokasi baru, kami akan menaik taraf beberapa perkara untuk keselesaan pelanggan dan memberikan mood persekitaran yang santai.

Insyallah,
Kami akan mula beroperas di lokasi baru bermula July 2024.

*********

Yang mana nak ke Bestari Jaya atau Puncak Alam atau yang nak balik ke Kuala Selangor boleh dapatkan secawan kopi dari Antara Coffee en Cake supaya segar sikit mata tu bila drive ๐Ÿ˜

Nak mudah, Waze / Google Map โ€“ โ€œAntara Coffee & Cakeโ€ insyallah jumpa

.Its our Ramadhan operation time !Don't worry. You'll still get caffienated during Ramadhan.For the meanwhile, come and ...
09/03/2024

.
Its our Ramadhan operation time !

Don't worry. You'll still get caffienated during Ramadhan.

For the meanwhile, come and take a look for our Antara Sepetang Ramadhan.

Its our 1st Ramadhan selling other than coffee & cake. For berbuka foods !

Don't miss it !

27/02/2024

Kami dah ada ice blended @ frappe !

4 menu best untuk korang pilih..

Belgian Mint Java Chip
Frosty Caramel Macchiato
Belgian Dark Chocolate
Vanilla Cookies Crunch

Peminat-peminat frappe kena datang & cuba frappe kami.. insyallah sedap & berbaloi

โ€”โ€”-

Lokasi kami
https://maps.app.goo.gl/quqvATvYWf88aBBs5

Sebelah 99 Speedmart

Perihal Grind SizeBila berniaga outdoor ni, cabaran utama adalah grind size untuk coffee bean. Bacaan humidity dan suhu ...
18/02/2024

Perihal Grind Size

Bila berniaga outdoor ni, cabaran utama adalah grind size untuk coffee bean. Bacaan humidity dan suhu persekitaran mainkan peranan penting untuk pastikan extraction espresso tu berada di julat yang di inginkan

Sebab tu ramai yang beri nasihat, buat video dan tutorial untuk buat grinder calibration setiap pagi, tengahari dan malam. Kalau tak espresso akan under-extract / over-extract.

Di Antara Coffee en Cake, saya berpandukan BACAAN HUMIDITY sebagai rujukan bila perlu saya ubah grinder size.

Bean - ASK DUA
Grinder - Fiorenzato F64 Evo Pro

Humidity 40%~60%, 1.3 clicks
Humidity 70%~90% 1.4 clicks
(*click rendah - halus, click tinggi - kasar)

So far, ini pembolehubah yang saya gunakan.

Alhamdulilah pembolehubah ni tergunapakai untuk saya kekalkan standard espresso yang saya gunakan di kedai.

Walaubagaimana pun, deria rasa barista menjadi penentu akhir untuk julat espresso yang di inginkan.

Bagaimana yang lain.. share kan pendapat

Susu Di dalam bisnes coffee Antara, susu di gunakan dalam hampir 90% dalam menu minuman Antara.Selain dari pemilihan jen...
13/02/2024

Susu

Di dalam bisnes coffee Antara, susu di gunakan dalam hampir 90% dalam menu minuman Antara.

Selain dari pemilihan jenama susu dan jenis susu, kualiti susu amat penting bagi memastikan setiap menu minuman di Antara berada di tahap yang terbaik dan konsisten, selari dengan RND yang telah Antara buat sebelum menjual sesuatu menu minuman.

~ Penggunaan susu ~

Buat masa ni, Antara menggunakan purata 6 carton atau 72 liter susu sebulan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Kedai-kedai coffee atau minuman lain yang menggunakan susu, dah tentu guna jauh lebih banyak dari Antara.

~ Masalah susu ~

Hari ini, Antara mengalami kejadian yang tak dapat di jangka, di mana susu baru yang masih jauh tarikh luputnya telah rosak di dalam botol yang masih kekal di seal dari kilang.

Seperti biasa, barista telah hasilkan sebanyak 4 cup minuman pelbagai menu dan diserahkan kepada customer seperti biasa, tanpa menjangkan apa-apa masalah.

Selang berapa minit, customer tadi telah datang semula dan mengajukan bahawa semua air yang di buat rasa masa & pahit.

