Nachos Bite Seri Iskandar

Nachos Bite Seri Iskandar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nachos Bite Seri Iskandar, Mexican restaurant, Sebelah Ayam Muiz Seri Iskandar, Bota.

CHEESY FRIES @ Nachos Bite Seri Iskandar  😋
12/04/2025

CHEESY FRIES @ Nachos Bite Seri Iskandar 😋

Hai Assalamualaikumm.. Nachos Bite Seri Iskandar beroperasi di Bazaar ramadhan Sidec sepanjang bulan puasa ni.. Jadi ses...
05/03/2025

Hai Assalamualaikumm.. Nachos Bite Seri Iskandar beroperasi di Bazaar ramadhan Sidec sepanjang bulan puasa ni.. Jadi sesiapa nak cari Nachos Bite untuk juadah berbuka boleh dapatkan di tapak 66 depan Master Grill seri iskandar..

Ada kawan kata meniaga ni  macam memancing atau memukat ikan.. Lagi banyak joran lagi banyak hasil.. Lagi bnyak kita tah...
28/02/2025

Ada kawan kata meniaga ni macam memancing atau memukat ikan.. Lagi banyak joran lagi banyak hasil.. Lagi bnyak kita tahan pukat lagi bnyak ikan nya.. Mungkin kita tahan pukat kat satu tmpt ni hasil dia kurang memuaskan tapi kita ad lagi pukat² yang kita tahan di tempat lain lagi lebih hasil dia..

Jadi saya memutuskan untuk Nachos Bite Seri Iskandar di bahagi 2 lokasi.. 1. Di hadapan Billion 2. Di hadapan Restoran Bunda Seri Iskandar..

Insyallah kita hanya berusaha dan hanya Allah yang maha memberi Rezeki..

Jom kami da start beroperasi hingga malam harini.. ✌

23/02/2025

Tiada siapa yang mesti mati akibat kanser kecuali dari kecerobohan;

(1). Langkah pertama ialah mengawal @ kurangkan pengambilan gula dalam permakanan harian, tanpa gula di dalam badan anda, sel kanser akan mati dengan kematian semulajadi.

(2). Langkah kedua adalah untuk menggabungkan buah lemon dengan secawan air panas dan minum selama 1-3 bulan sebelum makanan dan kanser akan hilang, kata penyelidikan oleh Maryland College of Medicine, 1000 kali lebih baik daripada kemoterapi.

(3). Langkah ketiga adalah minum 3 sudu minyak kelapa organik, pagi dan malam dan kanser akan hilang, anda boleh memilih salah satu daripada dua terapi ini selepas mengelakkan gula.

Kejahilan bukanlah alasan; Saya telah berkongsi maklumat ini selama lebih dari 5 tahun.

Biarkan semua orang di sekeliling anda tahu. Tuhan memberkati.

Mendorong setiap orang yang menerima surat berita ini untuk meneruskannya kepada sepuluh orang yang lain, tentunya sekurang-kurangnya satu nyawa akan diselamatkan ...

Saya telah melakukan bahagian saya, saya harap anda dapat membantu melakukan bahagian anda. terima kasih! ✍

Minum air lemon yang panas boleh mencegah kanser. Jangan tambah gula.

Air lemon panas lebih bermanfaat daripada air lemon sejuk.

Kedua-dua buah ubi kuning ungu mempunyai sifat pencegahan kanser yang baik. ✍

01.✍ Sering kali makan malam lewat boleh meningkatkan peluang kanser perut

02. ✍ Jangan mengambil lebih dari 4 telur seminggu

03. ✍Eating backside ayam boleh menyebabkan kanser perut

04.✍ Jangan makan buah selepas makan. Buah-buahan perlu dimakan sebelum makan

05. ✍ Jangan ambil teh semasa haid.

