RareCafe

RareCafe RareCafe carries the living memoir of Dapur Raya Prihatin, a symbol of service, resilience, and togetherness.

Every cup, every plate, every conversation reflects the values of our community: learning, problem‑solving, kindness, and shared growth.

PROMOSI ISTIMEWA HARI BAPA – HERO MALAYA!Ayah adalah wira yang tidak pernah meminta balasan, tetapi sentiasa memberi yan...
19/06/2026

PROMOSI ISTIMEWA HARI BAPA – HERO MALAYA!

Ayah adalah wira yang tidak pernah meminta balasan, tetapi sentiasa memberi yang terbaik untuk keluarga.

Sempena Hari Bapa, kami ingin meraikan semua Hero Malaya dengan hidangan istimewa di Rare Café hujung minggu ini.

🍳 Shakshouka RareTV
🍜 Mee Kari Mak Long

BELI KEDUA-DUA HIDANGAN INI DAN NIKMATI Teh Tarik Barista secara PERCUMA!

Mahukan kopi premium?
Upgrade ke Latte atau Cappuccino hanya tambah RM4 sahaja.

Raikan Hari Bapa dengan hidangan yang mengenyangkan, minuman yang menyegarkan dan kenangan yang tidak ternilai bersama insan paling istimewa.

Kerana setiap ayah adalah Hero Malaya yang sentiasa berjuang untuk keluarganya.



Tag ayah atau suami dan ajak beliau menikmati set istimewa ini!

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H buat kau dan seluruh keluarga. Bila masuk lembaran tahun baru Islam ni, Abang terf...
17/06/2026

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H buat kau dan seluruh keluarga. Bila masuk lembaran tahun baru Islam ni, Abang terfikir satu benda.

Hijrah ni bukan sekadar cerita sejarah perpindahan Nabi dan sahabat sahaja. Tapi ia tentang bagaimana kita hari ini memilih untuk berhijrah mencari suasana yang lebih baik, lebih tenang dan lebih mendekatkan kita dengan orang-orang yang kita sayang.

Alhamdulillah, hari ini warga Putrajaya, Kajang, dan Bangi dapat pelepasan cuti umum. Rezeki kau dapat berehat seketika dari kesibukan kerja pejabat, menghadap kesesakan jalan raya atau urusan harian yang tak pernah habis.

Daripada kau duduk termenung kat rumah, apa kata kau bawa mak, ayah, pasangan dan anak-anak buat HIJRAH KECIL kau hari ini.

Luangkan masa berkualiti bersama mereka di RareCafe.

Macam biasa, pintu kami buka luas-luas hari ini:

Hari Ini (Awal Muharram): 8.00 Pagi - 7.00 Malam

Abang tahu, ada orang yang cuti-cuti macam ni memang wajib kena cari nasi lemak dulu baru enjin badan dia boleh hidup.

Kau jangan risau, Nasi Lemak DRP yang suci, bersih dan halal sentiasa sedia menanti kau sekeluarga.

Sambil kau melayan secawan kopi panas, cubalah rasa menu signature yang kau selalu tengok dalam travelog RareTV tu, layan Shashouka kami. Paduan daging lembu segar dari ladang RPWP Agro di Lenggeng, diproses sendiri oleh tangan kami, memang takkan mengecewakan.

Hah, Mee Kari Nyoya air tangan Mak Long jangan kau lupa. Ni wajib kau rasa, menu yang baru berusia 2 minggu di RareCafe tapi dah mendapat sambutan hangat. Panas-panas kuah tu kau hirup memang layan dik.

Kalau nak yang lebih santai, order p**a Roti Bakar yang dilumur pekat dengan Sekaya Telur Itik hasil ternakan kami sendiri. Barang rare ni, kalau kau tak rasa hari ni, memang rugi.

Paling penting, Abang nak kau sekeluarga rasa selesa.

Kat sini parking luas, tandas bersih dan surau pun kami sediakan dengan selesa untuk kau tunaikan solat.

Jadi tak ada alasan lagi untuk kau ragu-ragu nak singgah bawa rombongan keluarga besar.