Setelah di periksa, terdapat 3 botol susu dalam karton yang sama terpaksa di buang disebabkan perubahan rasa (masam & pahit). Walaupun tekstur & bau susu masih dalam keadaan baik, tidak menunjukkan tanda-tanda berketul atau berbau masam.

Antara bernasib baik, customer tersebut masih di kawasan kedai dan patah balik dan ajukan masalah susu rosak kepada Antara. Jadi Antara terus membuat permohonan maaf dan menggantikan semua minuman yang rosak kepada yang baru.

~ Pencegahan ~

Bagi memastikan kualiti bahan-bahan yang digunakan berada dalam keadaan yang terbaik, Antara akan menetapkan operasi standard kepada barista untuk sentiasa mencuba dahulu susu yang baru di buka, terutama dari segi rasa, bau dan keadaan fizikal susu tersebut, selain dari sistem First In First Out (FIFO). Walaupun jenuh nak cuba rasa setiap kali buka susu baru, tapi demi menjaga perniagaan, kena buat jugak.

Tak terhad pada susu sahaja, tapi pada semua bahan-bahan yang digunakan di Antara. Ini penting bagi menjaga kualiti setiap menu jualan agar tidak berlaku apa-apa keracunan makanan dan mengelakan kerugian dalam perniagaan.

Permasalahan ni jugak akan di ajukan pada pembekal susu bagi memastikan bekalan susu selepas ni berada dalam keadaan baik

~ Alhamdulilah ~

Ujian buat perniagaan Antara apabila terjadi hal-hal macam ni. Dan alhamdulilah Antara dapat customer memahami dan tak cepat melenting. Di kala zaman viral ni, boleh musnah sesuatu perniagaan kalau perkara-perkara macam ni di hebohkan dengan alasan content atau niat yang tak baik.

Semoga Antara cekal dalam menghadapi ujian dan rintangan di masa hadapan.. Insyallah

*********

Yang mana nak ke Bestari Jaya atau Puncak Alam atau yang nak balik ke Kuala Selangor boleh dapatkan secawan kopi dari Antara Coffee en Cake supaya segar sikit mata tu bila drive ๐Ÿ˜

Nak mudah, Waze / Google Map โ€“ โ€œAntara Coffee & Cakeโ€ insyallah jumpa

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…Part 2Perancangan nak mula berniaga secara fizikal ni bermula pada bulan 11/2022, se...
24/01/2024

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…

Part 2

Perancangan nak mula berniaga secara fizikal ni bermula pada bulan 11/2022, selepas kami collobrate join event di Klinik Kesihatan Batu Arang. Dimana target kami adalah untuk test market dahulu di Pekan Ijok. Adakah ada demand di Pekan Ijok dan sekitarnya? Macamana penerimaan penduduk sekitar dengan menu-menu yang akan di hidangkan nanti?

Untuk permulaan, fresh coffee jalan dulu disebabkan partner The Cake Crumb belum ready dengan kelengkapannya. Dan disebabkan kami belum lagi membuat kata putus untuk menamakan street cafe kami, jadi nama The Tiga Tiga Brew House di gunakan dulu bagi memperlihatkan branding untuk street cafe ini, dari kosong tak ada nama kan.

Jadi kami mula membeli 2 biji canopy 10โ€™ x 10โ€™, meja-meja untuk peralatan, kerusi & meja customer dan selebihnya kami pakai perkakas-perkakas yang sedia ada di rumah.

Kami set setup dengan konsep street cafรฉ serba hitam dan bagi menampakan sedikit ekslusif dan lebih proper, kami buat sedikit banner, skirting meja dan POS system.

Pencarian lokasi di buat dengan bertanya kan penduduk sekitar. Di sebabkan kami perlu menggunakan elektrik untuk guna mesin kopi dan pengisar kopi, jadi target lokasi adalah berhampiran lot kedai atau di depan tanah rumah orang kampung.

Pada mulanya nak beli generator set dan pacak saja (Rambo) di tepi Jalan. Atau nak beli food truck atau food cart Dan buat mobile. Jadi tak susah-susah nak cari tapak untuk sewa. Tapi di sebabkan visi dan misi kami untuk perancangan yang lebih besar pada masa akan datang (insyallah). Kami mengambil keputusan untuk mencari tapak untuk disewa.