06.✍ Kurangkan susu soya, jangan tambah gula atau telur untuk susu soya

07.✍ Jangan makan tomato dengan perut kosong

08.✍ Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makanan untuk mengelakkan batu pundi hempedu

09.✍ Tiada makanan 3 jam sebelum tidur

10.✍ Minum minuman keras atau elakkan, tiada sifat pemakanan tetapi boleh menyebabkan diabetes dan hipertensi

11. ✍ Jangan makan roti bakar apabila panas dari oven atau pembakar roti

12.✍ Jangan caj telefon bimbit anda atau mana-mana peranti di sebelah anda apabila anda sedang tidur

13.✍ Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing

14. ✍ Menambah lebih banyak air pada waktu siang, kurang pada waktu malam

15.✍ Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik

16.✍ Makan makanan kurang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk mencerna mereka, menjadikan anda berasa letih

17.✍ Selepas 5 petang, makan kurang

18.✍ Enam jenis makanan yang membuat anda gembira: pisang, limau gedang, bayam, labu, pic.

19.✍ Tidur kurang dari 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak kita.

Mengambil istirahat petang selama setengah jam boleh memandang wajah kita muda.

20.miss Tomato yang dimasak mempunyai sifat penyembuhan yang lebih baik daripada tomato mentah.

Air lemon panas dapat mengekalkan kesihatan anda dan membuat anda hidup lebih lama!

Air lemon panas membunuh sel kanser ✍

Tambah air panas untuk 2-3 keping lemon. Buatlah minuman harian

Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan terbaik untuk membunuh sel-sel kanser

Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegahan kanser

Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan tumor kanser. ✍

Ujian klinikal telah membuktikan kerja air lemon panas. ✍

Jenis rawatan ekstrak Lemon hanya akan memusnahkan sel-sel malignan, ia tidak menjejaskan sel yang sihat

Seterusnya ... asid sitrik dan lemon polyphenol dalam jus lemon sampingan, boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, ✍

Pencegahan trombosis urat mendalam, meningkatkan peredaran darah, dan mengurangkan pembekuan darah.

Tidak kira betapa sibuknya anda, sila dapatkan masa untuk membaca ini, kemudian beritahu orang lain untuk menyebarkan cinta! ✍

♦ Selepas membaca, berkongsi dengan orang lain untuk menyebarkan cinta!

Untuk menjaga kesihatan mereka sendiri! 🤝

22/02/2025

"Kalau kos bahan mentah 50 sen (contoh), boleh ke kita jual seringgit?".

Jawapannya TAK BOLEH.

Sebabnya ialah ada 2 perkara lagi yg belum kita masukan ke dalam harga.

Paling worst punya kefahaman ialah 'Ambil untung sikit sudah la..".

Modal 50 sen, jual pada harga RM1.00, okay dah tu, untung 50 sen.

Betul ke cara meniaga begini? Modal yg di maksudkan itu merujuk kepada kos bahan mentah saja atau dah mengira semua kos yg terlibat? Huhuu

Sebenarnya itu tak okay, tapi dia sendiri yg meng-KO-kan bisnes dia.

Kenapa p**ak?

Jom saya terangkan.

Untung yg dikatakan 50 sen tu dia nak kena pecahkan kepada 2 bahagian;

1. Kos Overhead atau kos operasi bisnes

2. Untung bersih.

Cuba bahagi j*p, lepas ke tak nih?

Katakanlah kos operasi bisnes dia SEHARI begini;

a. Duit minyak, sehari = RM20
b. Data internet & dll, sehari = RM5
c. Gaji, sehari = RM30

Jumlah = RM55

Jika sebulan dia berniaga sebanyak 26 hari, maka kos operasi bisnes dia ialah ;

➡️ RM55 x 26 = RM1,460

Ye, nampak tak ini baru kos untuk beroperasi secara soloprenuers, dia la boss dia lah kuli. Kalau ambil pembantu seorang dah kena tambah lagi RM1,000 paling kurang.

Kalau bayar gaji sehari sepuluh ringgit, bangla pun lari, mat.😅

Okay jom kita sambung kira lagi.

