Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis Mesir Official

Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis Mesir Official Di bawah seliaan :
Unit Penerangan & Penerbitan
Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis Mesir

Mykpp Perlis merupakan medium rasmi Keluarga Pelajar-pelajar Perlis (KPP) untuk menyalurkan segala maklumat berkaitan pelajar-pelajar Perlis di Mesir khususnya dan pelajar-pelajar Malaysia amnya.

[ SALAM MAAL HIJRAH 1448H ]Keluarga Pelajar-pelajar Perlis sesi 2025/2026 ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1448H kepa...
16/06/2026

[ SALAM MAAL HIJRAH 1448H ]

Keluarga Pelajar-pelajar Perlis sesi 2025/2026 ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1448H kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Pelembahan Nil.

Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah bukan sekadar perpindahan tempat, tapi ia merupakan titik perubahan buat umat. Begitulah juga kita sebagai pelajar, Maal Hijrah ini adalah peluang untuk berubah kepada versi lebih baik.

Semoga kita sama-sama dapat mengambil ibrah daripada sirah Nabi Muhammad SAW untuk dihayati dalam kehidupan seharian kita.

“Belajar, Beramal, Bertakwa”

Disediakan oleh :
Unit Dakwah dan Ilmiah KPP
Sesi 2025/2026

[ SUASANA PENYEMBELIHAN HAIWAN KORBAN 2026 ]Berikut merupakan gambar sekitar proses penyembelihan haiwan korban di Asram...
11/06/2026

[ SUASANA PENYEMBELIHAN HAIWAN KORBAN 2026 ]

Berikut merupakan gambar sekitar proses penyembelihan haiwan korban di Asrama Rumah Perlis bersempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini, yang melibatkan ahli KPP.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan, serta segala amal kebaikan sepanjang bulan Zulhijjah ini, diberkati dan mendapat keredaan Allah SWT.

“Belajar, Beramal, Bertakwa”

Disediakan oleh:
Unit Penerangan dan Penerbitan,
Keluarga Pelajar-pelajar Perlis,
Sesi 2025/2026

[ UCAPAN | SANAH HELWAH MEI DAN JUN ]"Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia lain," (HR. T...
10/06/2026

[ UCAPAN | SANAH HELWAH MEI DAN JUN ]

"Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia lain,"

(HR. Thabrani dan Daruquthni)

Keluarga Pelajar-pelajar Perlis sesi 2025/2026 ingin mengucapkan "Selamat Hari Lahir" kepada semua anak Perlis di bumi Mesir yang lahir pada Bulan Mei dan Jun.

Bulan Mei :

- (10/5) Ummu Fakhrina Binti Mohd Fakhruddin Arrazi
- (11/5) Faiz Ammar Bin Faiz
- (13/5) Atif Ubaidah Bin Bukhari
- (14/5) Siti Aminah Binti Ismail
- (15/5) Muhammad Syahir Bin Haron
- ⁠(15/5) Nur Farah Aina Binti Mohamad Bakri

Bulan Jun :

- (12/6) Ahmad Rusyaidi Bin Rohaizi
- (15/6) Muhammad Lutfil Hadi Bin Khairul Azhar
- (16/6) Wan Nur Syasya Binti Wan Sa’idin
- ⁠(17/6) Muhammad Afif Jazimin Bin Mohd Zamawi
- ⁠(23/6) Muhammad Nabil Bin Ahmad Yazi

Semoga kalian memperoleh umur yang panjang dan diberkati serta sentiasa dibawah jagaan dan perlindungan rahmat Allah SWT.

Semoga dengan meningkatnya usia kita, bertambah juga amalan kita kepada Allah SWT, Aamin.

"Belajar, Beramal, Bertakwa"

Disediakan oleh :
Unit Kebajikan,
Keluarga Pelajar-pelajar Perlis,
Sesi 2025/2026.

[ GAMBAR SEKITAR | MALAM GEMA TAKBIR AIDILADHA 26 ]Berikut merupakan gambar suasana sekitar Majlis Malam Gema Takbir Aid...
26/05/2026

[ GAMBAR SEKITAR | MALAM GEMA TAKBIR AIDILADHA 26 ]

Berikut merupakan gambar suasana sekitar Majlis Malam Gema Takbir Aidiladha yang telah diadakan pada hari Selasa, 26 Mei 2026.

