Barastar

Barastar SMC RICHFOOD SDN BHD 1088655-M
Let's Le'Park and Chill!

08/01/2026

Jom buat ghamai…diskaun 5 % untuk sebarang menu barastar & Dsara Fried Chicken Bdr Perda.
Ampa simpan resit kedua dua kedai.
Pastu pi claim .
Itu saja syaratnya.

08/01/2026

Nasi daging bakar Krabi kami bukan biashe - biashe bro… nak tau kena mai 4ptg -11 mlm shj.

Ayam Golek ka Ayam Lentang Hampir dua minggu bincang menu apa sesuai kat tepi kedai Dsara Fried Chicken Perda tu.Sate, k...
03/01/2026

Ayam Golek ka Ayam Lentang
Hampir dua minggu bincang menu apa sesuai kat tepi kedai Dsara Fried Chicken Perda tu.
Sate, kambing golek, ayam golek dan potato apa entah antara menu nak dijual asalkan viral.
“ Ayam lentang boleh tersandaq boleh” Seloroh Mak Uda kepada kami berdua.
Beef Burger dinikmatinya hingga licin buat makan tengahari.
Konten proses pembuatan menu akan dijalankan oleh mereka berdua.
Dalam sebulan sebelum Ramadhan gerai akan dibuka disitu setiap hari enam hari seminggu.
Apapun doakan mereka bakal jadi usahawan berjaya bersamakami di Dsara dan barastar. Insya-Allah.

Dengan Bismillah Berjuang Melangkah Ke Hadapan…2026Sebelum ni pernah beberapa perniagaan gagal,berniaga kerepek pisang d...
02/01/2026

Dengan Bismillah Berjuang Melangkah Ke Hadapan…2026

Sebelum ni pernah beberapa perniagaan gagal,
berniaga kerepek pisang dan kerepek ubi, jadi lemau masuk angin.
Akhirnya terpaksa suruh anak sedekah kepada kawan - kawan sekolahnya.
Pernah gagal,
Berniaga kedai fotostat dan “hard cover” dan buku universiti.
Gagal sebab teknologi mesin percetakan teknologi lama dan kerap berlaku kerosakan.
Pernah gagal,
Butik Nurin, tahun kedua buka kedai jahitan. Ambil tempahan baju raya. Gagal disiapkan hingga malam raya, setelah berjaya buka butik tudung dan pakaian wanita. “Over confident”😆
Moralnya, jangan tamak tapi fahami dulu tren fesyen sebelum menceburinya.
Pernah gagal, berniaga sabun pencucian pinggan.
Nak tiru dan lawan Glo dan Sunlight tapi lupa syarikat legend berusia 100 tahun itu luarbiasa R&D dan pemasarannya.
Nak berniaga sistem macam lazada dan shopee. Dah labur RM 600,000 akhirnya terpaksa “bungkus” bila sistem itu menelan belanja luar jangka.
Gagal bersebab itu hanyalah asbab sebab kita s**a mencari sebab. Sebab apa kawan kita mati pun kita tanya.
Hakikatnya Allah nak uji hamba - Nya redha atau tidak.
Alhamdulillah, dengan memiliki dua pintu rumah kedai perjuangan diteruskan bagai menggenggam bara api biar sampai jadi arang.
Impian setinggi bintang di langit. Gabungan dua perkataan bara dan bintang, lahirlah jenama barastar.
Kini memasuki tahun ke tujuh kafe ini.
Doakan kami agar pelanggan datang berduyun- duyun bertali arus bagaikan air sungai mengalir deras tanpa henti. Amin.
Jom ajak kawan dan ajak keluarga buat apa saja acara.
Untuk 150 pax ok ja kerusi mencukupi sampai ke parkir.