Alang-alang hari baik bulan baik ni juga, kalau kau tergerak hati nak buat amal jariah, nak berinfaq makanan kepada mereka yang memerlukan, kafe kami sedia jadi pemudah cara.

Kau panggil saja Kak Liza kat kafe nanti, beritahu apa yang kau nak sedekahkan, biar kami uruskan selebihnya.

Mudah sangat nak kutip pahala tahun baru ni.

Jom orang Bangi, Kajang dan Putrajaya. Abang dah pesan dekat team supaya bersiap siaga terima kedatangan kau sebagai tetamu kehormat kami hari ini.

Lokasi penuh Abang tinggalkan di ruang komen. Kalau takut tak ada meja sbb cuti umum ni, boleh terus hubungi Kak Liza +60 12-380 7585 untuk tempahan awal ya.

Jumpa di meja makan, gais!


Shauqi Hasan
Barista sebelum terbang naik Aroya Cruise ke Istanbul dan Greece hari Jumaat ni.

Hari Isnin selalunya menjadi hari dorman untuk kebanyakan kedai kopi dan kafe di sekitar Bangi dan Kajang sebab kebanyak...
16/06/2026

Hari Isnin selalunya menjadi hari dorman untuk kebanyakan kedai kopi dan kafe di sekitar Bangi dan Kajang sebab kebanyakannya tutup. Tapi di RareCafe, kami tetap BUKA SETIAP HARI demi meraikan peminat-peminat tegar kopi dan hidangan kami yang tak reti duduk diam.

Dipendekkan cerita, tengah hari tadi kaunter RareCafe disapa oleh seorang insan yang inspirasional bagi kami. Bagi kau yang kaki travel, nama Amir Arsad ni memang tak asing lagi.

Ni lah anak muda yang pernah buat negara bangga dengan misi kembara berbasikal solo, mengayuh merentas berpuluh negara dari Malaysia hinggalah ke benua Eropah!

Menariknya, Amir ni sekarang pun dah jadi usahawan kopi dengan mengusahakan kafenya sendiri, KOPI yang terletak di dalam Bangunan ARKED MARA, Kajang. Kafe dia pun bukan kaleng-kaleng dik, selalu jadi port tumpuan follower dia dari Singapura.

Dah jadi satu trend CAFE HOPPING yang menarik sekarang, dia datang pekena Shakshouka kat RareCafe dulu, lepas tu dorang akan lajak port seterusnya lepak minum kopi kat kafe Amir p**a.

Komuniti kopi dan travel kita ni memang kecil dan sangat supportive, dik!

Siapa yang ikut perjalanan kami dari awal mesti tahu, hubungan kami di RareTV dengan Amir ni dah lama bertaut. Dok sembang ni sambil imbas balik zaman PKP dulu, waktu channel RareTV baru sahaja nak mengumpul taring, Amir lah yang sudi bersama-sama kami buat Live streaming khas meraikan pencapaian 100,000 subscribers kami yang pertama.

Hari ni, waktu Abang tengah menulis post ni, angka subscribers RareTV dah mencecah 499,718 orang!

Sikit lagi nak pecah angka keranat 500k, dik.

Dik, kalau kau tengok video kami tapi belum tekan butang SUBSCRIBE tu, better kau pergi tekan sekarang juga dik sebelum Abang merajuk. Hahaha!

Satu benda yang kau kena tahu pasal kami di sini dik, kebanyakan kapten, hos dan kru pantang sahaja musim panas menyapa dunia, ramai antara kami yang akan mula terbang keluar mengembara memimpin trip pusing dunia bersama Rarecation.

Sebab itu, kalau kau seorang bangsa kembara atau traveller tegar, RareCafe ni adalah destinasi wajib untuk kau jejak. Kat sini bukan sekadar tempat mengunyah makanan, tapi di sinilah lubuk untuk kita cipta kenangan, bentang peta dan berkongsi cerita pengembaraan masing-masing.

