26/12/2025
Dua tahun dari selamanya,inshaa Allah ..
_saksikanlah kekasih, semua hasil penulisan ini,ada cinta aku kepada engkau,ada bukti aku untuk menyahut seruanmu,ada suara yang tak mampu aku lafazkan hanya mampu diungkapkan melalui kata-kata .. aku yakin dan pasti Dia mendengarnya dan mungkin...mungkin suatu saat nanti engkau juga akan mendengar suara itu_..
_bukan sesiapa,aku tahu itu..aku manusia yang banyak dosanya,tapi aku sedang mencuba sedaya mungkin untuk bersamamu di syurga Firdaus milikNya,mungkin angan-angan ini terlalu tinggi..tapi aku,aku berimpian ingin duduk bersama engkau ,ya Rasulullah_..
_di saat ini, aku menginginkan syurga bukan lagi kerana keindahan dan kenikmatan yang ada padanya..namun,kerana kamu ya Rasulullah,kamu ada di dalamnya..hanya kamu_
_selama ini, aku berdoa agar aku diizinkan untuk berada di sisimu nantinya,ya Rasulullah, hanya itu yang aku mahu,hanya itu yang menjadi tujuan aku masih di sini_.
_dan hanya kerana Dia dan kamu,ya Rasulullah..aku masih setia di sini_..
"_semoga di sana nanti,Allah perkenankan doa aku,semoga di sana nanti,kamu sudi tersenyum dan memandang aku,semoga_.."
_sannah helwah Qaf's ink,moga-moga..apa yang kamu sebarkan dan apa yang dinukilkan di atas kamu adalah sesuatu yang membawa manfaat sampai hujung nyawa_...