Kafe maju

Kafe maju Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kafe maju, Cafe, seoult korea, Kori.

13/09/2023

RESEPI AYAM PAPRIK

Bahan-bahan:
* 2 keping dada ayam – hiris nipis
* 4 biji cili padi – diketuk
* 2 sudu makan cili kering kisar
* 2 helai daun limau purut
* 2 ulas bawang merah – dihiris
* 2 ulas bawang putih – dihiris
* 1 biji cili merah – dihiris serong
* 2 sudu makan sos cili
* 2 sudu makan sos tomato
* 1 sudu makan sos tiram
* 1/2 inci halia – hiris halus
* 1/2 labu bawang besar – hiris memanjang
* 1/2 cawan air
* Sedikit garam
* Sedikit kicap manis

Bahan Sayuran
* 2 biji putik jagung – dihiris
* 2 tangkai kacang polong – dihiris pendek
* Bunga kobis – dipotong kecil
* 1/2 biji karot – dihiris memanjang

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan, toskan dan ketepikan.
2. Sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum.
3. Kemudian mas**an cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.
4. Masukkan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata.
5. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.
6. Masukkan serai, air, dan daun limau purut. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata.
7. Kemudian masukkan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. Masak sampai sayur tadi agak empuk.
8. Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas

Kredit: Aarill

27/03/2023

RESEPI PUDING BISKUT MARIE

Bahan-bahan:
* 200g biskut Marie
* 10g agar-agar Serbuk
* 2 1/2 cawan air
* 1 cawan susu cair
* 1/2 cawan susu pekat
* 1/2 cawan tepung kastard
* 1 biji telur
* 1/2 buku Buttercup
* 6 sudu besar serbuk koko
* 8 sudu besar Milo
* 1/4 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
1. Kisar susu cair, susu pekat, telur, esen vanilla dan tepung kastard. Ketepikan.
2. Bancuh serbuk koko dan Milo dengan sedikit air suam. Ketepikan.
3. Masak serbuk agar-agar dengan air hingga serbuk agar-agar larut dan mendidih.
4. Masukkan Buttercup dan kacau hingga Buttercup cair.
5. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau hingga sebati. Masa ni api kena perlahan kerana adunan ni akan menjadi pekat. Sentiasa kacau.
6. Masukkan serbuk koko dan Milo yang telah dibancuh tadi. Kacau hingga sebati dan tiada ketulan. Masak hingga berkilat dan ada meletup-letup. Ini menandakan puding telah masak. Tutup api.
7. Alas loyang 7" x 7" dengan plastik. Lebihkan di bahagian kiri dan kanan supaya senang hendak mengeluarkan Puding dari loyang nanti.
8. Masukkan adunan puding (lapisan koko). Ratakan keseluruhan loyang.
9. Susun biskut Marie satu persatu di atas lapisan koko. Boleh patahkan sedikit jika ada ruang yang kosong.
10. Masukkan adunan puding (lapisan koko) lagi. Susun biskut Marie seperti tadi.
11. Ulang proses yang sama sehingga habis. Pastikan di atas sekali mesti lah lapisan koko.
12. Sejukkan.
13. Bila sudah sejuk, simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam.

Nota Kaki:
1. Resepi saya ni kurang manis dan sy x letak gula langsung. Klau ada yg s**a manis, boleh tambah susu pekat atau gula.
2. Adunan puding ni cepat mengeras. Jgn risau, klau ia mengeras, panaskan balik di atas api perlahan sebentar. Nanti adunan akan lembut kembali.
3. Loyang x semestinya bentuk 4 segi. Loyang bulat pun boleh guna. Tupperware biasa yg lutsinar tu pun boleh guna juga.
4. Boleh tabur kacang tanah yg ditumbuk kasar atau Nestum di atas Puding jika s**a.

Selamat mencuba.

Kredit: Hamidah Ha

27/03/2023

Resepi Kosui/Kaswi❤💖💝

Bhn2-

1cwn tpg gandum
1cwn tpg ubi
Stgh cwn gula merah
Stgh cwn gula putih
4 cwn air
Secubit garam
2 sudu mkn air kapur
Kelapa parut yg putih

Cara buat....

Panaskan kukusan.

Letak loyang yg telah disapu minyak.

Campur ke2² gula dlm periuk.

Masukkan 2 cwn air n masak sampai gula larut n padam api.

Balance 2 cwn air buat bancuh tpg.

Nak senang blender saja.
Tuang dlm bekas.

Air gula td tuang dlm bancuhan tpg n kacau sebati.Masukkan jg air kapur.

Dah sebati terus tuang dlm loyang.

Kukus dlm 25-30mnt.

Kalau ada air dipermukaan buangkan.
Tunggu betul² sejuk baru potong.

Gaul dgn kelapa parut yg letak garam.

Siap.

Kredit Roslina Shaari

20/03/2023

"RESEPI UDANG MASAK KERISIK"

BAHAN-BAHAN -1- UDANG GALAH BASUH BERSIH
2-KERISIK 3SDU BESAR : KERISIK NI SEDAP : https://shope.ee/409VW71XvG
3-CILI KERING BLEND
4-BAWANG BESAR 3LABU "BWNG PUTIH 4ULAS
5-HALIA SEBESAR IBU JARI"
6- 2sdu KECIL SERBUK KARI
7- AJI" GARAM " GULA " ASAM KEPING 2KEPING.. DAUN KARI 3TANGKAI..

CARANYA - GORENG UDANG YG D BERSIH TADI LUMUR SEDKIT KUNYIT N GARAM" GORENG HALF COOK" KEMUDIAN TOSKAN, TUMISKAN BAHAN BLEND NO - 2 SAMPAI NO -5,TUMIS SAMPAI NAIK BAU.. MASUKAN DAUN KARI TADI ASAM KEPING DAN SERBUK KARI" MASUKAN AIR SEDIKIT SAJA.. KEMUDIAN MASUKAN UDANG TADI KACAU2.. MASUKAN BAHAN2 PERASA.. PERASA KAN DENGAN SECUKUP NYAA...😉 SELAMAT MENCUBA...

Address

Seoult Korea
Kori
KELIK

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kafe maju posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category