08/09/2026
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــيم
Alhamdulillah di kesempatan yang ada ini dengan izin Allah, Insya Allah saya akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan Ibadah Umrah pada 9/9/2026 (Rabu).
Dengan rasa rendah hati dan ikhlas, saya SERI ZIYANTI SUFIAN TAN menyusun 10 jari memohon ribuan ampun dan maaf seandainya ada kesalahan dan kesilapan saya yang terkasar bahasa dan perbuatan pada segala ucapan, perlakuan dan tindakan saya sama ada secara sengaja atau pun tidak disengajakan kepada anak anak, adik-adik, saudara mara, sahabat sahabat dan kenalan kenalan semua . Mohon di ampunkan dan di maafkan serta dihalalkan makan minum saya dan segalanya 🙏
Mohon doakan perjalanan ibadah umrah saya ini dipermudahkan dan lancar, diberikan saya kesihatan dan kebaikan sebelum, sepanjang berada di sana dan selepas kembali. Doakan saya selamat pergi dan balik, mendapat umrah yang maqbullah serta dikurniakan pengampunan & ibadah yg diterima disisi Allah 🤲
Semoga semua yang mendoakan saya juga akan mendapat kebaikan yang sama dan mendapat rezeki menjadi duyufurrahman, diampunkan segala dosa-dosa dan diterima semua amalan oleh Allah..🤲
آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن