CORM

CORM one stop indie store offers clothing, tshirts, books, music and f&b. located in jasin, melaka, malay Kami berusaha untuk disayangi semua orang.
(2)

CORM ialah sebuah perniagaan yang memfokuskan kelompok yang merayakan indie dan aktivisme termasuklah pakaian, buku, muzik dan juga kopi. Mula beroperasi secara "offline" di Jasin setelah lebih dua tahun beroperasi "online" yang sebelum ini hanya memfokuskan pada pakaian, muzik dan buku sahaja. Penambahan seksyen makanan (di bawah seliaan 77000kafe; cari di www.facebook.com/77000kafe) hanya bermul

a setelah CORM beroperasi pada 05 September 2014 atas minat kami pada kopi.

77000kafe merupakan kafe indie yang berorientasikan kopi dan kek juga snek dan serta pelbagai pilihan pasta. Setakat ini CORM bukan sahaja menyediakan ruang untuk bersosial dan menjalani aktiviti seni (cari hashtag di media sosial untuk kefahaman yang lebih lanjut) seperti puisi, muzik dan diskusi malah berusaha memberikan peluang kepada pemangkin budaya anak muda ke arah hidup yang lebih positif, sihat dan dalam pada masa yang sama cuba mengisi bakti kepada masyarakat setempat amnya. Untuk makluman / hubung media sosial sila ke

email: [email protected]
facebook: www.facebook.com/cormisme
twitter: www.twitter.com/cormisme
instagram: www.instagram.com/cormisme
website: www.cormisme.onuniverse.com

Kali ini tayangan percuma   kurator kita Farullah M membawakan cerita di New York yang tidak pernah diam, di mana Valeri...
15/04/2026

Kali ini tayangan percuma kurator kita Farullah M membawakan cerita di New York yang tidak pernah diam, di mana Valerie hidup dengan suara yang lantang memperjuangkan hak wanita sambil mencari tempat untuk dirinya di dunia seni. Namun apabila hasratnya untuk melihat karyanya diterbitkan bertembung dengan penolakan, lahirlah konflik yang lebih dalam antara pengiktirafan dan kehancuran.

I Shot Andy Warhol (1996), arahan Mary Harron — 103 minit tentang obsesi, suara yang terpinggir, dan harga yang perlu dibayar untuk didengar. 16 April 2026 Khamis jam 8:30 malam. Urus masa kalian, tempat terhad.

Makluman untuk saudara-saudari berkenaan waktu operasi kami sepanjang Ramadhan ialah bermula jam 8 malam sehingga 12 ten...
24/02/2026

Makluman untuk saudara-saudari berkenaan waktu operasi kami sepanjang Ramadhan ialah bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam. Moreh time lets go.

Pastinya akan ada hari untuk   sesi tayangan filem terpilih yang kali ini membawakan “The Perfect Days”. Mengisahkan seo...
04/02/2026

Pastinya akan ada hari untuk sesi tayangan filem terpilih yang kali ini membawakan “The Perfect Days”. Mengisahkan seorang lelaki pencuci tandas yang hidup betul-betul di tengah kota sibuk, Tokyo. Menjalani rutin hidup yang hampir sama saban hari, Hirayami (Koji Yakusho) tidak jemu menjalaninya.

Mengetengahkan rasa sunyi dan tanpa konflik yang dramatik, filem ini pernah memenangi beberapa anugerah besar di Cannes pada tahun 2023.

Khamis (5.2.2026) jam 9.00 malam. Urus masa kalian kerana tempat adalah terhad

Selesai tayangan Upshot arahan Maha Haj menyingkap dunia Suleiman dan Lubna, sepasang suami isteri yang memendam kesedih...
01/11/2025

Selesai tayangan Upshot arahan Maha Haj menyingkap dunia Suleiman dan Lubna, sepasang suami isteri yang memendam kesedihan di ladang terpencil, cuba menutup kehilangan melalui rutin harian dan perdebatan tentang lima anak mereka. Kedatangan seorang asing menimbulkan kebenaran yang tidak bersedia untuk mereka hadapi, memaksa mereka menempuh luka, rasa bersalah, dan cabaran menjadi ibu bapa dalam dunia yang tiada jalan keluar. Tayangan 30 minit ini diakhiri dengan perbincangan ringkas, sebahagian daripada Palestine Cinema Day serentak di 94 negara dan 425 bandar. Maha Haj, pengkarya Palestin dengan latar belakang kesusasteraan Inggeris dan Arab, membawa kehalusan penceritaan dalam setiap karya, termasuk Oranges, Personal Affairs, dan Mediterranean Fever. Bersama , kami bersolidariti dan empati melalui layar.

