02/07/2026
Pertengkaran ketika mabuk selepas minum minuman keras membawa padah apabila seorang lelaki warga asing maut ditikam empat kali oleh rakannya di sebuah tapak pembinaan di belakang bilik pameran kenderaan di Iramanis, Kota Kinabalu, awal pagi semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 34 tahun dipercayai sempat berjalan sebelum ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah lubang pembetung (manhole) berhampiran lokasi kejadian.
Pautan berita penuh di ruangan komen...