Mychikopi

Mychikopi Ayam Kopi โ€” Aroma menyatu, rasa menakluki. Kafe berasaskan menu istimewa gabungan ayam dan kopi

21/07/2026
๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ถ๐—ป๐˜‚๐—บ. Di Chikopi, kami sentiasa percaya bahawa sebuah kafe bukan sekadar tempat mengis...
21/07/2026

๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ถ๐—ป๐˜‚๐—บ.

Di Chikopi, kami sentiasa percaya bahawa sebuah kafe bukan sekadar tempat mengisi perut. Kami mahu ia menjadi ruang yang menghubungkan manusia, mengeratkan hubungan dan mencipta kenangan. Sebab itulah kami memilih tagline "Kopi. Kafe. Komuniti." kerana kami ingin membina sebuah tempat yang sentiasa hidup dengan aktiviti dan senyuman.

Ramai yang datang ke Chikopi untuk menikmati kopi, roti bakar atau hidangan kami. Tetapi sebenarnya, ada sesuatu yang lebih besar daripada itu. Kami mahu setiap pelanggan berasa seperti berada di ruang tamu sendiri. Datang bukan semata-mata untuk makan, tetapi untuk berehat, berkongsi idea, belajar dan meluangkan masa bersama insan tersayang.

S**a membaca? Kami menyediakan mini library yang boleh dinikmati oleh semua. Ambillah secawan kopi, pilih sebuah buku dan luangkan sedikit masa untuk menambah ilmu atau sekadar menenangkan fikiran. Dalam dunia yang semakin sibuk, kadangkala beberapa halaman buku mampu memberi ketenangan yang kita perlukan.

Perlu siapkan tugasan atau bekerja dari kafe? Tiada masalah. Chikopi menyediakan WiFi percuma serta soket elektrik untuk memudahkan anda bekerja dengan lebih selesa. Sama ada pelajar menyiapkan tugasan, freelancer bertemu pelanggan atau usahawan menyusun strategi, kami mahu Chikopi menjadi tempat yang membantu anda menjadi lebih produktif.

Kami juga sangat mengalu-alukan mereka yang ingin mengadakan usrah, perbincangan atau meeting kecil. Kadangkala idea terbaik lahir apabila kita duduk semeja sambil menikmati secawan kopi. Tidak semestinya perlu bilik mesyuarat yang formal. Suasana santai sering menghasilkan perbincangan yang lebih terbuka dan bermakna.

Bagi kami, sebuah kafe yang baik bukan hanya diukur melalui kesedapan makanannya, tetapi juga melalui kenangan yang tercipta di dalamnya. Kami mahu melihat ibu bapa berbual bersama anak-anak, sahabat lama bertemu semula, pelajar belajar bersama dan komuniti berkumpul dalam suasana yang positif.

Inilah impian kami untuk Chikopi. Sedikit demi sedikit, kami ingin membina sebuah ruang komuniti yang mesra semua lapisan masyarakat. Tempat di mana setiap orang berasa dialu-alukan tanpa mengira usia, latar belakang atau tujuan mereka datang. Jika anda hanya mahu berehat seketika daripada kesibukan hidup, pintu kami sentiasa terbuka.

Perjalanan ini masih panjang, tetapi kami percaya sebuah komuniti yang baik bermula dengan ruang yang baik. Jika anda mempunyai idea aktiviti seperti sesi perkongsian ilmu, kelab membaca, kelas kecil atau program komuniti yang sesuai diadakan di Chikopi, kami amat mengalu-alukan cadangan anda. Kami mahu membina Chikopi bersama-sama dengan komuniti.

Terima kasih kepada semua yang terus menyokong perjalanan kami sejak hari pertama. Setiap kunjungan, setiap cawan kopi dan setiap senyuman memberikan semangat kepada kami untuk terus berkembang menjadi lebih baik.

Jom datang ke Chikopi. Bukan sekadar untuk makan dan minum, tetapi untuk membaca, bekerja, berbincang, berkumpul dan mencipta kenangan bersama. Kerana bagi kami, satu kafe boleh membawa seribu cerita, lebih banyak aktiviti dan lebih banyak kebaikan.

24/01/2026

๐—–๐—ต๐—ถ๐—ธ๐—ผ๐—ฝ๐—ถ ๐—–๐—ฎ๐—ณ๐—ฒ

Chikopi adalah jenama binaan kami berdua, suami isteri. Asalnya ada 2-3 nama cadangan lain tapi ditukar kerana nama Chikopi lebih sedap dibaca dan disokong oleh pendapat GenAI juga.

Takde niat nak bina jenama sendiri pun sebenarnya. Sebenarnya kami nak ambil perniagaan minuman franchise tapi terpaksa batal setelah diketahui selang 1 kedai lokasi kami tu nak buat perniagaan minuman franchise juga, so taknak bertembung.

