05/11/2023
Dulu impian kami nak ada Restoran Fast food macam ni... Tapi bukan senang nak sampai ke tahap ni...
Jom support jenama tempatan
Syukor Burger hilang fokus?
Jujurnya aku memang follower Syukor Majid ni sejak dia viral kes wife dia terbabas dengan kereta Mustang merah tu.
Sejak tu aku selalu juga akan like dan komen pada posting Syukor Majid ni. Orangnya kelakar, posting dia agak positif dalam setiap hal dan sentiasa memotivasikan aku.
Start PKP dia dan selepas tu dia mula dengan Projek Syukor Burger. Aku follow betul mamat ni. Memang usaha dia bagus untuk membantu mereka yang terkesan pendapatan di zaman pendamik covid19.
Sampailah dia mula dengan Projek restoran Syukor Burger yang berkonsepkan Restoran Fast Food. Aku lihat idea dia ni memang 'brilliant' habis. Mamat ni ada Modal dan ada otak bisnes. Perfect!
Sebelum tu aku nak bagi tau yang aku pernah rasa Syukor Burger ni kat salah satu stall di Putrajaya. Kebetulan masa tu aku ke sana untuk penyerahan kereta pada customer. Jujurnya aku memang s**a taste daging Syukor Burger ni. Sebab tu aku tak sabar nak tengok Projek Restoran Syukor Burger ni menjadi. Aku rasa memang boleh pergi jauh.
Dipendekkan cerita, sampailah Syukor Burger ni buka kat area Tebing Bandar Dato'Onn, JB. Satu hari tu aku ke JB atas urusan jual-beli kereta dengan customer. Temujanji aku kat Restoran Syukor Burger.
Tak sabar juga nak support jenama tempatan ni. Tapi masa order tu aku agak sikit kecewa, sebab banyak menu yang tak ada disebabkan masalah bekalan stok.
Ini level restoran fast food bro, kenapa banyak menu tak ada? Dalam hati aku ni berkata. Frust jugak lah.. ok takpe, kita makan apa yang ada.
Sekali aku NGAP burger dia... 💥 BOOM.. mind-blowing bro. Memang sedap. Aku s**a. Aku terus tersenyum dan fikir benda ni memang boleh pergi jauh. Aku sangat berharap Konsep Fast food Syukor Burger ni akan terbang tinggi.
Hilang juga kekecewaan aku pada menu yang banyak takde tu. Aku harap Owner akan perbaiki sikit masa lagi. Kita bagi peluang dan ruang untuk dia perbetulkan. Yelah,masih baru lagi. Perlu ambil masa, kan.
Tapi Panas tak sampai ke petang, aku agak frust bila kau masih jauh lagi dengan Syukor Burger. Banyak benda yang kau perlu buat tapi kau tiba-tiba buat kedai kopi p**ak. Arghhhhhhh... Apesal kor apesal?
Kau patut fokus kat Syukor Burger dulu. Perbaiki kekurangan yang ada. Make it perfect. Aku nak tengok kau terbang. Aku sebagai anak Malaysia ni bangga bila ada restoran fast food yang bakal bersaing dengan jenama besar dari negara omputih tu.
Kenapa kau ke Syukor Coffee p**ak. Nah sekarang kau ke sambal p**ak....
Syukor Burger dengarnya dah ada yang tutup operasi. Kat Tebing Bandar Dato'Onn pun dah tutup. Tatkala kita sedang memboikot jenama 'toot' tu, aku harap sangat ada jenama tempatan kita dapat ambil peluang ni untuk mengisi kekosongan selera tekak masyarakat Malaysia pada makanan Fast Food ni.
Jujurnya aku nak Syukor Burger bangkit semula dan tolonglah fokus dan berikan 100 peratus tumpuan pada Syukor Burger sahaja. Perbaiki rasa, perbaiki sistem dan perbaiki stok.
Next aku nak sangat tengok Ayam Muiz boleh pergi ke arah Restoran Fast Food p**ak dan boleh bersaing dengan jenama besar.. Apa pendapat korang?
Insyaallah boleh..... Sekian