30/08/2023
Viral ni memang best tapiβ¦
Kita tak semestinya kena jadi viral dulu baru boleh berjaya. Tak perlu nak serabut fikir cara nak buat semua orang terkejut atau terhibur. Yang lebih penting, kita perlu rajin untuk tonjol di media sosial.
Sebab apa? Viral memang best, tapi ia bukan satu formula yang boleh dijangka. Kita tak boleh paksa sesuatu benda jadi viral. Tapi apa yang kita boleh kawal adalah kewujudan kita dalam media sosial.
Media sosial macam jadi satu benda penting untuk semua orang. So, kalau kita aktif kat sana,buat konten yang menarik dan relevan, dan berinteraksi dengan pelanggan, kita dah pun jadi sebahagian daripada topik di media sosial.
Jangan risau kalau takde berjuta followers atau likes lagi. Yang penting, kita kena konsisten. Kita kena tunjukkan yang kita ada value dan passion untuk bisnes kita. Pelanggan akan rasa yang kita bukan sahaja nak jual produk, tapi juga nak beri manfaat.
Media sosial ni juga dapat bantu kita untuk bina trust. Pelanggan boleh tengok testimoni, review, dan interaksi kita dengan orang lain. Ia macam portfolio kita. Walaupun tak viral, kita boleh bina reputasi yang baik.
Saya nak pesan, jangan stress sangat nak jadi viral. Tak perlu terkinja-kinja lompat sana sini untuk dapat perhatian. Cukup dengan usaha berterusan, tonjol dalam media sosial, dan bina hubungan baik dengan pelanggan. Kalau kita konsisten ia akan bantu bisnes kita grow dan berkembang tanpa perlu risau tentang fenomena viral.
C/P :