Kami mengambil peluang ini untuk bergandingan dengan  , menyertai denyut solidariti dunia menentang penindasan, serta me...
28/10/2025

Kami mengambil peluang ini untuk bergandingan dengan , menyertai denyut solidariti dunia menentang penindasan, serta mengangkat suara emansipasi bagi sebuah tanah air yang hakikatnya sah berdaulat.

Pada 1 November 2025 (Sabtu), tepat jam 8.30 malam, layar akan membuka tabir bagi tayangan sulung Palestine Cinema Day, menampilkan filem Upshot, arahan pengkarya halus Maha Haj.

Filem ini menyorot kehidupan sepasang suami isteri, Suleiman dan Lubna, yang bergelut dengan kesunyian dan kesedihan yang tidak dinamakan. Dalam rumah yang tampak tenteram, tersembunyi sejarah luka yang dalam. Kehadiran seorang wartawan mengoyak kembali tabir yang mereka jahit rapat membuka semula babak-babak kehilangan yang cuba dilupakan.

Tayangan percuma ini berlangsung serentak di 94 buah negara dan 425 bandar di seluruh dunia.

Datang dan rai. Urus masa kalian kerana tempat amat terhad.

Kali ini   tayangan filem percuma di Corm membawakan Ivan’s Childhood, di mana Tarkovsky tidak sekadar merakam perang, t...
02/09/2025

Kali ini tayangan filem percuma di Corm membawakan Ivan’s Childhood, di mana Tarkovsky tidak sekadar merakam perang, tetapi menghidupkan luka yang lebih sunyi dalam durasi 95 minit.

Ivan bukan sekadar seorang kanak-kanak yang ikut terseret ke kancah peperangan; dia adalah simbol jiwa-jiwa manusia yang terperangkap di antara mimpi ngeri dalam Perang Dunia ke-2.

Tarkovsky mengadun cahaya, bayang, dan diam menjadi bahasa yang lebih jujur daripada kata-kata. Seolah-olah setiap bingkai itu doa yang retak. Filem ini bukan hanya untuk ditonton, tetapi untuk direnung—hingga kita mula bertanya, apakah makna peritnya kehilangan.

Sila merapat dan tonton pada Khamis tepat jam 9:30 malam. Masuk percuma, tempat terhad. Jangan ketinggalan.

Dengar khabar, menonton The Mirror ibarat menadah telinga pada deklamasi puisi panjang Andrei Tarkovsky yang tidak memer...
05/08/2025

Dengar khabar, menonton The Mirror ibarat menadah telinga pada deklamasi puisi panjang Andrei Tarkovsky yang tidak memerlukan pentas, hanya perenungan membisu.

Tarkovsky menyulam kenangan zaman kecilnya dalam bayang-bayang Soviet, menjalar hingga ke dewasanya, berteman sang ibu yang sunyi dan kuat. Segalanya dijahit rapi, ditenun halus dan dipersembahkan dalam The Mirror. Sebuah filem yang mengendong simbolisme seperti mimpi yang enggan habis, dan sinematografi yang barangkali akan mencuri lena malam kalian.

Pastikan kalian terpacak depan layar untuk filem pilihan minggu ini Khamis 7 Ogos 2025 tepat jam 8:30 malam. Urusi masa, tempat adalah terhad.

Satu lagi siri tayangan inisiatif Wayang Budiman X

Dengan rasa berat hatinya kami ingin memaklumkan, harga brownies terpaksa dinaikkan daripada harga asal RM5 kepada harga...
18/05/2025

Dengan rasa berat hatinya kami ingin memaklumkan, harga brownies terpaksa dinaikkan daripada harga asal RM5 kepada harga baharu RM6 bermula 18 Mei 2025.

