19/07/2021
KANGKUNG.
Khasiat Kangkung
1. Membantu masalah sembelit. Kangkung mempunyai kandungan serat yang tinggi di mana 100-grams kangkung mengandungi 2.1gram serat. Kangkung merupakan serat tidak larut yang bersifat tidak larut dalam air. Ia dapat melembutkan najis serta melancarkan proses pembuangan air besar.
2. Mengawal paras gula dalam darah.
Kandungan serat dalam kangkung juga dapat mengawal paras gula dalam darah secara perlahan supaya gula dalam darah tidak naik secara mendadak.
3. Mengekalkan kesihatan buah pinggang.
Kangkung mengandungi kandungai air yang tinggi. Ini dapat membantu buah pinggang dalam proses penapisan darah. 100-grams kangkung mengandungi hampir 90% air.
4.Mengandungi antioksidan.
Seperti sayur hijau yang lain, kangkung juga mengandungi antioksidan. Antioksidan ini berfungsi untuk melindungi sel badan daripadda kerosakan dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan kanser. Antara antioksidan yang terdapat dalam kangkung ialah beta-karotene, xanthin, cryptoxanthin serta vitamin C.
5. Membantu proses penyembuhan luka.
Vitamin C mempunyai pelbagai fungsi. Di samping bertindak sebagai antioksidan, ia juga penting bagi proses penyembuhan luka dengan menjana semula sel kulit baru dan mempercepat proses penyembuhan.
6. Mengekalkan kesihatan mata. Kangkung mengandungi komponen zeaxanthin dan lutein, iaitu komponen yang memberi warna dalam sayur-sayuran. Komponen ini dapat mengurangkan risiko Degenerasi Makula dan katarak yang merupakan penyebab kebutaan. Ia berfungsi untuk menapis sinaran biru yang menyebabkan kerosakan retina.
7. Mengawal tekanan darah tinggi.
Kangkung kaya dengan potassium yang berperanan dalam menurunkan tekanan darah tinggi. Di samping itu, asid folat yang terdapat dalam kangkung membantu untuk menurunkan tekanan darah tinggi dengan mengembangkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah ke seluruh badan.
8. Mengekalkan kesihatan tulang. Kangkung mengandungi kalsium yang penting bagi menguatkan tulang. Ia dapat mengurangkan risiko tulang rapuh (osteoporosis).
9. Mengekalkan kesihatan kulit
Kandung vitamin A dalam kangkung membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengurangkan masalah kulit seperti jerawat dan kedutan.
10. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
Bayam adalah sumber folat, di mana ia dapat mengurangkan kadar homosistein iaitu sejenis asid amino yang terdapat dalam darah. Homosistein yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.
11.Membantu tumbesaran kanak-kanak.
Seperti sayur-sayuran hijau yang lain, kangkung mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting bagi tumbesaran kanak-kanak.
12. Rendah kalori.
Kangkung mempunyai kalori yang rendah dan sangat sesuai bagi mereka yang ingin kurangkan berat badan, Ia membantu bagi anda berasa kenyang lebih lama.
Kesimpulannya, kangkung mengandungi pelbagai vitamin, mineral, antioksidan dan juga merupakan sumber serat yang bagus. Ia memberi manfaat kepada kesihatan seperti mengawal tekanan darah tinggi, paras gula, mengekalkan kesihatan tulang dan kesihatan jantung.
Diharapkan artikel Khasiat Sayur Kangkung ini dapat memberikan kesedaran berkenaan pentingnya sayuran dalam kehidupan kita.
Dalam Pecal Ninja ada sayuran kangkung, pucuk ubi, timun dan juga sengkuang.
Jom kita amalkan makan sayur-sayuran.😃😊