Restoran Wira Sejati

Restoran Wira Sejati Selera makan malam untuk semua

11/04/2024
11/04/2024

Sebarkan, semoga bermanfaat.

Puasa Enam Hari Bulan Syawal Umpama Berpuasa Setahun

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Daripada Sayidina Abi Ayyub al-Ansari RA, meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian diiringinya dengan puasa (sunat) enam hari dalam bulan Syawal, itu adalah menyamai seperti berpuasa selama setahun.”

(HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad)

| PENGUMUMAN 1 SYAWAL 1445H |ألله أكبر، ألله أكبر، ألله أكبر لا إله إلا ألله هو ألله أكبر ألله أكبر ولله الحمد Sebentar ...
09/04/2024

| PENGUMUMAN 1 SYAWAL 1445H |

ألله أكبر، ألله أكبر، ألله أكبر
لا إله إلا ألله هو ألله أكبر
ألله أكبر ولله الحمد

Sebentar tadi, pengumuman telah mengumumkan bahawa 1 Syawal 1445H jatuh pada 10 April 2023.

Justeru, team dengan besar hatinya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin & muslimat di luar sana.

Selamat menyemaikan kesyukuran dalam diri bersempena hari kemenangan yang tiba dan berjaya menamatkan madrasah Ramadan.

Alhamdulilah ✨

05/04/2024

Mari amalkan Penghulu Segala Istighfar. Jangan lupa berselawat ke atas junjungan Rasulullah ‎ﷺ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sebarkan, semoga bermanfaat.

02/04/2024

Uniknya Amalan Sahabat

Sahabat merupakan generasi terbaik yang pernah ada di dalam sejarah Islam. Sabda Nabi ﷺ: “Sebaik-baik manusia adalah kurunku. Kemudian kurun selepas daripada mereka dan kemudian kurun selepas daripada mereka.” (HR Bukhari)

Telah dicatatkan oleh Imam al-Zahabi, seorang ulama besar hadis digelar al-Hafiz telah menceritakan sebahagian kisah-kisah unik para Sahabat Nabi ﷺ.

1. Abu Hurairah membaca 12,000 tasbih dalam sehari

عَنْ عِكْرِمَةَ: أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ كَانَ يُسَبِّحُ كُلَّ يَوْمٍ اثْنَيْ عَشَرَ أَلْفَ تَسْبِيْحَةٍ، يَقُوْلُ: أُسَبِّحُ بِقَدَرِ دِيَتِي

Daripada Ikrimah, Sesungguhnya Abu Hurairah bertasbih setiap hari sebanyak 12,000 bacaan tasbih, beliau berkata, ”Aku bertasbih sesuai kadar dosaku”

(Rujuk Imam al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala 2/590)

2. Abu Hurairah membaca 1000 tasbih sebelum tidur

أَخْبَرَنَا نُعَيْمُ بنُ المُحَرَّرِ بنِ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ جَدِّهِ: أَنَّهُ كَانَ لَهُ خَيْطٌ، فِيْهِ أَلْفَا عُقْدَةٍ، لاَ يَنَامُ حَتَّى يُسَبِّحَ بِهِ.

Telah mengkhabarkan kepada kami Nuaim bin al-Muharrar bin Abu Hurairah daripada datuknya,” Sesungguhnya Abu Hurairah memiliki tali benang, pada setiap tali tersebut terdapat seribu simpul, dia tidak tidur sebelum bertasbih dengan seribu simpul tersebut”

(Rujuk Imam al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala 2/623)

3. Abu Darda bertasbih 100,000 kali dalam sehari

قِيْلَ لأَبِي الدَّرْدَاءِ - وَكَانَ لاَ يَفْتُرُ مِنَ الذِّكْرِ -: كَمْ تُسَبِّحُ فِي كُلِّ يَوْمٍ؟ قَالَ: مائَةَ أَلْفٍ

Ditanyakan kepada Abu Darda, dia tak pernah berhenti berzikir, ”Berapa banyak engkau bertasbih dalam sehari?”, Beliau menjawab seratus ribu kali”.

(Rujuk Imam al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala 2/348)

4. Abdullah bin Zubair, membahagi malamnya menjadi tiga bahagian

يُوْسُفُ بنُ المَاجِشُوْنِ، عَنِ الثِّقَةِ يُسْنِدُهُ، قَالَ: قَسمَ ابْنُ الزُّبَيْرِ الدَّهْرَ عَلَى ثَلاَثِ لَيَالٍ؛ فَلَيْلَةٌ هُوَ قَائِمٌ حَتَّى الصَّبَاحِ، وَلَيْلَةٌ هُوَ رَاكِعٌ حَتَّى الصَّباحِ، وَلَيْلَةٌ هُوَ سَاجِدٌ حَتَّى الصَّباحِ

Yusuf bin al-Majisyun meriwayatkan daripada periwayat yang tsiqah (terpercaya) dengan sanadnya, dia berkata, “Ibnu al-Zubair membahagi masa menjadi tiga malam. Satu malam dia solat berdiri hingga subuh. Satu malam dia rukuk hingga subuh. Dan satu malam dia sujud hingga subuh”

(Rujuk Imam al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala 3/369)

Amalan ini bukanlah para sahabat ingin menunjukkan bahawa mereka lebih hebat daripada Baginda Nabi ﷺ, akan tetapi mereka merasakan tidak sempurna seperti Nabi ﷺ. Lantaran itu, mereka melebihkan amal ibadah sebagaimana kata-kata Abu Hurairah “Aku bertasbih sesuai kadar dosaku”.

Imam al-Syaukani juga menyebutkan bahawa Allah reda terhadap amalan ketaatan yang ikhlas yang para sahabat lakukan.

Semoga dengan kisah kesungguhan para sahabat beramal ini dapat mencetuskan semangat kita dalam beramal ibadah di akhir Ramadan yang berbaki ini.

Akhir kata, semoga Allah ﷻ menerima segala amalan kita serta menjadikan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa ikhlas dalam melakukan setiap amalan. Amin.

> Sila kongsikan agar lebih ramai mendapat faedah.

02/04/2024

Aamiin🤲🤲🤲

Malam Ini Adalah Malam Ke 23 Ramadhan  (Lailatul Qadar). Antara amalan bermula masuk waktu Isyak :Baca Surah Al Ikhlas 3...
02/04/2024

Malam Ini Adalah Malam Ke 23 Ramadhan (Lailatul Qadar).

Antara amalan bermula masuk waktu Isyak :

Baca Surah Al Ikhlas 3 Kali, Pahala Seperti 1 Kali Khatam Al Quran.

Baca 'Subhanaka allahumma wa bihamdika, asyhadu an laa ilaaha illa anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.' 10 Kali.

Jika malam ini adalah Lailatul Qadar, umpama kita khatam Al Quran 1 kali dan berzikir pada ALLAH SWT 10 Kali selama 83 tahun.

Address

No. 37 Laluan Kamunting 1 Kamunting
Kamunting
34600

Opening Hours

Monday 15:30 - 01:00
Tuesday 15:30 - 01:00
Wednesday 15:30 - 01:00
Thursday 15:30 - 01:00
Friday 15:30 - 01:00
Saturday 15:30 - 01:00
Sunday 15:30 - 01:00

Telephone

+60175024531

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Restoran Wira Sejati posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Restaurant

Send a message to Restoran Wira Sejati:

Share