De' Armour Kitchen

De' Armour Kitchen Anda Sibuk.Tak sempat masak.Tak sempat keluar mkn.Kami menyediakan perkhidmatan makanan & Delivery

07/08/2026

Done untuk tempahan tengah hari ni ✅
Dumpling dah siap, chili oil pun standby… sekali roti jala dengan kuah pun tumpang masuk frame 😆🔥
Alhamdulillah, selesai satu lagi rezeki Jumaat hari ni. Terima kasih support De’Armour Kitchen 🤍

🥟✨

07/08/2026

Pagi-pagi dapur dah berasap 😆
Tempahan kuih untuk Maybank Butterworth siap jalan ✅
Tengah hari nanti sambung p**a Dumpling Homemade 🥟

06/08/2026

Intro dulu baby baru De’Armour Kitchen 🥟❄️
Dumpling Sejuk Beku kini masuk fasa R&D — tengah test rasa, tekstur, ketahanan dan cara penyediaan supaya bila dilancarkan nanti, memang puas hati! 😍
Pelan-pelan kita kemaskan, biar lambat asalkan menjadi. Doakan baby frozen ni cepat “graduate” dan masuk pasaran ya 🤭💪🏻

05/08/2026

Alhamdulillah, siap dah packing satu-satu 🤎🔥
Tauhu Bergedil Ayam lengkap dengan sos kicap—nampak saja pun dah boleh buat perut berbunyi 😆🌶️

04/08/2026

Alhamdulillah, selesai menyumbat 180 biji Tauhu Bergedil Ayam untuk tempahan esok 🤲🏻✨Siap wrap, masuk freezer bagi beku elok… esok tinggal goreng ja 😋🔥

01/08/2026

FEEDBACK CUSTOMER!!!!
Bila customer kata “sedap yakmat, murah dan besar-besar”… terus hilang penat mengelim dumpling satu-satu 🥟 😆
Alhamdulillah, bukan saja puas hati dengan rasa, harga pun katanya berbaloi sangat. Siap kongsi dengan adik-beradik, semua bagi cop lulus ✅🌶️
Terima kasih atas feedback dan doa yang baik. Insya-Allah, sekali rasa… nanti mai repeat lagi naa 🤍

01/08/2026

Pagi-pagi dah berkilat si minyak cili homemade memang pencetus selera 🌶️🔥
Bawang putih rangup, cili padu dan minyak beraroma… Curah atas dumpling panas-panas… memang terus buat perut berbunyi 🤤🔥
memang licin sampai titisan terakhir! 🤤🥟

30/07/2026

Hari ni kita ambil “pekerja” baru — rajin, cekap, tak minta gaji dan tak minta MC 🤣
Kerja dia cuma buat dumpling sampai siap 500 biji 🥟
Bos tengok pun terus rasa tercabar… laju betul dia buat kerja! 😆

28/07/2026

Alhamdulillah, selesai sudah setup Mini Catering De’Armour Kitchen untuk tempahan SMK Alma pagi ini 🤍
Daripada dapur hingga ke meja hidangan, semuanya kami sediakan dengan teliti. Semoga majlis berjalan lancar dan setiap hidangan dinikmati dengan penuh selera 🌷
Terima kasih atas kepercayaan kepada De’Armour Kitchen. 🍽️✨

28/07/2026

Alhamdulillah, persiapan tempahan catering pagi ini untuk SMK Alma sedang berjalan lancar 🤍
🍚 Nasi Hujan Panas
🍗 Ayam Masak Merah
🥘 Dalca Sayur
🥗 Jelatah
🌶️ Papadom

Masak dengan penuh kasih, susun dengan teliti, semoga semuanya dipermudahkan dan pelanggan menikmati setiap hidangan. Terima kasih atas kepercayaan kepada De’Armour Kitchen 🌷

Address

Jalan Mohd Saad
Butterworth
12300

Opening Hours

Monday 10:00 - 19:00
Tuesday 10:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 10:00 - 19:00

Telephone

+601165655727

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when De' Armour Kitchen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Restaurant

Send a message to De' Armour Kitchen:

Shortcuts

Share