Ayam Serama Fans Club

Ayam Serama Fans Club Pet Shop Online Ayam Serama Malaysia merupakan sejenis baka yang agak baru. Sejarah dan asal usulnya yang tepat tidak jelas.

Terdapat lagenda yang mengatakan ia merupakan keturunan dari pembiakan silang di antara burung merpati dan ayam. Cerita lain mengisahkan asal bermula dari pemberian hadiah ayam katik oleh Raja Siam kepada sultan tempatan pada zaman dahulu. Serama dipercayai berasal dari Kelantan, sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia (berdekatan bersempadanan dengan sempadan Thailand di pantai timur). Baka mode

n ayam Serama dipopularkan oleh Wee Yean Een dari Kelantan, yang memberi nama "Serama" bersempena dengan Raja Sri Rama, sebuah watak di dalam Wayang Kulit. Baka ini pertama kali dipamerkan pada tahun 1990. Tahun 2000 merupakan kemuncak popularitinya di Malaysia. Baka ini terjejas teruk semasa wabak selselema burung pada tahun 2004 apabila lebih dari 50,000 ekor serama telah dihapuskan. Walaubagaimanapun, baka ini mendapat kembali kemahsyurannya di Malaysia. Tidak terdapat penulisan piwaian bagi baka di Malaysia, maupun sebarang tradisi persatuan ayam. Kebanyakan maklumat difahami oleh penternak dan disebarkan secara lisan. Ramai penternak memiliki stail atau jenis yang mereka ternakkan, tetapi sering kali penternak menyimpan beberapa stail. Stail ini sering kali dinamakan sempena gambaran darah keturunan jaguh (contohnya. Husin, Mat Awang), dan juga bentuk umum, ciri-ciri atau kelakuan (contoh. bentuk kurus, bentuk bola, bentuk naga, teleng, stail robot). Dengan itu terdapat banyak kepelbagaian di Malaysia. Kesemua stail berlainan berlawan sesama sendiri dalam pertandingan meja terbuka (sering kali digambarkan sebagai "pertandangan cantik") dan dihakimi oleh para hakim. Serama Malaysia tidak terhad oleh satu set piwaian di negara asalnya, ini adalah mengapa Serama Malaysia telah berubah begitu banyak dalam tempoh singkat dan masih berubah sehingga sekarang. Terdapat usaha bagi mengesa satu badan rasmi menentukan set piwaian bagi pelbagai stail. Bagaimanapun, sesetengah orang Malaysia menegaskan bahawa piwaian tidak patut ditentukan kerana ia akan menghadkan baka. Salah seorang penternak ayam Serama yang berpengaruh menyamakannya seperti kereta: "Reka bentuk bagi kereta sempurna tidak ditetapkan oleh kerajaan, jadi kenapa mereka perlu menetapkannya bagi ayam Serama. Teknologi sentiasa maju dan kita belajar dan mereka benda baru. Jadi kenapa ia perlu berbeza bagi ayam."

25/08/2012
Baka baru
25/08/2012

Baka baru

04/08/2012

Secara keseluruhan ayam Serama adalah ayam yang agak mudah untuk membiak. Selepas bertelur ia mengambil masa lebih kurang 19-21 hari untuk anak ayam terbentuk dan menetas. Anak ayam lebih lemah pada suhu sejuk berbanding baka lain kerana bandingan saiz badannya yang kecil. Selepas menetas ia mengambil masa 16-18 minggu untuk ayam matang dan mencapai titik di mana ia sendiri sudah boleh mula bertelur. Telur Serama bukanlah baka yang mudah untuk menetas dari telur dan ada beberapa hipotesis mengenai hal ini; pembiakbakaan dalam sesama sendiri mungkin salah satu sebabnya, yang lain adalah kemungkinan telur agak kecil (mungkin menghampiri had terendah yang mungkin bagi menghasilkan telor yang mampu menetas). Kebersihan yang baik, tatarajah pengeraman dan penternakan stok induk adalah kritikal bagi kejayaan. Saiz am telur tidak terlalu besar, saiz telur biasanya antara 2 hingga 3 biji telur puyuh biasa atau 4 hingga 6 biji bagi telur Serama yang menyerupai saiz dan ketumpatan dengan sebiji saiz telur ayam piwaian. Ayam yang lebih kecil kemungkinannya bertelur yang lebih kecil tetapi terlalu kecil untuk berkembang

04/08/2012

Ayam Serama merupakan ayam teringan di dunia. Biasanya bawah dari 500g, tetapi dengan ayam yang lebih kecil bawah 250g telah dibiakkan di negara asalnya Malaysia. Ayam Serama bercirikan oleh bentuk badan tegak mereka, dada penuh, bulu ekor ditegakkan dan rapt pada badan dan sayap mendatar dipegang hampir mencecah tanah. Di Malaysia ia digambarkan sebagai pahlawan berani dan ayam malaikat, kerana penampilan mereka menyerupai manusia.

