Hj Chief Catering

Hj Chief Catering Kepakaran kami adalah membantu anda dengan pilihan menu yang bersesuaian untuk majlis anda

08/09/2026

Jom tempah kambing bakar sekarang!

Boleh tempah seekor kambing atau lamb shoulder 😍😍

Hey semua, Harini min nak share resepi mudah tapi confirm sedap! Jangan lupa try tau😍🐐 Kerutuk Kambing – 8-10 orang maka...
08/09/2026

Hey semua,
Harini min nak share resepi mudah tapi confirm sedap! Jangan lupa try tau😍

🐐 Kerutuk Kambing – 8-10 orang makan

Bahan utama

* 2 kg daging kambing – potong sederhana
* 5–6 sudu besar minyak masak
* 2 batang serai – ketuk
* 2 helai daun salam
* 2 keping daun limau purut
* 400 ml santan pekat
* 500–700 ml air
* 2–3 sudu besar kerisik
* 2 sudu besar gula Melaka/gula merah
* Garam secukup rasa
* 1–2 sudu besar air asam jawa
* 1 peket kecil kacang gajus (disangai)

Bahan kisar

* 12 biji bawang merah
* 6 ulas bawang putih
* 2 inci halia
* 2 inci lengkuas
* 3 batang serai
* 8–10 tangkai cili kering, rebus lembut
* 2 biji buah keras

Rempah

* 3 sudu besar serbuk ketumbar
* 1Β½ sudu besar serbuk jintan manis
* 1Β½ sudu besar serbuk jintan putih
* 2 sudu besar serbuk kari daging
* Β½ sudu kecil serbuk lada hitam

πŸ‘©β€πŸ³ Cara masak

1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama serai sampai betul-betul garing dan pecah minyak.
2. Masukkan semua serbuk rempah. Tambah sedikit air supaya rempah tak hangit. Tumis lagi 3–5 minit.
3. Masukkan daging kambing. Gaul dan masak sampai daging bersalut rempah.
4. Masukkan air, daun salam dan daun limau purut. Tutup dan reneh 45–60 minit sampai kambing empuk. Kalau guna pressure cooker, boleh pendekkan masa.
5. Bila kambing dah empuk, masukkan santan. Kacau perlahan supaya santan tak pecah.
6. Masukkan kerisik, gula Melaka dan air asam jawa.
7. Reneh lagi 15–20 minit sampai kuah pekat dan minyak naik.
8. Perasakan dengan garam dan gula ikut citarasa dan tabur kan kacang gajus.

Tip: Kalau nak rasa kerutuk yang lagi sedap macam kenduri, jangan kedekut masa menumis rempah. Lagi lama tumis sampai pecah minyak, lagi naik rasa dan warna kuah. πŸ˜‹

B E N TO ☺️atau, Food Packed 😊Sesuai untuk tempahan minima bermula dari 30 Pek keatas. Harga bermula dari R M 7 keatas😍S...
07/09/2026

B E N TO ☺️
atau,
Food Packed 😊

Sesuai untuk tempahan minima bermula dari 30 Pek keatas.

Harga bermula dari R M 7 keatas😍

Sarapan pagi, Makan Tengahari, Minum Petang dan Makan Malam terus sampai ke tempat anda☺️

Nak buat mesyuarat? training? kursus? atau nak kami hantar makanan secara bulanan, boleh terus DM kami dapatkan pilihan menu yang menarik! 😊

02/09/2026

Alhamdulillah, selesai satu lagi urgent assignment yang memang mencabar untuk team Hj Chief Catering. πŸ’ͺ🏻

Kami menerima call pada Wednesday tengah malam untuk menyediakan food pack bagi Kem Tahanan Imigresen Lenggeng. Mereka minta kami mula pada 27 Ogos, tetapi kami terpaksa decline untuk hari pertama sebab kebanyakan staff sedang off day dan masa persediaan terlalu singkat.

Akhirnya, kami mula dari 28 Ogos hingga 1 September 2026 β€” selama 5 hari berturut-turut, melibatkan lunch dan dinner.

Jumlah keseluruhan yang kami siapkan adalah 10,380 food packs. Pada hari paling sibuk, team kami menyediakan:

🍱 Lunch – 1,305 pek
🍱 Dinner – 1,097 pek
🍱 Jumlah – 2,402 pek sehari

Menu disediakan simple tetapi lengkap β€” nasi putih, ayam goreng atau tempe goreng, sayur dan buah-buahan.

Honestly, job ini bukan tentang keuntungan semata-mata. Dengan harga dan tempoh yang sangat singkat, banyak cabaran yang perlu kami hadapi β€” manpower, bahan mentah, packing dan masa. Tapi pengalaman yang kami dapat memang sangat valuable.

