Pahit.Manis

Pahit.Manis Coffee shop in town of Taman Greenwood. Serve variety of coffee and drinks.

21/01/2026

Bismillahirrahmanirrahim.

Tahun 2026, Kafe PahitManis beroperasi semula setelah sekian lama menyepi. Semoga Allah permudahkan dan berikan keberkatan dalam perniagaan kami, insyaallah.

Tempat masih sama, di Medan Selera Taman Greenwood, Gombak.

Menu-menu menarik menanti korang!

Latte, americano, waffle, vanilla aiskrim dan bermacam lagi ❤

21/06/2025

Hai korang!

Rindu waffle PahitManis ke tu?

Ok ke tak tu?

Laku keras waffle PahitManis hari ini. Alhamdulillah.

Terima kasih semua yang support ❤️

15/04/2025

Mari kita cuba lah tema lain p**a. Ini gambar air sparkling PahitManis yang di'AI' kan. Cantik juga kan.

Eh, outlet Pahit Manis dah beroperasi seperti biasa ye. Jemputlah mai singgah untuk menikmati menu-menu kami yang sedap.

Tak rindu ke dengan Waffle Pahit Manis? ❤️

Lokasi kami di:
🚩 Medan Selera Taman Greenwood

Waktu operasi:
🕜 Selasa - sabtu (2.00petang - 9.00malam)
🕦 Ahad (11.30pagi - 7.00malam)
🚫 Isnin cuti

Bye korang ❤️

10/04/2025

Secangkir kopi di Pahit Manis, sekelat senyuman pasti terubat saat kita melepaskan dengan redha dan lapang dada.

Jemput singgah ke Pahit Manis Taman Greenwood ❤️

SELAMAT HARI RAYA AIDILFTRI.TAQABALLAH HUMINNA WA MINKUM.Ada yang dah balik ke KL ke tu? Semoga semuanya selamat dan dip...
03/04/2025

SELAMAT HARI RAYA AIDILFTRI.

TAQABALLAH HUMINNA WA MINKUM.

Ada yang dah balik ke KL ke tu? Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan.

Maaflah, kami pun tak sempat nak update apa-apa berkenaan cuti raya di Medsos. Kalut dengan beberapa hal.

So, yang mana nak makan waffle PahitManis, aiskrim dan kopi, boleh mai ke PahitManis pada 8 April 2025.

Jumpa nanti tau. Syoknya raya-raya ni dapat makan aiskrim PahitManis ❤️

Saja cuba guna Chatgpt untuk create image.Hasilnya. Tarrrrrraaaaaaaaa! Aiskrim dan coffee tu kena dah tema PahitManis. C...
10/03/2025

Saja cuba guna Chatgpt untuk create image.

Hasilnya. Tarrrrrraaaaaaaaa! Aiskrim dan coffee tu kena dah tema PahitManis. Cuma beza dia duk cozy cafe. Kami di Medan Selera Taman Greenwood.

Takpa, yang penting menu-menu di PahitManis semua sedap-sedap macam di cozy cafe macam ini. Tak percaya? Tak percaya sudah😆

Hari ini kami beroperasi seperti biasa jam 5.30petang sehingga 11.00malam. Mai singgah hari ini. Alang-alang pi bazar beli menu berbuka, singgah ke PahitManis, beli aiskrim p**a.

Barulah lengkap menu berbuka. Tak gitu?

Selamat berpuasa semua 😁

Pengumuman penting!Waktu operasi PahitManis adalah dari jam 5.30petang sehingga 11.00malam.Jadi, yang mana nak beli untu...
06/03/2025

Pengumuman penting!

Waktu operasi PahitManis adalah dari jam 5.30petang sehingga 11.00malam.

Jadi, yang mana nak beli untuk berbuka puasa pun boleh, nak dijadikan menu moreh pun boleh. Pernah rasa borneo latte? Cadangan admin untuk cuba dan pekena sekali waffle coklat. Padu!

Jemput singgah ke PahitManis hari ini ❤️

Untuk makluman semua. Untuk menu aiskrim, disepanjang bulan Ramadan ini kami buat dalam bentuk sudah siap untuk dimakan....
05/03/2025

Untuk makluman semua. Untuk menu aiskrim, disepanjang bulan Ramadan ini kami buat dalam bentuk sudah siap untuk dimakan. Maknanya, kami tidak akan pasang mesin untuk 'press' setiap kali terima order. Kami akan pack siap-siap dalam bekas macam dalam gambar ini.