04/08/2012

Ayam Serama Malaysia merupakan sejenis baka yang agak baru. Sejarah dan asal usulnya yang tepat tidak jelas. Terdapat lagenda yang mengatakan ia merupakan keturunan dari pembiakan silang di antara burung merpati dan ayam. Cerita lain mengisahkan asal bermula dari pemberian hadiah ayam katik oleh Raja Siam kepada sultan tempatan pada zaman dahulu. Serama dipercayai berasal dari Kelantan, sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia (berdekatan bersempadanan dengan sempadan Thailand di pantai timur).
Baka moden ayam Serama dipop**arkan oleh Wee Yean Een dari Kelantan, yang memberi nama "Serama" bersempena dengan Raja Sri Rama, sebuah watak di dalam Wayang Kulit. Baka ini pertama kali dipamerkan pada tahun 1990. Tahun 2000 merupakan kemuncak pop**aritinya di Malaysia. Baka ini terjejas teruk semasa wabak selselema burung pada tahun 2004 apabila lebih dari 50,000 ekor serama telah dihapuskan. Walaubagaimanapun, baka ini mendapat kembali kemahsyurannya di Malaysia.
Tidak terdapat penulisan piwaian bagi baka di Malaysia, maupun sebarang tradisi persatuan ayam. Kebanyakan maklumat difahami oleh penternak dan disebarkan secara lisan. Ramai penternak memiliki stail atau jenis yang mereka ternakkan, tetapi sering kali penternak menyimpan beberapa stail. Stail ini sering kali dinamakan sempena gambaran darah keturunan jaguh (contohnya. Husin, Mat Awang), dan juga bentuk umum, ciri-ciri atau kelakuan (contoh. bentuk kurus, bentuk bola, bentuk naga, teleng, stail robot). Dengan itu terdapat banyak kepelbagaian di Malaysia. Kesemua stail berlainan berlawan sesama sendiri dalam pertandingan meja terbuka (sering kali digambarkan sebagai "pertandangan cantik") dan dihakimi oleh para hakim.
Serama Malaysia tidak terhad oleh satu set piwaian di negara asalnya, ini adalah mengapa Serama Malaysia telah berubah begitu banyak dalam tempoh singkat dan masih berubah sehingga sekarang. Terdapat usaha bagi mengesa satu badan rasmi menentukan set piwaian bagi pelbagai stail. Bagaimanapun, sesetengah orang Malaysia menegaskan bahawa piwaian tidak patut ditentukan kerana ia akan menghadkan baka. Salah seorang penternak ayam Serama yang berpengaruh menyamakannya seperti kereta: "Reka bentuk bagi kereta sempurna tidak ditetapkan oleh kerajaan, jadi kenapa mereka perlu menetapkannya bagi ayam Serama. Teknologi sentiasa maju dan kita belajar dan mereka benda baru. Jadi kenapa ia perlu berbeza bagi ayam."

Ayam betina kawan yang sedang mengeram telur di rumah
04/08/2012

Ayam betina kawan yang sedang mengeram telur di rumah

04/08/2012

baka
Ayam Serama , sehingga kini katakan ada 3 jenis baka terpilih iaitu Darah Hijau/Merak, Darah Merah & Rinting Murai .... jadi bolehlah kita gunakan ini sebagai salah satu daripada jenis Ayam Serama. Lepas itu kita ambil p**a baka dari Hussin Kijang yang lebih terkenal dengan baka 2000 dan begitulah seterusnya. Pilih baka - baka yang telah diakui hebat dan iktiraf kehebatan tersebut. Cara ini samalah juga pada kes kucing maupun anjing, buat masa ini kita ada kucing Parsi, Siam dan lain-lain lagi begitu juga dengan anjing ... kita ada baka Bulldog, German Sharperd dan lain lain. Kalau Bulldog dikawinkan dgn G. Sharperd maka anjing itu bukan lagi baka BD atau GS begitu jugalah Ayam Serama baka Darah Hijau kalau dikawinkan dengan baka 2000 .. kita tidak lagi boleh mengatakan ayam itu baka tulin salah satu baka tadi.

Seekor Jaguh
04/08/2012

Seekor Jaguh

16/06/2011

sementara ni hanya gamber ni sahaja yang dapat saya masukkan.. ada beribu lg.. harga dari rm5-rm200 sahaja..

16/06/2011

Address

Ayer Keroh
75450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ayam Serama Fans Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share