Sebab tu ramai alumni Rarecation s**a sangat bawa famili dorang berkumpul kat sini. Sekali kau dah masuk ke dalam kompleks Rumah Prihatin Warga Prihatin (RPWP), Abang jamin kau akan rasa susah sangat nak tinggalkan kompaun ni.

Masuk sahaja ke dalam kafe ni dik, kau akan terus disambut dengan layanan mesra yang membahagiakan. Sambil tunggu makanan siap, kau boleh melawat galeri yang mempamerkan timeline dan sejarah air mata pembangunan RPWP dari hari pertama tanah ni dibuka sehinggalah ke hari ni.

Fuh, kalau kau duduk dalam kafe ni waktu pagi, silap-silap kau tak sedar pun kat luar tu dah bertukar petang. Dia punya ralit menyembang pasal dunia luar, sambil tangan menyuap Shakshouka panas, hirup kuah Mee Kari Nyonya atau cicah Roti Bakar Telur Itik... sampai kau boleh lupa yang dunia sekeliling sedang bergerak senyap meninggalkan masa.

Vibe dia sangat tenang! Abang kalau dah buat kerja dalam cafe sah boleh hanyut. Haha..

Sok dik, ikon kembara dunia macam Amir Arsyad pun dah sampai melabuh punggung kat sini. Kau yang dekat-dekat ni bila lagi nak muncul?

Terima kasih Abang ucapkan kepada semua yang datang setiap hari mewarnai kisah dan menjadi sebahagian daripada lembaran sejarah RareCafe.

Abang nak kau tau satu benda dik.

Dalam diam kau membeli dan menikmati hidangan daripada air tangan anak-anak kami, tanpa sedar setiap suapan dan sisipan kopi yang masuk ke tekak kau sebenarnya sedang mengalirkan pahala amal, menjadi dana serta sumbangan langsung kepada pembangunan komunit RPWP.

Terima kasih dik, kerana sudi menjadi penyokong, tulang belakang dan aset paling berharga buat kami.

Abang tunggu kau setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam. Sabtu dan Ahad kami mula operasi dari 8.00 pagi.

Shauqi Hasan
Yang tengah berkira-kira nak kayuh basikal juga, tapi takut pancit tengah jalan kat Bosnia.

Kau yang membaca ni, cer korang tag kawan-kawan kau yang hantu travel atau geng kaki basikal!

Fuh, power betul penangan hari Ahad ni dik! Dari pagi bawa ke petang, krew RareCafe langsung tak menang tangan. Mana tid...
14/06/2026

Fuh, power betul penangan hari Ahad ni dik! Dari pagi bawa ke petang, krew RareCafe langsung tak menang tangan. Mana tidaknya, di dalam cafe orang pakat beratur nak makan, dekat pekarangan luar p**a tengah rancak berlangsung Pesta Durian RPWP AGRO.

Bau kopi premium berbaur p**a dengan aroma raja buah, memang meriah habis!

Tapi Abang faham dik, mesti ada di antara korang yang gigit jari hari ni sebab tak sempat nak singgah atas kekangan waktu, kan?

Jangan risau dik. Kebanyakan cafe di sekitar Bangi memang selalunya cuti hari Isnin.

Tapi di RareCafe, KAMI BUKA SETIAP HARI!

So dik, esok pagi-pagi lagi kau dah boleh balas dendam pekena Mee Kari Nyonya Mak Long Werda yang padu tu.

Seawal jam 9.00 pagi pintu cafe dah sedia ternganga luas. Kalau kau nak jenis sarapan santai, Nasi Lemak DRP bungkus yang daun pisangnya masih panas-panas suam pun dah sedia menanti untuk dijamah.

Abang nak ucap jutaan terima kasih buat semua yang sudi singgah hari ni. Kalau semalam kita terima tetamu dari Singapura, hari ni rupa-rupanya ramai yang datang menyahut seruan dan cabaran Abang pagi tadi.

Bila Abang tanya seorang demi seorang dekat kaunter, Abang sendiri rasa terharu dik.

Ada yang memandu jauh dari Klang.
Ada yang sanggup turun dari Bahau.
Ada yang datang merentas jalan dari Batang Kali.
Ada yang mari sejauh dari Gombak.