Ada dua bekas mengikut saiz dan harga:
1. RM3.50
2. RM4.90

Ada perisa coklat dan strawberry. Setakat ini, 2 perisa ni pun dah ramai peminatnya.

Jemput datang singgah ke PahitManis hari ini ye.

Apakah semua ini? 😆
04/03/2025

Apakah semua ini? 😆

Dah ada menu berbuka dan moreh ke tu?

Kami beroperasi setiap hari kecuali Ahad. Waktu operasi adalah dari jam 5.30petang sehingga 11.00malam.

Waffle special. Tepung waffle PahitManis memnag sedap dan ramai teringat-ingat bila dah rasa. Ditambah p**a dengan limpahan coklat dan biskut-biskut hancur ditabur di atasnya. Memang surrrrr!

Harga cuma RM8.90. Berbaloi dan puas hati. Rasa sekali pasti nak lagi.

Apa lagi? Jemputlah singgah ke PahitManis petang ini untuk juadah berbuka dan moreh selepas terawih ❤️

Dah ada menu berbuka dan moreh ke tu?Kami beroperasi setiap hari kecuali Ahad. Waktu operasi adalah dari jam 5.30petang ...
04/03/2025

Dah ada menu berbuka dan moreh ke tu?

Kami beroperasi setiap hari kecuali Ahad. Waktu operasi adalah dari jam 5.30petang sehingga 11.00malam.

Waffle special. Tepung waffle PahitManis memnag sedap dan ramai teringat-ingat bila dah rasa. Ditambah p**a dengan limpahan coklat dan biskut-biskut hancur ditabur di atasnya. Memang surrrrr!

Harga cuma RM8.90. Berbaloi dan puas hati. Rasa sekali pasti nak lagi.

Apa lagi? Jemputlah singgah ke PahitManis petang ini untuk juadah berbuka dan moreh selepas terawih ❤️

Ramadan Kareem!Bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat islam telah pun tiba. Ahlan ya Ramadan. Marilah sama-sama kit...
03/03/2025

Ramadan Kareem!

Bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat islam telah pun tiba. Ahlan ya Ramadan. Marilah sama-sama kita sambut bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

Ramadan adalah bulan istimewa kerana di dalamnya ada begitu banyak ganjaran pahala untuk setiap ibadah yang kita laksanakan. Jadi, janganlah kita mensia-siakan peluang yang ada ini ye.

Untuk makluman semua. PahitManis akan beroperasi sepanjang bulan Ramadan namun dengan hari dan waktu yang berbeza.

Kami akan beroperasi setiap hari kecuali Ahad. Waktu operasi p**a dari 5.30petang sehingga 11malam.

Menu PahitManis pun sesuai dijadikan juadah berbuka dan juga moreh tau. Yang penting, semua sedap, insyaallah ❤️

Selamat berpuasa dan menunaikan ibadah terawih korang!

Allahuakbar. Apa lagi nikmat yang kau dustakan?Inilah dia air chocolate kaw dari PahitManis. Secara visual, kami usaha b...
26/02/2025

Allahuakbar. Apa lagi nikmat yang kau dustakan?

Inilah dia air chocolate kaw dari PahitManis. Secara visual, kami usaha bagi nampak menarik. Namun.....rasanya sememangnya tidak boleh dinafikan. Teramat sedap sebab kami bancuh air cohoclate dengan produk yang premium dan sukatan yang seimbang.

Pekat!

Jangan lepaskan peluang ini. Jom singgah ke PahitManis hari ini. Kami beroperasi dari jam 2 petang sehingga 9 malam.

Jom kita!

Address

No 6, Seri Selera MPS Taman Greenwood
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 11:30 - 20:00
Tuesday 11:30 - 20:00
Wednesday 11:30 - 20:00
Thursday 11:30 - 20:00
Friday 11:30 - 20:00
Saturday 11:30 - 20:00
Sunday 11:30 - 20:00

Telephone

+601154454740

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pahit.Manis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share