17/01/2024
Alhamdulillah dan syukur semua ke hadrat Allah s.w.t
Selesai akhirnya perjumpaan UKHWAH MUKADDIMAH semua usahawan Sawaddi Kiosk sebanyak 10 orang di seluruh Negeri Kedah dari Baling sehinggalah ke Pulau Langkawi.
Untuk pengetahuan semua,semua Usahawan Sawaddi Kiosk ini adalah dari peniagaยฒ yang berniaga bermacamยฒ jenis makanan dari Crepe,Waffle,Ice Blended,Lokching,Ais Krim dan ada yang dah membuka cafe sendiri yang mana mampu menempatkan pelbagai vendor lain untuk masuk menyewa.Tahniah saya ucapkan....
Tapi.....
Seperti yang kita ketahui misi kali ini agak berbeza ya
Sebab kali ini saya akan bawa masuk nama brand Sawaddi Kiosk ke dalam perniagaan yang telah sedia ada.Dan yang paling penting setiap yang diusahakan oleh usahawan,saya akan menerapkan elemen online ke dalam biznez yang sedia masingยฒ Selain itu saya akan menambah baik dari segi packaging dan rebranding supaya setiap barangยฒ yang sedia ada kita akan teruskan disamping menjual menu makanan dan minuman brand Sawaddi.
Kalau orang tanya saya kenapa tak panggil peniaga .Kenapa saya letakkan nama Usahawan??
Ya ada 1 lagi saya akan terapkan sepanjang 1 tahun kita bersama.Saya akan pastikan untuk suntik elemen 'minded keusahawanan' kepada semua peniagaยฒ yang ada ini.Kalau tanya saya ada beza k usahawan dan peniaga ini?Ya sudah tentu ada..Jadi untuk tahu apa bezanya nanti kita akan jumpa dalam group webinar bersamaยฒ wakil usahawan yang akan saya jemput khas sepanjang susah senang kita bersama
Semoga tahun 2024 ini saya doakan semoga usahawan Kiosk Sawaddi akan dimurahkan rezeki berkali ganda.Mungkin cara saya nih agak tegas sebabkan letakkan beberapa syarat untuk semua Usahawan tetapi percayala apa yang saya buat nih akan ada hasil penghujung kita selepas setahun ini
Now sekarang bermula untuk proses penyediaan kelengkapan perniagaan untuk semua.Sukacita saya peringatkan sekali.Semua kelengkapan ini ialah PINJAMAN sahaja ya.Untuk pastikan peralatan yang dibekalkan terus boleh digunakan oleh para Usahawan WAJIB ikut syaratยฒ yang telah HQ tetapkan untuk setahun ini.Tahanla j*p untuk setahun ye.Kalau berjaya nanti.Hangpa amekla barangยฒ yang telah disediakan,pihak KEDA dan kami tak kacau hangpa dah.
Ok siap semua untuk bebelan hari ini.Saya akan wasap setiap seorang untuk pelan tindakan segera yang perlu diambil ya sebelum tarikh Perasmian Penyerahan barangยฒ kepada semua peserta.Ingat kalau ada rezeki nak panggil YB Abang Bad datang rasmikan program kita nanti.Apaยฒ jangan lupa tagline kita ya dan jumpa semua di perasmin bulan Februari nanti.
"Ingat Makanan Thai Jalanan,Ingat Sawaddi"