20/07/2020
RAHSIA SUSU KURMA
Ramai yang membandingkan susu kurma dari pelbagai jenama. Namun saya tetap pilih jenama Farm Fresh.
Ini kerana susu kurma Farm Fresh menggunakan susu segar. Bukan susu tepung (atau susu pepejal) yang dibancuh semula.
Terdapat dua jenis susu kurma Farm Fresh. Yang terbaik adalah yang menggunakan susu segar dan pati susu kurma berkualiti. Inilah susu kurma yang pertama dikeluarkan dan dipasarkan oleh Farm Fesh. Rasanya premium dan teramat sedap.
Yang kedua ialah susu kurma Farm Fresh yang diperbuat dari susu segar dan juga pati kurma terbaik tetapi melalui proses UHT. Masih kekal sedap. Ini juga dikeluarkan oleh Farm Fresh.
Yang ketiga ialah susu kurma dari susu tepung (atau susu pepejal) bancuhan semula. Rasanya tidak berapa sedap dan sepaturnya tidak dikategorikan sebagai susu segar. Syarikat Farm Fresh tidak mengeluarkan susu kurma jenis ini.
Yang keempat ialah susu kurma dari susu tepung bancuhan semula dan melalui proses UHT. Pada saya ini kualiti yang paling teruk. Rasanya jauh ketinggalan berbanding kategori susu yang pertama.
Jadi jika mahu memilih susu kurma, pilih susu kurma yang terbaik dan berkhasiat, iaitu gabungan susu segar dan pati kurma terbaik. Bukan susu tepung (atau susu pepejal) yang dibancuh semula. Elakkan susu yang hanya menggunakan perasa kurma (bukan ekstrak kurma).
Susu sebegini tidak mendatangkan manfaat terbaik. Malah mungkin memudaratkan jika diambil dalam jangka masa yang panjang.
Credit ~ Dr Zubaidi Hj Ahmad