Kebanyakannya datang dengan satu misi yang sama, semangatnya semata-mata nak merasa sendiri keunikan hidangan dari RareCafe.

Tapi apa yang paling sejuk mata Abang memandang hari ni ialah bila melihat RareCafe dah mula bertukar menjadi port berkumpul keluarga besar.

Seronok tengok korang usung anak isteri, ajak sekali atuk nenek datang duduk semeja untuk bersilaturahim. Cafe kami ni dah macam rumah kenduri, dik. Meriah!

Bagi kau yang jenis risau nak bawa famili sebab takut sesak, meh sini Abang nak bagi jaminan:

1. KAWASAN PARKING LUAS. Hah, kau tak payah pening kepala nak pusing-pusing cari parking atau takut kena saman. Kawasan kompleks RPWP ni sangat mesra kenderaan.

2. MEJA PUN BANYAK. Ruang santai kita luas, meja banyak. Bawa sanak-saudara seangkatan pun kita boleh ejas bagi duduk sekali. Dah, jangan risau. Kau datang jer dik.

3. SURAU PUN BESAR. Nak makan pun tak perlu risau dik. Tak payah nak terkejar waktu solat. Lepas order kat kaunter, sempat jer jaga hubungan kita dengan Allah. Rezeki pun berkat bila kita jaga solat.

Orang selalu cakap, "Alah Abang, waktu tengah bulan macam ni selalunya orang tak ramai, cafe mesti lengang."

Entahlah dik, Abang pun tak pasti teori mana dorang pakai. Setahu Abang, hari-hari perut orang perlu diisi, hari-hari orang nak makan dan minum. Hahaha!

Jadi, apa kata minggu ni kita pakat pecahkan teori tu?

Kita buktikan dan meriahkan RareCafe sepanjang minggu ni dark Isnin sampai Ahad sebagai destinasi utama untuk kau bonding dengan keluarga.

Abang tunggu kau esok pagi dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam. Lokasi macam biasa, Abang dah pin siap-siap dekat komen pertama di bawah.

Jangan sesat ya dik!
Terima kasih semua.

Shauqi Hasan
Sentiasa gembira tengok famili korang kenyang.

Abang nak buat bancian sikit untuk persediaan dapur esok. Antara Mee Kari Mak Long dengan Shakshouka, mana satu menu yang kalau kau sampai RareCafe esok, kau akan order dulu tanpa fikir panjang?

Cuba komen lokasi korang dari mana sekali, Abang nak tengok dari jajahan mana paling jauh!

Terkedu Abang dibuatnya semalam dik. Bila pintu RareCafe ditolak dan masuk sepasang suami isteri siap heret luggage besa...
14/06/2026

Terkedu Abang dibuatnya semalam dik. Bila pintu RareCafe ditolak dan masuk sepasang suami isteri siap heret luggage besar. Abang ingatkan tersalah cari lobi hotel, rupa-rupanya ada kisah yang buat Abang betul-betul tersentuh.

Mereka berdua ni rupa-rupanya warga Singapura.
Yang paling buat abang teruja, mereka travel masuk Malaysia menggunakan ETS dan dari stesen tu mereka terus tempah Grab meluru ke RareCafe.

Bila abang sapa dan bersembang, mereka cakap, belum check-in hotel lagi. Destinasi pertama yang mereka wajib jejak bila sampai Malaysia adalah RareCafe.

Sebab apa?

"Kami datang dari jauh ni semata-mata nak cuba makan Shakshouka.”

Allahuakbar... berbunga rasa hati abang dik. Rupa-rupanya mereka berdua ni follower tegar RareTV.

Mereka ni memang pengembara sejati sedia ada, sanggup ikut route perjalanan yang pernah kami rintis dalam travelog di Turkiye dulu demi nak merasai pengalaman yang sama.

Kisah ni bukan semalam je jadi.
Hari Jumaat lepas pun abang dapat kejutan.

Alumni Rarecation dari Singapura yang pernah ikut Abang ke Iceland datang satu famili besar bawa dua buah kereta berkonvoi! Sama macam couple tadi, belum sempat check-in hotel, mereka terus singgah RareCafe.

