24/09/2024
SURAT DARI PEMINAT AYAM MASAK MERAH❤️
Tengah kemas-kemas nak buka kedai tadi datang seorang budak hulur gulungan kertas, akak tanya apa ni?
Dia jawab pendek sambil tersenyum😁
"surat"..
Elok je 'surat' bertukar tangan, dia terus berlalu. Malu agaknya🤭
Emm.. Rasa berbunga-bunga hati baca surat dari seorang budak. Budak tak pernah menipu kan? Kan? Kan?🤣
Acik akan simpan surat ni sebagai kenangan. Terima kasih susah-susah je bagi acik surat bagai.
Nasi Berlauk ayam merah kesukaan awak kan? 😘
Nasi Berlauk dan nasi dagang Larut malam
(jalan baru kg sungai menghala ke kg teluk tepi kile kepok ore)
4pm-12am, cuti jumaat