06/09/2026
Hubungan dibina, bukan sekadar perniagaan…
Dulu, mereka datang ke Green Crab ketika masing-masing baru berkenalan. Selepas itu, rasa shellout dikongsi bersama keluarga… dan kali terakhir mereka singgah adalah ketika kami masih di kedai Taman Sentosa dulu. ❤️
Kemudian Green Crab berpindah.
Namun mereka masih mencari kami.
Dan Alhamdulillah… syukur kepada Allah, hari yang dinantikan akhirnya tiba. 🥹
Kali ini bukan berdua lagi, tetapi bersama si kecil yang bakal menginjak usia setahun, datang berkunjung ke kedai kami. 🥹❤️
Bagi kami, inilah yang membuatkan perjalanan Green Crab begitu bermakna.
Ia mengingatkan kami bahawa kami bukan sekadar menjual seafood.
Kami mengumpul kenangan, membina hubungan dan membesar bersama tetamu yang datang… dan kembali. 🥹❤️
Terima kasih Encik Faiz, isteri dan si kecil Princess, kerana masih mencari Green Crab, masih mengingati kami, dan akhirnya kembali berkongsi satu lagi momen bersama kami. 🙏🏻
Kerana bagi kami…
Inilah Green Crab Seafood Hutz. 🦀❤️
Rasa dan nikmat yang sentiasa dikongsi bersama.