Semuanya gara-gara rindukan rasa Shakshouka yang pernah mereka makan masa mengembara di Iceland dengan Abang dulu.

Kami nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan jutaan terima kasih kepada kalian semua.

Dari hujung Utara, Selatan, Pantai Timur, hinggalah yang sanggup merentas tambak dari Singapura... korang memang luar biasa.

Dik, RareCafe ni bukan sekadar tempat untuk kita duduk, menikmati makanan, bayar dan balik.

Tidak.
Di sinilah tempat kita berhubung dan bertaut hati.

Yang jauh kita dekatkan.
Yang dekat kita mesrakan.
Yang mesra kita serasikan.

Orang yang beratus kilometer pun dah sampai jejak kaki kat sini. Kau yang duduk sepelaung je dekat area Kajang, Bangi, Putrajaya, dan kawasan sekitar tu... takkan nak telan air liur tengok gambar je dik?

Mai lah singgah.
Bawa famili, bawa kawan-kawan.

KAMI BUKA SETIAP HARI.

Tak payah pening nak makan apa, sebab kat sini menu kita memang diolah khas untuk menyatukan selera kau dik.

Shakshouka RareTV
Roti Bakar Sekaya Telur Itik
Nasi Lemak DRP
Mee Kari Nyonya Mak Long Werda
Padu bila gabung dengan Sambal Sotong atau Sambal Paru!

Terus set gugel map ke Sungai Ramal Dalam sekarang. Lokasi abang dah tampal siap-siap kat ruangan komen pertama di bawah.

Abang tunggu kau kat kaunter.
Jumpa kat cafe dik!

Shauqi Hasan
Barista di cafe dan penjual durian part time.

Terima kasih Ms. San atas kata-kata semangat ni. Ia buatkan Abang dengan seluruh crew makin berkobar-kobar nak tambahbai...
08/06/2026

Terima kasih Ms. San atas kata-kata semangat ni. Ia buatkan Abang dengan seluruh crew makin berkobar-kobar nak tambahbaik lagi kualiti makanan dan servis kami buat korang semua.

Abang nak ucap terima kasih berbanyak-banyak buat kalian yang sudi singgah cafe kami. Seawal jam 8.00 pagi pintu baru nak buka, orang dah mula muncul kat depan kaunter.

Gembira sungguh tengok kemeriahan hujung minggu. Walaupun terkejar-kejar juga masa antara cafe dan PBAKL di WTC, sempat juga santuni mereka yang hadir ke cafe.

Lagipun, kami baru saja kembalikan legenda dari zaman Dapur Raya Prihatin (DRP) iaitu Mee Kari Nyonya Air Tangan Mak Long Werda!

Dik, kau kena tahu yang kuah kari dia tak berapa cair dan tak berapa pekat, tapi bau aroma rempah ratus dengan warna merah menyala dia tu... kau baru tengok depan mata pun dah cukup buat air liur kau tumpah dik, itu belum suap masuk mulut lagi!

Gabungan rasa dia memang secukup rasa dik, ada lemak santannya, ada pedas manja dan rencah yang meriah.

Hanya RM18 kau dah boleh nikmati satu menu yang buatkan kau kembali ke zaman remaja!

Ramai juga yang datang semata-mata nak merasa mee kari ni.

Padankan p**a dengan Sambal Sotong DRP atau Sambal Paru DRP yang rangup-rangup basah, pergh... dia punya bauran rasa tu memang terangkat!

Dalam masa kami dok sibuk melayan order mee kari, tiba-tiba masuk seorang pelanggan Chinese. Dia datang seorang diri dan duduk kat penjuru cafe. Masa dia order, Abang agak terkejut juga sebab dia tak order mee dik... tapi dia order Shakshouka.

The rest is history..

Kata-kata yang terbit daripada seorang pelanggan yang berbeza bangsa dan budaya. Ia membuktikan satu benda buat Abang.