Ahamdulillah siap dah lampu hiasan keliling kafe dan lampu spotlight papantanda kafe barastar.“ Dulu kami mai dah, masa ...
02/01/2026

Ahamdulillah siap dah lampu hiasan keliling kafe dan lampu spotlight papantanda kafe barastar.
“ Dulu kami mai dah, masa tu dua pintu kan?” Kata seorang pelanggan. Malam ni dia datang bersama enam ahli keluarga, dari Sg Petani dan BM.
Fish & chip, chicken chop, milk tea dan ice lattee antara pesanannya.
Tiga orang anaknya p**a menikmati ayam goreng Dsara Fried Chicken.
Dua pemuda diluar kafe nak makan santai. “ Bos kena tambah meja luar bagi meriah bos” Mat Arabb memberi cadangan.

Bismillah …Memasuki 2026 Dengan Menu Signature “ Bang, awat meniaga ayam goreng saja, mana dia nasi bakar daging krabi h...
02/01/2026

Bismillah …Memasuki 2026 Dengan Menu Signature
“ Bang, awat meniaga ayam goreng saja, mana dia nasi bakar daging krabi haritu?” Tanya seorang pelanggan tetap kami.
“ Ehhh kami tutup dulu, kedai sekarang fokus ayam goreng….” Kata pengurus kafe Dsara.
“ Takpa bang kalau dah buka bagitau saya nak mai makan “Dia mengakhiri perbualan dengan memberikan harapan.
Alhamdulillah, hujung 2025 menjadi realiti pembukaan semula barastar kafe.
Hampir tiga bulan tim kami menjalankan R&D menu lama dan baharu.
Awal 2026, menu signature ini dan beberapa menu western dan thai food serta siakap 3 rasa kami sajikan.
Selamat Tahun Baru 2026.❤️

Hampir separuh hari semenjak awal pagi kami berjalan dari gerai ke gerai di market Bkt Mertajam ni.Bermula gerai ulam - ...
27/12/2025

Hampir separuh hari semenjak awal pagi kami berjalan dari gerai ke gerai di market Bkt Mertajam ni.
Bermula gerai ulam - ulaman kami beli daun selasih, kangkung, bayam hijau, cabai kering, kacang kelisa dan lain - lain.
Diikuti limau kasturi untuk menu minuman teh o ais limau.
Tak cukup di market lajak ke Mydin Jln Bharu, beli nenas untuk menu siakap 3 rasa, sedikit daun limau purut, beras siam dan lain - lain.
Terjumpa p**ak taukeh keropok lekor Pmtg Rawa, “ La ni bos kena turun semdiri meniaga, biasala staf tak cukup, anak pun ada profesyen sendiri..” katanya kepada Che Mat.
Begitulah kisah kami bila turun padang, turun sendiri market BM , di mana nadi rakyat antara denyut nadi ekonominya disitu.

27/12/2025

Barastar Kini Dibuka Dengan Menu Signature Kami, Nasi Daging Bakar Krabi, Chicken Chop Klasik dan Thai Food. Coffee, Matca Dll Minuman Pun Ada…

27/12/2025

Nasi Daging Bakar Krabi Paling Digemari Ramai… Chicken Chop Klasik & Thai Food

Assalamualaikum kepada pelanggan setia semua ❤️😊barastar akan kembali dengan menu baharu. Hampir 70% baharu.Nasi Krabi p...
09/12/2025

Assalamualaikum kepada pelanggan setia semua ❤️😊
barastar akan kembali dengan menu baharu.
Hampir 70% baharu.
Nasi Krabi pun dah ada dua jenis lauk, ayam dan daging.
Kami bukan kedai tomyam, tapi Thai Food, authentic.
Nak tempah makanan @ acara @ birthday dah boleh mula.
Bilik aircond max 30-40 pax InsyaAllah.
Tak celuih dalam bilik kita buka meja bawah bumbung ada kipas.
Ampa nak macamana? Kita ejas sampai jadi👌.

Address

No 32, Lorong Perda Utama 7
Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

Monday 12:00 - 00:00
Tuesday 12:00 - 00:00
Wednesday 12:00 - 00:00
Thursday 12:00 - 00:00
Friday 12:00 - 00:00
Saturday 12:00 - 00:00
Sunday 12:00 - 00:00

Telephone

+60135385391

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Barastar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category