11/11/2025
rewatch time!
Dalam flight balik ke Brunei semalam, saya download cerita ni di Netflix dan tonton sepanjang perjalanan pulang. FOMO kan, sebab nak tahu kenapa filem ni boleh menang.
Just so you know filem ni rangkul anugerah filem terbaik dan Qi Razali serta Sweet Qismina both menang pelakon lelaki dan pelakon wanita terbaik. 6 anugerah total depa menang.
Verdict saya- mujur saya duduk dalam flight, jadi saya menahan air mata daripada tumpah je menonton filem ini. Filem-filem sebegini, bila saya tonton, saya tak boleh tonton straight. Otak saya akan melayang, dan kadang-kadang ada rasa terganggu. Beberapa kali saya pause sebelum sambung tonton.
Both Babah (Isyak) dan Maya, are like us, regular father and child relationship. Kalau sebagai babah kita tengok filem ni tak ada perasaan, mungkin tak cukup mendalam perasaan sayang kita pada anak-anak kita.
Saya boleh relate situasi di dalam filem ni dalam banyak keadaan. Fasa bila saya hilang kerja, tapi masih cuba nak bagi yang terbaik kepada anak-anak. Sanggup taknak kurangkan walau seinci pun perbelanjaan untuk mereka. Fasa yang saya nak pastikan anak-anak cukup makan pakai dan rasa tak terluak dan tak terkurang apabila saya sendiri kekurangan. Ramai ayah di luar sana sedang melalui fasa yang sama, kita berjuang dalam diam, tak mahu anak tahu kita sebenarnya lelah.
Saya juga boleh relate bila anak dara saya dah meningkat remaja, ada benda yang dia buat saya support, ada benda yang saya tak setuju mentah-mentah lantas kasih sayang yang tak bertepi kepadanya. Meskipun pada hari ini, belum tentu dia bersetuju dengan apa yang saya putuskan, terutamanya apabila ia melibatkan masa depannya dengan lelaki pilihan, tapi saya sangat particular kepada hal ini. Tak senang nak serahkan anak dara kita kepada lelaki lain untuk menjaganya.
Saya juga teringat dengan bapa saya dan arwah bapa mentua saya apabila menonton cerita ini. Dua orang figura bapa, yang mungkin ada kekurangan pada mata orang lain, tapi mewah dengan kasih sayang kepada anak menantu (dan bekas menantu).
Saya tak pasti samada saya bersedia atau tidak seperti mana dengan kesudahan filem ini. Tapi sekiranya Allah uji sedemikian rupa, saya harus bersedia. Kalau Allah uji sedemikian rupa pun, biarlah ia berlalu dalam keadaan redha dan bahagia, dan saya dapat berkata, “Abi has done my best, Alhamdulillah”
Tontonlah apabila anda bersedia. Must watch for fathers and fathers-to-be!
Bagi saya, filem ni bukan sekadar kisah Babah dan Maya. Ia tentang kita semua yang cuba jadi kuat.
Pernahkah anda rasa begitu, cuba jadi kuat di depan anak, walau hati sendiri belum sembuh?
- M Tazli Azizan -