Bila kita buat kerja dengan jujur, bila kita menjaga kualiti makanan dengan penuh maruah, rasa ikhlas tu akan merentas sempadan bangsa. Orang luar pun boleh rasa jiwa dalam masakan kita.

Kau yang belum sampai tu, dah boleh plan. KAMI BUKA SETIAP HARI.

Isnin ke Jumaat: 9.00 pagi - 7.00 malam.
Sabtu dan Ahad: 8.00 pagi - 7.00 malam.

Abang share lokasi cafe kat komen. Munculkan diri kau esok pagi ya. Abang tunggu!
SH
Bila kita masak dengan hati, makanan tu takkan menipu lidah yang merasainya.

Kau yang dah pernah sampai RareCafe... menu apa yang mula-mula sekali buatkan kau jatuh cinta dengan RareCafe ni? Dan buat kau yang belum sampai, menu mana yang kau paling mengidam nak rasa minggu ni? Cuba komen sikit, Abang nak baca!

NIKMATI SARAPAN KAMPUNG RESEPI ASLI DAN HOMEMADE DI RARECAFE Sarapan pagi paling simple dan paling sedap. Pagi-pagi tak ...
08/06/2026

NIKMATI SARAPAN KAMPUNG RESEPI ASLI DAN HOMEMADE DI RARECAFE
Sarapan pagi paling simple dan paling sedap. Pagi-pagi tak lengkap kalau tak pekena roti bakar bersama sekaya homemade dan telur goyang 2 biji, pelengkap hidangan!
🍞 Roti homemade special dibakar rangup keemasan.
🥥 Sekaya homemade yang lemak, manis dan harum.
🥚 2 biji telur goyang yang dimasak sempurna.
☕ Memang ngam dicicah sambil hirup kopi atau teh tarik barista yang Rare...
Sekali cuba, memang susah nak move on!
Resepi homemade istimewa.
Sesuai untuk sarapan dan minum petang.
Jadilah orang yang terawal membuat pesanan sebelum habis. Dan jangan lupa tag sahabat wajib belanja set ni.

MENU TERBARU RARECAFÉ MULAI ESOK! Bayangkan semangkuk mee kari panas berasap dengan kuah kari pekat yang kaya rempah, di...
05/06/2026

MENU TERBARU RARECAFÉ MULAI ESOK!
Bayangkan semangkuk mee kari panas berasap dengan kuah kari pekat yang kaya rempah, dihiasi dengan:
🦐 Udang segar
🦪 Kerang pilihan
🍗 Ayam carik lembut
🥚 Telur rebus
🧆 Fish ball & fried fish cake
🥣 Tauhu pok yang menyerap kuah kari
Lepas perah limau kasturi dan gaul sekali dengan bawang goreng rangup serta sambal merah asli, memang padu! 🔥
Buat mereka yang gemarkan kuah kaw, rasa berempah, lemak secukupnya dan topping yang puas hati, korang kena cuba mee kari istimewa dari RareCafé bermula jam 11 pagi esok.
*Stok harian adalah terhad.
Bawa keluarga, ajak kawan-kawan, dan rasai sendiri kenapa menu ini bakal menjadi antara kegemaran pelanggan RareCafé.

Ini Baru Rare!

Ini satu lagi rahsia menu RareCafe yang Abang nak bocorkan hari ni. Ramai yang datang cafe ingat kita cuma ada pakar kop...
03/06/2026

Ini satu lagi rahsia menu RareCafe yang Abang nak bocorkan hari ni. Ramai yang datang cafe ingat kita cuma ada pakar kopi dengan menu western je kan?

Sebenarnya, kami ada satu resipi rahsia untuk kau yang berjiwa tenang iaitu siri teh Matcha daripada Niko Neko.

Bagi kau yang baru nak berjinak dengan dunia teh hijau ni, kami ada sediakan Matcha KYN. Yang ni dah siap-siap pre-mix dengan rasa manis-manis manja dan ada nota rasa vanilla.

Memang mesra tekak orang kita, sekali sedut terus jatuh cinta.

