11/01/2022
Selamat malam semua 🌙🌙
Macam biasa guys sebelum korang tidur Detto's Cookies nak bagi tips/info sedikit berkenaan cookies ni
Info malam ni yang saya nak bagitahu adalah tips bakar biskut raya.
Tips untuk bakar biskut raya yang korang boleh ikut adalah
Tip 1:
Sebelum bakar biskut-biskutnya, pasti kan oven dipanaskan dahulu dalam 5minit. Bukak api atas bawah. Supaya biskut kita bakar sekata.
Tip 2:
Jangan ikut bulat-bulat suhu dalam resepi. Ikut pada kepanasan oven masing-masing. Kalau terlalu panas takut biskut rentung. Kalau tak panas takut tak masak p**ak biskut nya
Tip 3:
Sebelum bakar semua. Try bakar 1 dulu. Tengok kejadian nya mcm mana. Kalau lembik, tambahkan doh dengan tepung. Kalau kembang, Kecik kan sikit saiz biskut nya.
Tip 4:
Untuk kuih semperit, Kalau doh terlalu lembut @ biskut terlalu rapuh & pecah, campurkan doh dengan sedikit tepung gandum. Supaya biskut semperit tak cepat pecah dan rapuh.
Tip 5:
Untuk almond london. Semasa nak cair kan coklat masakan menggunakan teknik double bowl.. . Campur kan coklat dengan minyak sayuran @ lemak sayuran. Supaya coklat menjadi likat & berkilat.
Tip 6:
Untuk cornflake madu. Selepas letakkan dalam acuan, bakar sekejap dalam 10min. Barulah cornflake nya tak mudah relai dari acuan.
Tip 7:
Untuk tat nanas. Semasa nak bentukkan jem nanas. Sapukan minyak masak dekat tapak tangan. Barulah jem nanas tak melekat dekat tapak tangan & baru jem tu terbentuk elok.
Semoga korang dapat belajar sesuatu yang baru malam ini. Jangan lupa untuk order cookies kami
wa.me/601162002625