28/06/2022
Adalah dimaklumkan bahawa Head Chef kami iaitu Chef Ari dan Bartender Mr Bayu akan mengambil cuti yang panjang bermula dari 29/6/2022 kerana beliau ingin pulang ke kampung halaman untuk menyelesaikan beberapa hal-hal semasa.
Dengan ini kami di Kafe Tempat Biasa akan menghentikan seketika operasi perniagaan sehingga akan di beritahu kelak.
Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah menyokong kami dan kami berharap anda mempunyai pengalaman yang baik selama makan atau mengadakan event di tempat kami.
Untuk makluman, Chef Ari telah berkhidmat selama 7 tahun bersama kami bermula dari kafe di Wangsa Maju sehinggalah di Mcoba Building. Khidmat beliau amatlah tidak diragui dengan hasil kerja dan masakan dari beliau.
Mari kita doakan semoga agar segala urusan Chef Ari dan Mr Bayu di permudahkan.