Harga baharu ini telah melalui proses rundingan dan kira-kira yang rumit berikutan kenaikan harga barang mentah.

Segala kesulitan sangat dikesali. Brownies akan kekal didatangkan dengan secekup ais krim vanilla yang membuai perasaan.

Sorry ya.

Terbaharu Mei 2025 • Kurasi hasilan penulis dari pelbagai penulis terpilih terbitan  kini boleh dimiliki di ruang kita. ...
17/05/2025

Terbaharu Mei 2025 • Kurasi hasilan penulis dari pelbagai penulis terpilih terbitan kini boleh dimiliki di ruang kita. Tiada jualan online, datang dan rai.

1. Obscura: Sekali Bererti
2. ⁠Gong: Memorabilia Bas Bising
3. ⁠Bor: Lima Esei
4. ⁠Malakalis
5. ⁠Gertak Sanggul
6. ⁠Berehat di sisi Paus
7. ⁠Gelap Mata
8. ⁠Dialog Dengan Sasterawan
9. ⁠Quo Vadis, Pak Kassim?
10. ⁠Kala Aksara Tak Lepas Di Mata
11. ⁠Sekuntum Pantun & 99 Kelopak Cinta
12. ⁠Avenoir
13. ⁠Vaginismus Dan Peristiwa Racun Lontong
14. ⁠Tubuh Yang Tak Ingin Lagi Bersamaku
15. ⁠Muara • Confluence | Pertemuan
16. ⁠Muara • Wilderness | Liar
17. ⁠Jalangerimbun

Pada malam Khamis ini, CORM bakal dikirim sesuatu yang lebih deras daripada hujan – filem Downpour (1972) arahan Bahram ...
15/05/2025

Pada malam Khamis ini, CORM bakal dikirim sesuatu yang lebih deras daripada hujan – filem Downpour (1972) arahan Bahram Beyzai, seorang maestro sinema yang menulis dengan kamera dan berdialog dengan sunyi.

Berlatar pra-Revolusi, di celah-celah dinding sekolah dan lorong sempit selatan Iran, hadir Mr. Hekmati – seorang guru baru yang lebih banyak diam daripada berkata-kata, tapi fikirannya bagai salakan anjing di waktu senja; tidak berhenti-henti. Dia jatuh hati pada Aghdas, adik kepada anak muridnya, dan seperti biasa, cinta di tempat yang salah adalah lebih pedih daripada putus bekalan elektrik.

Beyzai tidak cuma bercerita. Dia menyulam. Tentang kelas. Tentang bahasa. Tentang bagaimana puisi boleh menjadi senjata paling tajam dalam masyarakat yang enggan mendengar. Downpour ialah kisah kecil yang berani — seolah-olah tuala buruk yang digunakan untuk menyeka darah sejarah.

Datang dan rai. Biar wayang yang berbicara, menonton diam-diam untuk mendengar dunia yang menjerit.

15 Mei 2025 | 9.00 malam | CORM

Inisiatif x

Semperna merayakan semangat hari buruh,   membawa filem penting dalam memaparkan realisme masyarakat Filipina 1984 disus...
01/05/2025

Semperna merayakan semangat hari buruh, membawa filem penting dalam memaparkan realisme masyarakat Filipina 1984 disusun kemas dalam Filem Bayan Ko: This is My country.

Mengetengahkan perjuangan dari rakyat marhaen yang terpaksa melupakan hasratnya menyertai ahli kesatuan sekerja akibat ditekan majikanya. Namun hari demi hari, harinya semakin sukar dan akhirnya terpaksa mencuri untuk membayar kos rawatan isterinya.

Jemput datang & rai. Malam ini jam 9:00 malam 1 Mei 2025.

Address

JC1111, Tingkat 1, Jalan Bestari 1, Seksyen 02, Bandar Jasin Bestari
Jasin
77200

Opening Hours

Monday 18:00 - 00:00
Tuesday 18:00 - 00:00
Wednesday 18:00 - 00:00
Thursday 18:00 - 00:00
Saturday 18:00 - 00:00
Sunday 18:00 - 00:00

Telephone

+60102253582

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CORM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Restaurant

Send a message to CORM:

Share