18/08/2026
πππππππππππππππππππππππππππππ
Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang staf kami di Grab Hub Cheras, Allahyarham Nik Mohamad Haikal bin Amran, telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi tadi.
Sejak Oktober tahun lalu, arwah Haikal telah berjuang melawan penyakit **Systemic Lupus Erythematosus (SLE)** yang menyebabkan komplikasi pada buah pinggang. Setelah sekian lama menahan sakit dan melalui ujian yang berat, akhirnya arwah pergi meninggalkan kita semua pagi ini.
Sukar untuk kami menerima kenyataan bahawa insan yang selama ini bekerja, berbual, bergurau dan berkongsi s**a duka bersama kami kini telah pergi buat selama-lamanya.
Terima kasih, Haikal, atas segala jasa, bantuan dan kenangan yang pernah kita lalui bersama. Haikal sudah berjuang sehabis baik. Kini berehatlah dengan tenang. Ketiadaan Haikal pasti akan sangat dirasai dan sentiasa dikenang oleh kami semua di Grab Hub Cheras.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah, menerima segala amal baiknya, melapangkan kuburnya dan menempatkan arwah bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan yang amat berat ini.
Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Haikal. π€²π»
**Al-Fatihah.**