09/08/2026
10 TAHUN SAUDAGAR WESTERN 🥹
2016… kami bermula dengan menumpang satu stall kecil di restoran mamak.
Tak ada kedai sendiri.
Tak ada modal besar.
Cuma ada keberanian untuk mencuba dan harapan supaya esok masih ada rezeki.
Pernah penat. Pernah kecewa.
Pernah juga terdetik, “Sampai bila aku mampu bertahan?”
Tapi rupanya Allah tak suruh kita nampak sejauh mana jalan ini…
Allah cuma suruh kita jangan berhenti.
Hari ini, 2026…
Saudagar Western genap 10 tahun.
Bila pandang balik tempat kami pernah menumpang dulu, rasa sebak.
Dari sebuah stall kecil…
akhirnya kami masih di sini. 🥹❤️
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada 10 tahun perjalanan kami.
2016 — 2026 ❤️