GZ Corner

GZ Corner Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from GZ Corner, Restaurant, Jerteh.

10/11/2022

RESEPI DONUT PANDAN GEBUS
Klik https://youtu.be/sY6FiaPIzrc

Bahan-bahan :
1 kg tepung gandum
1 peket yis/mauripan
2 sb gula
2 sb marjerin
5 sb susu pekat
Air daun pandan
Pewarna hijau

Cara-cara :

1. Blender daun pandan dan tapiskan.. masukkan air daun pandan td bsama yis dan gula, msukkn sedikit pewarna hijau dan kacau.. biarkan dalam 15minit hingga berbuih dlm bekas bertutup
2. Dalam bekas lain masukkan tepung.. gaul dengan marjerin dan susu.. gaul smpai jadi macam serbuk roti
3. Pastu masukkan sikit² air rendaman yis td.. uli sampai xmelekat kat tangan
4. Rehatkan doh selama sejam.. tutupkan bekas
5. Sblm menguli, tumbuk²kan doh utk keluarkan angin
6. Sapukan minyak pd dulang utk elakkan dr melekat
7. Kemudian, boleh la bentukkan bulat2
8. Tunggu doh kembang sekejap.. tekapkan lubang kat tgh menggunakan penutup esen vanila.. kemudian, boleh la goreng
9. Kalau nak buat frozen goreng separuh masak je
10.Selamat Mencuba..

Credit : Wan Eila

10/11/2022
09/11/2022
05/11/2022

Resipi Cencaru sumbat Sambal Portugis

Ikan cencaru. Belah belakang bersih dan toskan.
Gaul garam kunyit dan ketepikan dulu.

Bahan2 sambal

Daun kesum racik2
Bunga kantan hiris nipis2
15biji Limau kasturi/cuit(perah amik air)
Gula
Garam
Secukup rasa
Aji (ikot masing2)

*1biji bawang besar
* 3 biji Bawang kecil
*3 biji Bawang putih
*Sedikit belacan
*1biji Tomato
*15 tangkai Cili kering direbus
*3 cili besar hijau
*10 cili api

Cara masak

Blend kasar2 semua bahan bertanda*

Tumis semua bahan diblend tadi dgn minyak sehingga naik bau dn pecah minyak.

Bila sambai dh masak,masukkan air asan limau kasturi, bunga kantan dan daun kesum.

Kacau sebati kemudian masukkn garam, gula, secukup rasa klo nk letak aji boleh jgk.

Kacau2 lg dan rasakan.

Bila dh pekat ttp api.
Dan masukkn dlm cencaru td belah belakang sumbat sambal td.
Goreng dgn garing.

Angkat dan boleh letak lg sambal tadi dan tuangkan minyak ikan goreng td.

Siap mkn ns pns2😋😋

Sumber : Una

01/11/2022

SAMBAL SOTONG SEDAP

Sotong dibersihkan
Bawang besar dipotong bulat

Bahan tumis:
Bawang merah di blend
Bawang putih diblend
Cili kisar
Asam jawa
Garam
Gula
Secukup rasa

Sedikit kicap manis utk mencantikkan sambal

Cara-cara:
Tumis bahan kisar,masukkan cili kisar,tumis hingga garing,masukkan pes asam jawa,garam gula secukup rasa,masukkan bawang yg dipotong bulat,masukkan sedikit kicap manis ,last masukkan sotong..

sumber: Rosehayatie

Alhamdulillah untuk rezeki hari ini. Terima kasih kepada pihak Pertubuhan Peladang Kawasan Gerai kerana sudi menempah sa...
16/03/2021

Alhamdulillah untuk rezeki hari ini. Terima kasih kepada pihak Pertubuhan Peladang Kawasan Gerai kerana sudi menempah sarapan pagi untuk majlis mesyuarat hari ini..
Pada sesiapa yang ingin menempah makanan untuk majlis kecil-kecilan boleh hubungi kami..
*Puan Zainon (01117811964)
*Encik Amir (01123267797)

Address

Jerteh
22000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GZ Corner posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category