24/05/2021
Dengan waktu niaga dihadkan hingga jam 8.00 malam sahaja, mustahil jualan peniaga burger tak terkesan.
Pasti berikan kesan besar dari segi jumlah jualan.
Kebiasaannya, pelanggan akan membeli burger pada waktu malam.
Saya tak pasti sejarah asalnya dan sudah berapa puluh tahun trend membeli burger hanya pada waktu malam sahaja.
Apa yang saya lihat, punca trend membeli burger pada waktu malam disebabkan oleh waktu jualan peniaga burger itu sendiri.
Kebanyakan peniaga burger yang saya kenal jadikan perniagaan burger ni sebagai bisnes sampingan.
Pada siang hari mereka jalankan rutin kerja tetap, jadi hanya pada waktu malam sahaja mereka ada masa untuk buat bisnes sampingan dengan menjual burger.
Ada juga peniaga burger yang jadikan bisnes ini sebagai sumber pendapatan utama tapi masih lagi mengekalkan trend beroperasi pada waktu malam.
Saya cuba berfikir secara positif dan berikan beberapa cadangan yang inshaa Allah mampu jadi solusi kepada peniaga burger dan peniaga lain yang lazimnya beroperasi pada waktu malam sahaja.
✅ Waktu Operasi Baru :
Disebabkan pelaksanaan SOP PKP 3.0 yang mengehadkan perniagaan hanya sehingga jam 8.00 malam, peniaga burger sudah boleh mula ubah waktu operasi mereka. Wujudkan trend baru berniaga burger pada siang hari. Masyarakat sudah terdidik dengan waktu perniagaan yang dibenarkan, jadi ini masanya untuk anda ubah trend membeli burger pada waktu malam kepada membeli burger juga pada waktu siang.
Mungkin ada yang berpendapat tiada pelanggan yang nak makan burger pada siang hari. Saya boleh katakan pendapat ini tak 100% betul. Cuba anda ke premis MekDi, BegerKing, Kepci dan sebagainya pada waktu siang hari. Anda akan lihat deretan kenderaan sedang beratur untuk drive-thru dan juga ada pelanggan yang sedang dine in (sebelum pkp). Ini membuktikan, trend makan burger pada waktu malam hari sahaja berjaya diubah oleh syarikat tersebut.
Ini masanya untuk anda 'up to date' waktu operasi anda kepada new trend.
Ia bukan soal bisnes skala besar atau skala kecil. Ia soal siapa yang nak naikkan bisnes mereka ke skala yang lebih tinggi.
✅ Model Bisnes Pre 0rder
Peniaga juga boleh mula ubah model bisnes daripada walk in kepada model bisnes pre 0rder.
Dengan cara ini, peniaga dapat jimatkan kos operasi dan dapat kurangkan risiko kerugian bahan mentah.
Strategi pemasaran perlu dirangka dan dipertingkatkan kepada komuniti setempat.
Melalui cara ini juga, branding gerai burger anda akan mula naik dan dikenali.
✅ Pelbagaikan Menu
Menu yang pelbagai mampu tarik lebih ramai pelanggan berfokus kepada gerai anda.
Jika sebelum ini anda hanya fokus kepada menu burger sahaja, sekarang adalah masanya untuk variasikan menu di gerai anda.
Ayam goreng, snek, French Fries, minuman dan sebagainya.
Buat pakej combo untuk tingkatkan jualan dan keuntungan.
Boleh juga jalinkan kerjasama dengan peniaga lain.
✅ Ubah Bidang
Ini adalah cara terakhir sekiranya 3 cara di atas tak dapat dilakukan.
Memang perit tetapi ia hakikat yang terpaksa ditelan.
Banyak perniagaan di luar sana yang terpaksa ubah model bisnes dan bidang disebabkan nak survive dalam situasi pandemik.
Ada yang dari bidang F&B beralih arah ke bidang transport, hotel ke bidang F&B dan sebagainya.
**
Penulisan ni hanyalah pandangan peribadi saya dan semoga ada manfaat untuk peniaga di luar sana. Inshaa Allah
Apa yang kita perlu sedar, kesan pandemik ni bukan hanya dirasai di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.
Jika hanya bisnes lah sumber pendapatan kita, kita kena bersedia untuk berubah atau diubah.
Saya doakan semoga urusan kita dipermudahkan Allah dan dimurahkan rezeki sentiasa. Inshaa Allah
MAA Parfum Legacy
Fragrance's One Stop Centre