Dapur Tokbah

Dapur Tokbah Happy Menu Everyday�

🧄 Bahan-bahan utama:Otak lembu – 1 set (lebih kurang 500g)Santan pekat – 1 cawanSantan cair – 2 cawanAsam keping – 1 kep...
28/10/2025

🧄 Bahan-bahan utama:

Otak lembu – 1 set (lebih kurang 500g)

Santan pekat – 1 cawan

Santan cair – 2 cawan

Asam keping – 1 keping

Serai – 2 batang (dititik)

Daun Kunyit. Anggaran 1 helai

Garam – secukupnya

Gula – sedikit (untuk seimbangkan rasa)

🌶️ Bahan kisar:

Kunyit hidup – 1 inci (boleh ganti serbuk kunyit 1 sudu kecil)

Lada kering – 6–8 tangkai (rebus lembut dulu)

Bawang merah – 5 ulas

Bawang putih – 3 ulas

Halia – ½ inci

Lengkuas – ½ inci

(Kalau s**a pedas, tambah cili sedikit lagi.)

🍳 Cara memasak:

1. Cuci otak lembu dengan lembut supaya tak hancur. Boleh celur sekejap dalam air mendidih selama 2–3 minit, kemudian toskan. (Tujuannya supaya otak lebih pejal dan tak hancur bila dimasak.)

2. Panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan serai. Tumis tanpa minyak (guna sedikit santan cair) hingga naik bau.

3. Masukkan santan cair seluruhnya, kemudian tambah asam keping. Masak hingga mendidih perlahan.

4. Masukkan otak lembu perlahan-lahan. Gaul dengan hati-hati supaya tak hancur.

5. Tuangkan santan pekat, kacau perlahan dan biar kuah jadi pekat sedikit serta masukkan hirisam daun kunyit.

6. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.

7. Masak hingga kuah mendidih perlahan (jangan biar santan pecah minyak). Bila otak masak lembut, siap dihidang... fughh lawee sedap!

Morning break1st..mee goreng basah TB.
09/07/2025

Morning break1st..mee goreng basah TB.

Ketam masak masslah....simple.
07/07/2025

Ketam masak masslah....simple.

Lidah goreng adalah makanan yang kaya dengan protein, zat besi, vitamin B12, dan zink, yang bermanfaat untuk kesihatan o...
16/06/2025

Lidah goreng adalah makanan yang kaya dengan protein, zat besi, vitamin B12, dan zink, yang bermanfaat untuk kesihatan otot, darah, dan sistem imun. Ia juga membantu menambah selera makan. Namun, kerana ia juga mengandungi lemak dan kolesterol yang tinggi, pengambilan perlu dikawal — terutama bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti kolesterol tinggi atau penyakit jantung. Cara masakan yang sihat boleh bantu kurangkan risiko.

Undang Masak Butter Salted Egg:Bahan-bahan:500g udang (buang kepala dan kulit sikit ikut s**a, bersihkan)3 sudu besar me...
26/05/2025

Undang Masak Butter Salted Egg:

Bahan-bahan:

500g udang (buang kepala dan kulit sikit ikut s**a, bersihkan)

3 sudu besar mentega

2 tangkai daun kari

2 biji cili padi (dihiris – ikut tahap pedas yang dis**a)

2 biji kuning telur masin (direbus, lecek halus)

3 ulas bawang putih (dicincang)

1/2 cawan susu cair (atau susu segar)

Garam & gula secukup rasa

Tepung jagung (untuk salut udang)

Minyak untuk goreng

Cara-cara:

1. Salut udang dengan sedikit tepung jagung, goreng dalam minyak panas hingga separuh garing. Toskan minyak.

2. Dalam kuali lain, cairkan mentega. Tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau.

3. Masukkan kuning telur masin yang telah dilecek, kacau hingga berbuih dan naik bau harum.

4. Tuang susu cair perlahan-lahan, kacau sebati hingga kuah jadi sedikit pekat.

5. Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaul rata supaya semua udang bersalut dengan sos.

6. Perasakan dengan sedikit garam dan gula jika perlu.

7. Siap untuk dihidang! Sedap makan dengan nasi panas.

Semalam Tokbah ada pergi jalan jalan rumah saudara.. terima kasih ya.
14/04/2025

Semalam Tokbah ada pergi jalan jalan rumah saudara.. terima kasih ya.

Antara menu setiap hujung minggu Tokbah. AYAM KAMPUNG GORENG Bermadu!
08/04/2025

Antara menu setiap hujung minggu Tokbah. AYAM KAMPUNG GORENG Bermadu!

Memang Dada Aym ni baguss..
22/01/2025

Memang Dada Aym ni baguss..

Menu azam baru untuk diet sihat 2025.haaaa
17/01/2025

Menu azam baru untuk diet sihat 2025.haaaa

Morningg simple delicious...
18/12/2024

Morningg simple delicious...

Simple yang mengenyangkan... Tokbah guna berass dari Sri Aman Sarawak!
31/10/2024

Simple yang mengenyangkan... Tokbah guna berass dari Sri Aman Sarawak!

Address

Kubang Kerian
Kota Bharu
16150

Telephone

+60178683369

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dapur Tokbah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Restaurant

Send a message to Dapur Tokbah:

Share

Category