D'dapomama

D'dapomama Kami menyajikan hidangan istimewa yang berinspirasikan selera bonda khas buat anda semua.

Aneka sup kampung
Nasi Ayam-
Aneka D'penyat
Sizzling n Fry... Sizzling Kemelayuan
western food
0123951285 menyajikan hidangan selera kampung resepi bonda No 8 Food Court Pasaraya CS Bangi Avenue

Assalamualaikum wbt...Makluman utk Semua..Tahun ini D'dapomama tidak beraksi di   ... Namun di Food Court Pasaraya CS Ba...
26/02/2026

Assalamualaikum wbt...

Makluman utk Semua..

Tahun ini D'dapomama tidak beraksi di ...

Namun di Food Court Pasaraya CS Bangi Avenue kami beroperasi seperti biasa..
Operasi Bulan Ramadhan..
3.00 petang hingga 8.00 mlm...

Slot Infaq Ramadan dibuka seperti biasa bg memberi ruang utk sahabat2 berkongsi rezeki..In Sha Allah...

Untuk Tempahan Slot/pertanyaan hubungi AbgE yek..👍👍

sharing is caring
22/02/2026

sharing is caring

Air Bertukar Berkeladak & Hitam Masa Rendam Kaki: Toksin Keluar Atau Anda Sedang Kena 'Scam' Sains?

"Tengok ni doktor, hitam pekat air rendaman kaki saya! Patutlah badan selalu sakit-sakit. Orang spa tu cakap ni toksin dari hati dan sendi yang keluar ikut tapak kaki."

Pernahkah anda atau ibu bapa anda menghabiskan RM50 hingga RM100 untuk sesi 'Ionic Foot Detox'? Anda duduk di kerusi empuk, rendam kaki dalam besen air garam yang diletakkan satu alat besi (array), dan dalam masa 30 minit, air yang jernih bertukar menjadi coklat karat, hijau, atau hitam berbuih.

Anda rasa lega dan percaya badan dah bersih. Malangnya, anda baru sahaja tertipu dengan silap mata sains sekolah menengah!

Mari kita bedah siasat fakta kimia dan anatomi di sebalik industri 'Scam Detox' ini:

1. KEBENARAN AIR BERKARAT (PROSES ELEKTROLISIS)
Warna air bertukar BUKAN sebab toksin keluar dari kaki anda. Ia adalah tindak balas kimia asas yang dipanggil pengoksidaan logam (Oxidation) dan Elektrolisis.
Fakta Kimia: Alat besi (array) yang direndam itu disambungkan pada arus elektrik. Apabila elektrik mengalir melalui air garam, ia akan menghakis besi tersebut. Karat dari besi itulah yang memendap dan mewarnakan air menjadi coklat kelabu atau hitam!

2. UJIAN BUKTI 'SCAM'
Anda tak percaya? Cuba minta penjual tersebut hidupkan mesin dalam besen air garam TANPA merendam kaki anda di dalamnya. Biarkan 30 minit. Anda akan terkejut melihat air itu TETAP bertukar menjadi hitam dan berbuih walaupun tiada kaki manusia di dalamnya!

3. MITOS TOKSIN KELUAR IKUT LIANG ROMA
"Tapi lepas buat saya rasa segar!" Itu hanyalah kesan psikologi (Placebo Effect) dan kelegaan rendam kaki dalam air suam.
Fakta Anatomi: Kulit dan liang roma di tapak kaki TIDAK DIREKA untuk membuang toksin atau logam berat. Peluh manusia 99 peratus adalah air dan mineral, kandungan toksinnya hampir sifar!

4. SIAPA PENCUCI TOKSIN SEBENAR?
Tuhan telah mengurniakan kita dua mesin 'Detox' percuma yang paling canggih di dunia: ORGAN HATI (Liver) dan BUAH PINGGANG (Kidney). Segala sisa toksik akan ditapis oleh organ ini dan dibuang melalui air kencing dan najis, bukan melalui tapak kaki.

S.O.P RAWATAN DETOX YANG SEBENAR:
- JAGA BUAH PINGGANG: Minum air kosong secukupnya (2 hingga 3 liter sehari) untuk lancarkan sistem kumbahan sisa toksik dalam badan.
- JAGA ORGAN HATI: Berhenti makan makanan tinggi gula, proses, dan alkohol yang merosakkan sel hati (Fatty Liver).
- SIMPAN DUIT ANDA: Jangan bazirkan duit beli pakej rendam kaki berkarat ini. Gunakan duit itu untuk beli buah-buahan dan sayuran segar yang tinggi antioksidan.

Penyakit kronik tidak boleh disembuhkan dengan merendam kaki dalam air karat. Kongsikan pencerahan sains ini di dalam group WhatsApp keluarga supaya mak ayah kita tak terus ditipu oleh penjual mesin pseudo-sains ini!

Salam Ramadhan Semua💪💪Tahun ni D'Dapomama tidak beraksi di Bazar Ramadhan Bandar Seri Putra..manakala di Food Court Pasa...
22/02/2026

Salam Ramadhan Semua💪💪

Tahun ni D'Dapomama tidak beraksi di Bazar Ramadhan Bandar Seri Putra..manakala di Food Court Pasar Raya CS kami beroperasi seperti biasa..In Sha Allah..

Terima kasih kepada semua yg tanpa jemu support kami selama hampir 9 tahun di Bazar Ramadan BSP..

✅In Sha Allah yg nak buat Infaq Ramadhan boleh Roger AbgE spt biasa..AbgE akan bantu agihkan kpd yg memerlukan..💪💪







Address

No 8, Food Court, CS Supermarket, Bangi Avenue
Kajang

Telephone

+60123951285

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'dapomama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category