Jika sehari dia hanya mampu buat 200 bungkus nasi lemak sahaja, atas faktor modal pusingan yg terhad, adakah 50 sen yg di ambil tu cukup untuk menampung kos operasi harian dia?

➡️ 200 bungkus sehari x 50 sen untung= RM100

Kos operasi harian yg kita kira tadi ialah RM55, maka apabila kita kos ini ditolak daripada untung kasar harian ;

➡️ RM100 - RM55 = RM45 sehari

Fuhh lega katanya, masih ada untung 'bersih' RM45 sehari, kalau sebulan berniaga (26 hari), maka;

➡️ RM45 x 26 hari = RM1,170 (A)

Alhamduliilah, katanya. Tapi betul ke kefahaman yg begini??

Jawapannya SALAH, yg dia kata untung tu bukan 'bersih' pun.

Ada satu kos yg ramai orang terlupa nak kira sedangkan kos tersebut bukanlah sesuatu yg tersembunyi. Dia sendiri yg terlibat tapi masih tak perasan.

Apakah kos yg tak tersembunyi tersebut ye?

Bila kita menjual produk yg melibatkan pembuatan, maka segala kos yg terlibat semasa penghasilan produk mesti dikira dengan teliti. Ini di panggil Food Cost atau kos untuk menghasilkan makanan tersebut.

Contohnya kos utiliti untuk memasak seperti api, air dan gas. Kos upah tukang masa, kos bahan terbuang (wasted cost), kos penyimpanan bahan mentah (storage cost), kos baikpulih dan sebagainya.

Sikit ke banyak kos yg dia BELUM kira?

Banyak sangat dan ini bukan kos yg tersembunyi, okay. Dia duk guna gas untuk memasak setiap hari dan tong gas yg bapakk besar & berat berwarna merah terang ada di tepi dapur pun dia tak nampak ke.

Naya meniaga macam nih..

Yg kita kira dari awal tadi ialah kos operasi untuk berjualan, contohnya duit minyak, gaji dan semua yg berkaitan.

Bukan ke tak sama?

Ehh, mana sama. Operasi menjual dilakukan di gerai dan operasi menghasilkan produk dilakukan di tempat lain, di rumah contohnya.

Sekarang dah faham ke... benda sekecil nasi lemak pun ada 2 kos yg mesti dimasukan ke dalam harga jualan nasi lemak tersebut.

Berapakah 'anggaran' kos tersebut? 😅

Saya tulis anggaran okay, sebab saya pun tak ada data sebenar. Bisnes saya printing, mana reti bab masak memasak nih.. tapi cara pengiraan kos, bisnes apa pun, hampir sama sahaja.

Jom kita buat anggaran j*p.

a. Kos utiliti, sehari = RM10
b. Kos bahan terbuang, sehari = RM2
c.Kos penyimpanan bahan mentah, sehari = RM3
d. Kos upah memasak, sehari = RM30

Jumlah keseluruhan kos = RM45

Maka, untuk beroperasi selama sebulan, kos operasi pembuatan atau food cost ialah;

➡️ RM45 x 26 hari = RM1,170 (B)

Nampak tak kos yg dia tak kira tu bukan sikit? Entah lepas ke tak dengan baki yg tinggal.

Cukup ke tak nih;

A - B
= RM1,170 - RM1,170
= RM0

Mana perginya untung yg dia kira awal tadi ehh?

Bukan kata untung bang, silap haribulan kalau kos terlajak sikit je boleh RUGI terus. Itu saya kira secara anggaran saja ye, kalau kira betul² mau LEBOHH, kata orang Perak.😅

Sekarang dah faham ke, kenapa ada orang yg dia meniaga duit hari² masuk tapi untung 'Taktau Pi Mana' atau 'Awat tak nampak duit taktau", dan sebagainya.

Nampak tak kat mana silap kita selama ni?

Ye, kita tak belajar teknikal bisnes yg paling penting, lebih penting dari kelas motivasi, okay.

