27/12/2022
Throwback August 13, 2020. Sedih bila baca ni. How time flies. Look where we are now π₯Ί
Penah sekali, 200 ketoi ayam cawangan jitra rugi kami buang saja sbb ayam ada berbau sikit..
Penah jugak cawangan jitra buang 480 slice tempe sbb dah tak ok utk bg customer makan..
Penah jugak kami buang nasi 7kg sbb dah tk okay utk bg customer makan..
Cawangan alor setar penah rugi cabai hampir 80kg sbb cabai tak menjadi tak mencukupi criteria kami..
Begitu jugak utk cawangan sungai petani..
Jikalau ada customer PERSONAL MESEJ kami bgtau ada masalah dgn makanan kami, tak penah lg kami jemu untuk refund @ bg makan secara percuma.. sbb kami tau hukum sesungguhnya HARAM klu amek duit customer yg mai makan tp depa tk puas hati dgn mknn kami..
Dah menjadi darah daging kami, diajar oleh ayah kami Malik Bin Ahmad.. untuk prepare makanan dan serve makanan dkt customer seolah kita sendiri yg nak makan.. jd klu brg2 mentah tak brpa puas hati takkan diri sendiri nak makan betul dak? Begitu lah juga yg kami terapkan dlm bisnes dan pemikiran kami..
Terima kasih kpd customer yg masih nampak 9 kebaikkan yg kami buat di dalam bisnes ini, terima kasih jugak kerana faham dan tegur atas 1 keburukkan yg telah jd semalam. Kami terima sebaiknya, agar kami lebih berhati2 pada masa akan dtg, sesungguhnya manusia tk penah lari dari buat kesilapan..
Dari ayat USTAZ DON ; Nak guna Facebook, Instagram, gunakanlah sebaiknya.
Untuk berkawan, jalin silaturrahim, menyampaikan dakwah
Jangan guna untuk cari pasai, cipta musuh mahupun bergaduh
Media sosial ni ibarat rumah kita
Benda positif, benda baik yang kita post, kita komen, pasti orang s**a. Tapi kalau asyik memaki, menyindir, mengecam, apa faedahnya? Jiran yang nampak pun sakit mata
Akhirnya tak ada siapa nak berkawan dengan kita
Yang nak menyakat bergurau, berpada-pada
Sebab boleh jadi tanpa sedar ada yang terluka
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: βBarang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam...β (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Semoga yg terbaik utk kami, diiringi bersama doa ibu kami dan berkat Allah, begitu juga semoga yg terbaik utk semua para customer kami.
Lots of love, saya yg mewakili AYAM GEPUK PAK RADEN JITRA β€οΈ