Terima kasih kepada semua staff yang sanggup bekerja keras, supplier yang membantu menyediakan extra chicken at the last minute, serta pihak yang membantu dari segi manpower. Kalau tidak kerana teamwork semua, memang sukar untuk kami accommodate tempahan sebesar ini dalam masa yang singkat.

Penat memang penat, tapi Alhamdulillah… selesai juga amanah ini dengan baik.

This is what teamwork looks like. Bila semua turun padang dan bantu satu sama lain, kerja yang nampak mustahil pun boleh diselesaikan.

Terima kasih atas kepercayaan kepada Hj Chief Catering. 🀲🏻








31/08/2026

Alhamdulillah, rezeki datang melalui pelbagai jalan. 🀲

Kali ini, tempahan kenduri perkahwinan untuk 550 tetamu telah dibawa masuk oleh salah seorang staf Hj Chief Catering sendiri.

Ini membuktikan bahawa setiap staf bukan sekadar menjalankan tugas harian, malah turut memainkan peranan penting dalam membantu syarikat berkembang. Apabila semua orang mempunyai rasa tanggungjawab dan semangat memiliki, insya-Allah lebih banyak peluang dan rezeki dapat kita cipta bersama.

Untuk majlis ini, kami menyediakan:

🍚 Nasi Minyak & Nasi Putih
πŸ— Ayam Masak Merah
πŸ₯© Daging Salai Masak Lemak Cili Padi dengan Kentang
πŸ₯— Ulam-ulaman & Sambal Belacan
πŸ‰ Buah-buahan
πŸ₯€ Air Kordial
🍲 Bubur Jagung & Sagu

Turut disediakan hidangan beradab, peralatan katering, meja VIP dome, tenaga kerja dan pengangkutan.

Terima kasih kepada pelanggan atas kepercayaan yang diberikan kepada Hj Chief Catering. Tahniah dan syabas kepada staf kami yang berjaya membawa masuk tempahan ini. Inilah hasil usaha, hubungan baik dan kerja berpasukan.

Semoga majlis pengantin berjalan lancar, meriah dan dipenuhi keberkatan. πŸ’

Hj Chief Catering
β€œDaripada staf, menjadi rezeki buat seluruh pasukan.”

30/08/2026
27/08/2026

Katering untuk D8 Pulapol, Kuala Lumpur. Alhamdulillah😍

Alhamdulillah, Hj Chief Catering sekali lagi diberi kepercayaan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untu...
26/08/2026

Alhamdulillah, Hj Chief Catering sekali lagi diberi kepercayaan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyediakan hidangan bagi Sesi Taklimat Petugas Jawatankuasa Jemputan & Hospitaliti MAHA 2026.

πŸ“… 26 Ogos 2026
πŸ“ Dewan B, MAEPS Serdang
πŸ‘₯ 230 orang
🍽️ Sajian lengkap 3 kali makan

Menu Sarapan Pagi
Nasi Goreng Cili Kering
Ayam Goreng Crispy
Buah-buahan
Teh O
Nescafe

Menu Makan Tengah Hari
Nasi Putih
Ayam Lemak Cili Api dengan Kentang
Daging Goreng Belengas
Sayur Campur
Ulam-ulaman dan Sambal Belacan
Buah-buahan
Air Kotak

Menu Minum Petang
Lempeng Kelapa
Sambal Bilis
Air Kotak
Air Mineral

Setiap hidangan disediakan dengan penuh teliti bagi memastikan kelancaran program serta keselesaan semua petugas yang hadir.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada Hj Chief Catering. Kami sentiasa bersedia mengendalikan katering untuk program kerajaan, korporat, seminar, latihan dan majlis berskala besar.

012-3290108

18/08/2026

✨ Corporate Catering | Live Stall Event ✨

Another successful corporate event with our valued client β€” serving since 2019! 🀝✨

πŸ“… 15 & 16 August 2026
πŸ‘₯ 120 pax
πŸ“ Shorea Park Sales Gallery, Puchong

Untuk kali ini, kami bawakan konsep Live Stall dengan menu yang memang favourite:

🍜 Penang Fried Kueh Teow
🍚 Nasi Lemak & Rendang Ayam
🍜 Nyonya Curry Laksa
πŸ₯˜ Roti Canai & Dhal Curry
πŸ₯€ Cendol Balang
πŸ«– Teh Tarik
β˜• Kopi O

Freshly prepared, served hot & made to impress. ❀️

Corporate event? Let us handle the food, you enjoy the event. ✨

Address

22/1, Jalan Kesuma 3/2, Bandar Tasik Kesuma
Beranang
43700

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601110586677

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hj Chief Catering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Restaurant

Send a message to Hj Chief Catering:

Shortcuts

Share

Category