Dan... ada orang yg berniaga bertahun lamanya tapi masih tak boleh nak berkembang. Orang lain dari satu gerai jadi 3 gerai dan akhirnya jadi sebuah kedai makan yg lebih besar dan lebih selesa untuk pelanggan.

So, sebenarnya dia kena jual berapa ye??

Ni yg paling penting, sembang punya kencang, kata orang tak betoi la, itu ini tapj bila kita tanya sifo tu balik, dia p**ak tak boleh jawab. 😅, contoh... hihii

Okay jom saya guide, senang saja bang.

Saya senaraikan semua kiraan yg kita dah buat di atas supaya nampak lebih jelas, begini;

a. Maksimum production = 200 bungkus
b. Kos bahan mentah, sebungkus = 50 sen
c. Kos operasi bisnes, sehari :
RM55/200 bungkus = 28 sen

d. Kos operasi pembuatan, sehari;
RM45/200 bungkus = 23 sen

Sekarang kita cuba campur kos c & d, jadi berapa?

c + d
= 28 sen + 23 sen
= 51 sen

Okay dah selesai ke nih?

Belum lagi, ini baru kos. Kalau kita campur semua kita akan dapat satu nilai begini

Kos bahan mentah + kos operasi (bisnes & pembuatan)
= 50 sen + 51 sen
= RM1.01

Cuba bayangkan kalau dia jual pada harga RM1.00, nak untung celah mana bang? Huhuu

Modal RM1.01 jual RM1.00, mana boleh sebab kita tak ambil apa² untung lagi.

Jadi kalau nak berniaga yg ada untung dan boleh dikembangkan, kita nak kena jual berapa ekk?

Kita boleh jual sama ada ;

1. RM1.50 atau

2. RM2.00

Nasi lemak yg saya pegang tu dijual pada harga yg kedua, RM2.00. Memang dia ada untung la berbanding dengan yg main bedal jual pada harga 'untung sikit sudah la' RM1.00.

Dah habis ke? Ada lagi sikit, ni extra untuk yg serious nak berniaga ye..😅

Jom kita kira untung bersih p**ak;

a. Harga jual, sebungkus = RM2.00
b. Kos, sebungkus = RM1.01

Untung bersih
= Jualan - kos
= RM2.00 - RM1.01
= RM0.99

Okay, yg untung bersih 99 sen ni kita 'sapu' semua atau kita nak kena simpan ke macam mana?

Nak kira 99 sen memang tak nampak, jom kita kira untuk sebulan, dan again ini anggaran ye.

a. Jualan sehari = 200 bungkus
b. Sebulan beroperasi = 26 hari
c. Untung bersih, sebungkus = 99 sen

Maka;

200 bungkus x 26 hari x 99 sen
= RM5,148

Fuhh, padu.. mungkin ada yg ingat macam tu. Tapi cara mengurus bisnes yg betul ialah kita TAK 'sapu' semua duit untung bersih tu, okay.

Ingat ya, kita berniaga bukan sebagai hobi, tapi kita nak kembangkan bisnes bila sampai masanya.

So nak bahagi macam mana p**ak dah..

Senang ja, kita perlu pecahkan kepada 3 bahagian;

1. Simpanan kecemasan
2. Tambahan modal pusingan
3. Reward

Banyak mana nak ambil nihh?

Simpanan kecemasan 50%
= RM5,148 x 0.5
= RM2,574

Tambahan modal pusingan 25%
= RM5,148 x 0.25
= RM1,287

Yg terakhir, untuk reward 25%
= RM5,148 x 0.25
= RM1,287

Boleh faham ke setakat ni...

Jangan salah faham, ni kiraan untuk bersih, semua kos bahan mentah dan overhead yg termasuk gaji, bil utiliti apa semua tu kita dah settle, okay.

Untuk sebulan kita ada RM1,287 utk reward di sendiri, rasanya lebih dari cukup untuk bisnes yg kecil dan jangan lupa duit gaji kita pun dah dikira dalam overhead. Ini macam bonus untuk membeli apa saja yg rasa perlu.