Tak senang nak cari tempat meniaga ni, lagi-lagi kami bukan orang sini. Jadi banyak faktor kena amik kira dari segi location yang sesuai dan tinggi crowd. Dan yang paling penting penerimaan masyarakat khususnya penduduk kampung yang kemungkinan tak biasa dengan menu dan harga fresh brew coffee dan cake yang akan kami tawarkan nanti.

Alhamdulillah pencarian mendatangkan hasil, setelah perjumpaan dan perbincangan dengan pemilik kedai, kami dapat bertapak di antara kedai 99 Speedmart Dan kedai langsir di Pekan Ijok. Pada pendapat kami, Lokasi ni strategik dengan crowd penduduk yang sentiasa membeli barang-barang keperluan di mini-mini market yang ada di barisan kedai-kedai.

Jadi bermula lah kerja-kerja pembersihan dan kemasan tempat niaga. Asalnya tapak yang kami dapat ni, dah bertahun tak di jaga, semak samun di bahagian belakang dan rumput tumbuh meliar di lantai. 3 hari jugak proses-proses pembersihan ni kami buat. Cabut rumput manual, tebang pokok-pokok yang boleh ditebang, waterjet lantai yang penuh lumut. Nak upah orang, modal lagi tu..

Bersambung part 3
(Susun atur Dan setup street cafรฉ)

-------

Yang mana nak ke Bestari Jaya atau Puncak Alam atau yang nak balik ke Kuala Selangor boleh dapatkan secawan kopi dari Antara Coffee en Cake supaya segar sikit mata tu bila drive ๐Ÿ˜

Nak mudah, Waze / Google Map โ€“ โ€œAntara Coffee & Cakeโ€ insyallah jumpa

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…Kali ni nak bercerita pasal macamana Antara Coffe & Cake ni bermula.Antara ni adalah...
23/01/2024

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…

Kali ni nak bercerita pasal macamana Antara Coffe & Cake ni bermula.

Antara ni adalah gabungan di antara The Tiga Tiga Brew House (coffee) dan The Cake Crumbs (cake & dessert) yang beroperasi secara home based.

The Tiga Tiga Brew House start dengan jual kopi botol sahaja secara suka-suka. Sebab minat dalam penciptaan minuman kopi. Diorang mula buat jualan kopi botol hasil dari permintaan ahli keluarga, kawan-kawan dan jiran-jiran yang nak kan bekalan air kopi time drive nak pergi kerja, nak drive balik kampung, time buat kerja kat ofis. Student-student pun ada yang order, nak stay up buat assignment katanya. Almost setahun jugak buat home based kopi botol ni.

The Cake Crumb pulak, memang dah lama aktif buat cake & dessert dari rumah sejak 2015 lagi. Semua pelanggan The Cake Crumb tahu yang cake & desert dia menggunakan bahan-bahan premium dengan harga yang berpatutan.

Macamana diorang berdua ni boleh joint venture jadi partner? Kami adalah berjiran satu taman di Kota Puteri, Batu Arang ๐Ÿ˜

So kami cuba join event ajnuran Klinik Kesihatan Batu Arang pada tahun 2022, cuba-cuba nak collobrate cake & kopi. Masa ni nama Antara Coffee & Cake belum lagi ada.. Masih guna nama brand masing.

Alhamdulilah, ngam rupanya.. jadi bermula lah langkah kami dengan percubaan untuk setup street cafรฉ dekat Pekan Ijok.

Sambung part 2..
(pencarian lokasi kedai Antara Coffee & Cake)

----

yang mana nak ke Bestari Jaya atau Puncak Alam boleh dapatkan secawan kopi dari Antara Coffee en Cake supaya segar sikit mata tu bila drive ๐Ÿ˜

nak mudah, Waze / Google Map - "Antara Coffee & Cake" insyallah jumpa

Address

Lot 1476, Simpang 3, Petronas, Simpang Tiga Ijok
Kuala
45620

Telephone

+60168327238

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Antara Coffee posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Restaurant

Send a message to Antara Coffee:

Share