Sebelum masuk bulan Jun ni, Abang dengan team ada buat analisa

Abang dan team dah selesai buat analisa data jualan sepanjang bulan Mei yang lepas. Kita nak tengok apa sebenarnya yang ada dalam sanubari pencinta Matcha ni bila dia datang RareCafe. Dan hasil data kami... sangat menarik untuk Abang kongsi dengan kau.

Sepanjang bulan Mei, ini rekod yang team Abang kutip:

Matcha Latte: 76 cawan terjual.
Matcha Strawberry: 111 cawan terjual!

Haaa... dari pattern jualan ni, Abang dah boleh baca sangat dah taktik kau dik. Kau sebenarnya jenis yang tak boleh hidup kalau tak dapat benda manis kan?
Hahaha! Pantang nampak gabungan Matcha dengan strawberi segar, terus kau borong sampai pecah rekod.

Takpe dik abang faham... gabungan rasa pahit-pahit teh dengan masam manis buah tu memang boleh buat healing otak yang tengah serabut dengan kerja.

Disebabkan siri Matcha ni mendapat tempat kat hati kau, Abang ingat nak bawa masuk specialty grade yang baru untuk menu akan datang. Tapi Abang tengah pening kepala nak buat pilihan, sampai si Zalikha pun dah buntu nak tolong Abang fikir.

Abang nak minta pandangan jujur daripada kau yang tengah baca post ni. Antara dua gred premium ni, kau jenis layan yang mana:

AJISAI 2.0 (Uji Matcha): Yang ni jenis ada profil rasa yang sangat bold, ada rasa kacang (nutty), pembakarannya sederhana (medium-roasted) dan ada rasa sedikit savory atau umami. Kakak kau memang hantu Ajisai ni.

YURI (Pure Umami Matcha): Yang ni p**a lebih smooth, rasa hijau dedaun yang segar (fresh savory green note) dan sesuai sangat kalau nak buat Matcha Latte yang berkrim dan tenang.

Abang secara peribadi? Abang ni jenis peminat Matcha yang pahit, dik. Baru gentle orang cakap! Hahaha.

So dik, nak minta kau tolong Abang buat keputusan minggu ni. Cuba kau KOMEN kat bawah, kau lebih prefer Ajisai 2.0 atau Yuri?

Sambil-sambil kau bagi pilihan tu, abang nak tahu juga... kat kawasan rumah atau office korang sekarang, berapa harga secawan Matcha premium yang biasa kau minum?

Cuba kongsi sikit, Abang nak buat kajian pasaran j*p.

Sila pilih dan komen sekarang dik. Pilihan kau menentukan apa yang bakal keluar kat kaunter RareCafe minggu depan!

Jumpa kat ruang komen.

Shauqi Hasan
Peminat tegar matcha tegar yang pahit.

MENU SIGNATURE RARE HANYA DI RARECAFÉPeminat sarapan style western wajib cuba Shakshouka RareTV! Kuah tomato homemade ya...
03/06/2026

MENU SIGNATURE RARE HANYA DI RARECAFÉ

Peminat sarapan style western wajib cuba Shakshouka RareTV!

Kuah tomato homemade yang pekat dan berperisa, dipadankan dengan 2 biji telur separuh masak. Ditabur herba segar dan dihidangkan bersama roti homemade garlic confit yang rangup di luar, lembut di dalam.

Sekali cicah roti dalam kuah tu, memang susah nak berhenti makan!

Nikmati hidangan istimewa ini secara;
🍳 Fresh dimasak bila order,
🍳 Mengenyangkan.
🍳 Sesuai untuk sarapan, brunch atau minum petang.

Hanya RM18 sahaja!

📍 Singgah di RareCafe dan cuba sendiri. Jangan lupa tag kawan yang kaki breakfast & mengopi untuk rasai suasana cozy di cafe kami.

Address

Lot 79979, Kompleks RPWP, Jalan Abim, Sungai Ramal Dalam
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 20:00
Tuesday 09:00 - 20:00
Wednesday 09:00 - 20:00
Thursday 09:00 - 20:00
Friday 09:00 - 20:00
Saturday 09:00 - 20:00
Sunday 09:00 - 20:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RareCafe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category