Nak tukar tayar kereta yg dah botak sampai terkeluar benang tuh, boleh la ambil kat sini. Sikit pun tak usik duit modal pusingan ye.

Duit untuk buat marketing nak ambil dari mana bang?

Ohh, yg ni kita ambil dari yg no. 2, tambahan kepada modal pusingan. Bukan ke ada RM1,287 jugak, boleh lah ambil RM500 untuk buat iklan berbayor, kata orang Perak.

Yg no.1, simpanan kecemasan p**a untuk apa?

Kumpul setahun, lepas tu bayar down payment Vellfire ke?

Hmmm.. ramai saja yg buat begini, itu yg kena FIRED dari pasaran. 😅

Duit ni namanya pun simpanan kecemasan, maka ia hanya di ambil bila betul² perlu sahaja. Contohnya khemah niaga rosak akibat kena hujan ribut, kita ambil la dari sini supaya boleh berniaga macam biasa.

Kereta cari makan tiba kena langgor dengan lori tayar 18, total loss. Boleh la guna duit ni untuk beli kereta second hand untuk berniaga, bukan untuk bergaya okay.

Angkat 4 x 4 second hand dah ler, yg pi angkat Raptor sape suruh ye, memang pasti akan menggangu cash flow bisnes yg baru nak stabil.

Bila kita praktik macam ni baru lah kita tak kacau duit modal pusingan untuk beli bahan mentah atau kita tak 'rembat' duit kos overhead sampai nak bayar gaji pejerja pun tak lepas.

Again, ini anggaran sahaja, sila sesuaikan dengan bisnes masing² ye. Ni untuk dijadikan panduan sahaja.

Dan ini juga sales projection, tak semestinya dapat macam yg kita kira. Jangan buat² tak faham tujuan kita buat projection ialah untuk fikirkan cara nak buat marketiing supaya capai target sales.

Kalau tak ada angka sasaran, macam mana nak buat kerja, tak gitu.

Simple as that.☝️





Alhamdulillah jom terus support kami guys!! Kami beroperasi seperti biasa hingga malam.. Jom support kami..
12/02/2025

Alhamdulillah jom terus support kami guys!! Kami beroperasi seperti biasa hingga malam.. Jom support kami..

Alhamdulillah Always Full Star Rating 👍
11/02/2025

Alhamdulillah Always Full Star Rating 👍

09/01/2025

📌LOCATION KEDAI KAMI!! 😁

Haa kepada sesiapa yang bertanya² kat mana lokasi kedai kami, dalam vid ni kami tunjuk lokasi kami.. 😁

Kami disini ada menyedia kan " REAL HOMEMADE NACHOS" , Burito & Quesadilla..

Kami beroperasi dari jam 1 Petang Hingga jam 9 malam..

Jom dapatkan sebelum Sold Out ,😋

10/12/2024

Alhamdulillah ini saya Share The " REAL HOMEMADE " Nachos.. 👍
Kami dah start buat Nachos Homedae ni 3/4 tahun lepas lagi.. Alhamdulillah kami masih bertahan sehingga ke hari ini..

Jom support kami Nachos Bite Seri Iskandar beroperasi hingga jam 9 malam ni je..
Sebelum sold.. Jom dptkan cepat✌

02/12/2024

Ini ke Nachos yang viral tu?? 😍😍 Haa jom dapatkan Nachos Cheese Tarik² macam video ni di Nachos Bite Seri Iskandar jee..!! Xperlu kome g jauh² ke ipoh nak merasa Nachos Cheese cmni😋

Kedai kami beroperasi sehingga jam 10 malam ini.. Kami juga menyediakan beberapa menu lain untuk anda.. Jom dapat kan harini.. 🤗

Address

Sebelah Ayam Muiz Seri Iskandar
Bota
32610

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nachos Bite Seri Iskandar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Restaurant

Send a message to Nachos Bite Seri Iskandar:

Share