Kami fikir idea lain p**a.

Bermula dengan idea untuk buat perniagaan kafe dengan konsep makanan Kelantan dan minuman yang trend dengan golongan Gen Z (ikut trendlah senang cakap), lahirlah Chikopi, sebuah kafe berbentuk kopitiam

Kami bincang (sampai gaduh2 juga kadang kala), akhirnya sepakat. Konsep, design, menu, harga, SOP dan sebagainya. Saya jaga part saya dan wife saya jaga part dia, kami selaraskan idea dan perlaksanaan berdasarkan hasil perbincangan.

Jangkaan awal Chikopi akan buka pada Nov 2025 tapi kelewatan pihak kontraktor menyiapkan renovasi, minggu lepas baru dapat mula beroperasi.

18 Jan 2026 akan kami kenang sepanjang hayat kerana itulah tarikh rasmi Chikopi beroperasi, tarikh kami menceburkan diri dalam fnb.

Alhamdulillah, seminggu beroperasi ini, jualan tidaklah hebat sangat tapi tidaklah teruk juga, saya kira kami bersyukur dengan rezeki yang diperolehi.

Sesuai la dengan keadaan semasa dengan kami juga lakukan penambahbaikan dari sehari ke sehari.

Takde buat grand opening atau launching apa2 pun, just blast WA kepada kawan2 dan sedikit group sahaja. Risau jika viral, pelanggan datang ramai, kami p**a yang tak dapat memenuhi jangkaan pelanggan, biarlah Chikopi dikenali secara organik.

Dari segi tenaga kerja, kami ambil 6 orang pekerja tetap dan 2 pekerja sambilan. Daripada 8 orang ini, 3 daripadanya adalah OKU Fizikal (berkerusi roda). Tiga pekerja OKU ini bertanggungjawap menguruskan urusan dapur dan barista.

Siapa kata OKU tak pandai masak dan tak boleh jadi barista? Chikopi jadi saksi.

Kami fikir, ini tanggungjawap sosial dan Alhamdulillah, team kami support antara satu sama lain, sentiasa saling membantu, kami jadikan kerja berpasukan, inklusiviti dan saling menghormati rakan sekerja sebagai antara dasar polisi Chikopi.

Chikopi juga menawarkan peluang kepada vendor luar untuk letakkan produk mereka secara consignment.

Kami berniat nak bantu peniaga lain juga dan yes, salah seorang vendor itu juga adalah pekerja OKU di Chikopi juga. Waktu pagi dia berniaga dan hantar makanan ke Chikopi, malam dia kerja part time di Chikopi.

Di Chikopi juga, sambil menunggu pesanan disiapkan, pelanggan boleh membaca buku. Pelbagai genre buku kami letakkan di Chikopi Mini Library. Dari buku kanak2 sehingga kitab agama, kami bawa buku2 di rak rumah ke Chikopi. Komik Doreamon dan Lawak Kampus pun ada.

Niat asal mewujudkan mini library ini adalah kami nak budayakan sifat membaca. Kami banyak melihat keluarga duduk semeja tetapi masing-masing asyik dengan gajet sendiri. Tiada komunikasi dan tiada percambahan ilmu, mata hanya fokus kepada skrin masing2. Ini yang kami nak ubah.

Daripada bermain game atau melayari media sosial, bagus juga jika membaca walaupun sekadar komik biasa. Chikopi percaya bahawa menbaca jauh lebih baik daripada bermain game.

Ada beberapa idea lain lagi ingin Chikopi laksanakan tapi biarlah dilakukan secara bertahap.

Setakat hari ini, Chikopi masih 5 star di Google Review. Semoga Chikopi teguh mendapat sokongan dan doa kawan2 sekalian.

Stay tunes kawan-kawan, dah tak lama lagi dah. Doakan agar semuanya berjalan lancar.
18/12/2025

Stay tunes kawan-kawan, dah tak lama lagi dah. Doakan agar semuanya berjalan lancar.

29/11/2025

Nantikan kemunculan tempat makan-makan & santai terbaru di Bandar Dato Onn.

28/11/2025

Menghitung hari dan waktu untuk pembukaan Chikopiโ€ฆ.

Work in progress. Coming soon to Bandar Dato Onn!
28/11/2025

Work in progress. Coming soon to Bandar Dato Onn!

21/10/2025

Pernah rasa tak Ayam Kopi?

Jika tak pernah, nanti boleh cuba di Chikopi ye. Akan dibuka pada Nov nanti.

Mark dalam kalendar tau

Address

No. 43 Perjiranan 15/1, Bandar Dato Onn
Johor Bahru
81100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mychikopi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category