Restoran Semat Q

Restoran Semat Q Restoran ini menyediakan masakan western Korean, Nasi Arab & juga makanan melayu❤️❤️❤️

07/03/2026
21/02/2026
20/02/2026

Ramadan Mubarak

In sha’alLah, sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, Semat Qur’an akan melaksanakan program khas, Agihan Lauk Sahur RTE Percuma buat pelajar universiti, kolej atau pusat pendidikan yang memerlukan.

Setelah meninjau keadaan ramai pelajar, kami dapati terdapat golongan yang menghadapi kesukaran untuk bersahur kerana kekangan kewangan, yang boleh menjejaskan kesihatan, ibadah puasa, dan fokus pembelajaran mereka.
Sehubungan dengan itu, Semat Qur’an terpanggil untuk membantu pelajar ini mendapatkan makanan sahur yang mudah disimpan agar mereka dapat memulakan ibadah puasa dengan sempurna dengan sahur yang lengkap.

Sebagaimana sabda Baginda ﷺ tentang kelebihan sahur:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً
“Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatan.”
[Sahih Bukhari 1923]

Justeru, dalam usaha melaksanakan program ini, pihak kami mempelawa kerjasama para sahabat atas konsep tolong-menolong dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa (5:2).
Kerjasama boleh dalam bentuk sumbangan infaq *RM50*/ buat seorang pelajar, semoga infaq ini dapat memberi manfaat kepada golongan pelajar yang memerlukan.

infaq boleh dibuat ke akaun:
Maybank
SQ FOOD & BEVERAGES 508092531638
( Ref: rte4student )

Segala bantuan dan sokongan dari para sahabat sekalian kami dahulukan dengan ucapan doa:
‎جزاك الله خيرا

Alhamdulillah, agihan pek iftar percuma 1 Ramadan 1447H.Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:إِذَا ج...
19/02/2026

Alhamdulillah, agihan pek iftar percuma 1 Ramadan 1447H.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ

“Apabila datangnya bulan Ramadan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.”

Sahih al-Bukhariy [1899]

Subhanallah, betapa luasnya rahmat Allah dalam bulan yang mulia ini. Ramadan adalah peluang untuk kita kembali kepada fitrah, memperbanyakkan taubat dan amalan kebajikan. Semoga setiap usaha kecil kita dalam usaha kebaikan dinilai Allah sebagai amal salih.

Alhamdulillah tahun ke tujuh dalam usaha menjamu makan buat orang yang berpuasa di Kuala Kangsar. Dapatkan pek iftar bermula 5 petang di Semat Qur’an.

Ingin turut serta dalam usaha ini?
Maybank
SQ FOOD & BEVERAGES
508092531638

بارك الله فيكم

Address

PT327, Jalan Desa Seri Wangi, Kg Tersusun, Simpang Lawin
Kuala Kangsar
33000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 14:30 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60172973945

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Restoran Semat Q posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Restaurant

Send a message to Restoran Semat Q:

Shortcuts

Share