07/07/2026
Ramai dah amalkan Minyak Zaitun Extra Virgin Olive House, tapi pernah tak terfikir dari mana sebenarnya ia datang?
Dalam posting kali ini, kami bawa anda kenal kisah sebenar di sebalik setiap botol Olivie Plus 30X. Dari ladang di El Borouj, Morocco hinggalah legasi keluarga yang telah menghasilkan minyak zaitun sejak tahun 1887.
𝐀𝐬𝐚𝐥 𝐔𝐬𝐮𝐥 𝐌𝐢𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐙𝐚𝐢𝐭𝐮𝐧 𝐄𝐱𝐭𝐫𝐚 𝐕𝐢𝐫𝐠𝐢𝐧 𝐎𝐥𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐨𝐮𝐬𝐞: 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐤 𝟏𝟖𝟖𝟕
Setiap hari anda amalkan minyak zaitun extra virgin Olive House tapi tak tahu dari mana sebenarnya datangnya minyak zaitun
Sebenarnya, minyak zaitun extra virgin Olive House sebenarnya berasal dari El Borouj, Morocco, sebuah kawasan separa gurun yang terletak kira-kira 150 km dari Casablanca menuju ke Marrakech.
Di sinilah bermulanya sebuah legasi yang telah dibina sejak tahun 1887.
Selama lebih 4 generasi, keluarga Aqallal mendedikasikan hidup mereka kepada penanaman dan penghasilan minyak zaitun. Hari ini, mereka mengusahakan hampir 1,000 hektar ladang yang menempatkan lebih daripada 1.4 juta pokok zaitun.
Persekitaran di El Borouj bukan seperti ladang biasa.
Cuacanya panas, tanahnya kering dan kaya dengan mineral.
Untuk terus hidup dalam keadaan yang mencabar ini, pokok zaitun menghasilkan lebih banyak sebatian bioaktif seperti polifenol dan Hydroxytyrosol sebagai mekanisme pertahanan semula jadinya.
Inilah antara faktor yang menjadikan minyak zaitun dari kawasan ini mempunyai keunikan tersendiri.
Atas sebab itulah Olive House memilih untuk bekerjasama dengan Atlas Olive Oils, pengeluar minyak zaitun premium dari Morocco yang telah membina kepakarannya sejak 1887.
Sejak 2015, Olive House menjadi pengedar tunggal rasmi Atlas Olive Oils di Malaysia dan Asia Tenggara, membawa warisan, penyelidikan dan kualiti minyak zaitun premium ini kepada rakyat Malaysia.
Kualitinya turut diiktiraf di pelbagai pertandingan minyak zaitun antarabangsa serta disokong dengan pensijilan seperti USDA Organic, EU Organic, Halal JAKIM, MeSTI dan MyFoodTag. 🏆
Jadi, lepas ini kalau nampak sebotol Olivie Plus 30X, anda dah tahu ia bukan datang daripada sembarangan ladang. Di sebaliknya ada sebuah keluarga yang telah menjaga legasi ini sejak tahun 1887.
Bacaan lanjut: https://olivehouse.my/asal-usul-minyak-zaitun-extra-virgin-olive-house/