24/04/2026
📢 HOTSPOT BANJIR NEGERI KEDAH 2026
Sebanyak 90 kawasan hotspot banjir telah dikenal pasti di seluruh Negeri Kedah berdasarkan data laporan banjir bagi tiga (3) tahun terkini: 2023, 2024 dan 2025.
Maklumat ini bertujuan membantu agensi berkaitan, pihak berkuasa tempatan serta penduduk setempat untuk membuat persediaan awal menghadapi kemungkinan kejadian banjir, khususnya ketika musim monsun.
💧 Orang ramai yang berada di kawasan terlibat disaran:
• Sentiasa peka dengan ramalan cuaca semasa
• Mengambil langkah kesiapsiagaan lebih awal
• Mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa
Definisi hotspot banjir:
Kawasan berisiko banjir yang mengalami kekerapan tidak kurang daripada tiga (3) kali dalam tempoh tiga (3) tahun terkini.
Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi risiko banjir.