Majlis dimulakan dengan solat isyak berjemaah beserta takbir raya.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan YDP Keluarga Pelajar-pelajar Perlis sesi 2025/2026, Ustaz Muhammad Zuhdi bin Hisharuddin.

Majlis Gema Takbir tersebut diakhiri dengan sesi bergambar.

“Belajar, Beramal,Bertakwa.”

Disediakan oleh:
Unit Penerangan dan Penerbitan,
Keluarga Pelajar-pelajar Perlis,
Sesi 2025/2026.

[ MAKLUMAN | MAJLIS IFTAR JAMAIE & MALAM GEMA TAKBIR ]Butiran program adalah seperti berikut :Tarikh : 26 Jun 2026 (Sela...
25/05/2026

[ MAKLUMAN | MAJLIS IFTAR JAMAIE & MALAM GEMA TAKBIR ]

Butiran program adalah seperti berikut :

Tarikh : 26 Jun 2026 (Selasa)
Masa : 7.15 malam
Tempat : Dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Asrama Rumah Negeri Perlis, Kaherah.

Tentatif penuh boleh dilihat pada poster dibawah.

Dijemput kepada semua warga Keluarga Pelajar-pelajar Perlis untuk hadir.

"Belajar, Beramal, Bertakwa"

Anjuran:
Jabatan Yang Dipertua dengan kerjasama Unit Dakwah dan Ilmiah
Keluar Pelajar-pelajar Perlis
Sesi 2025/2026

[ IKLAN PENUTUPAN  TEMPAHAN HAIWAN KORBAN ] Sukacita dimaklumkan tempahan haiwan korban sempena Hari Raya Aidiladha tela...
23/05/2026

[ IKLAN PENUTUPAN TEMPAHAN HAIWAN KORBAN ]

Sukacita dimaklumkan tempahan haiwan korban sempena Hari Raya Aidiladha telah ditutup.

Jutaan terima kasih buat semua yang menyertai tempahan sempena Hari Raya Aidiladha.

Jazakumullahu khairan kathira...

" Belajar, Beramal, Bertakwa "

Disediakan Oleh :
Unit Teknikal dan Rakaman,
Keluarga Pelajar-pelajar Perlis,
Sesi 2025/2026

[ POSTER | TARIKH-TARIKH PENTING DI BULAN ZULHIJJAH ]Rasulullah ﷺ bersabda:“Tidak ada hari-hari yang amal soleh padanya ...
17/05/2026

[ POSTER | TARIKH-TARIKH PENTING DI BULAN ZULHIJJAH ]

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tidak ada hari-hari yang amal soleh padanya lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini (10 hari awal Zulhijjah).”
(Riwayat Al-Bukhari)

10 hari terawal Zulhijjah merupakan antara hari yang paling dicintai Allah untuk dilakukan segala amal soleh.Sehubungan dengan itu, Unit Dakwah dan Ilmiah sesi 2025/2026 menyeru seluruh mahasiswa dan mahasiswi Keluarga Pelajar-pelajar Perlis agar mengambil peluang ini dengan:

• Menjaga dan
menyempurnakan solat lima
• Puasa sunat
• Berzikir
• Membaca Al-Quran
• Bersedekah
• Berdoa dan bermuhasabah

Semoga setiap amalan kecil yang kita lakukan menjadi asbab keampunan, rahmat dan reda Allah SWT buat kita semua.Jangan lupa juga untuk merebut peluang berpuasa pada Hari Tarwiyah dan Hari Arafah.

Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan mengurniakan keberkatan dalam kehidupan kita semua.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank rasmi Keluarga Pelajar-pelajar Perlis:

AGRO BANK
KELUARGA PELAJAR-PELAJAR PERLIS
1-00-5181-00012066-0

“Belajar, Beramal, Bertakwa”

Disediakan oleh:
Unit Dakwah dan Ilmiah
Keluarga Pelajar-pelajar Perlis
Sesi 2025/2026

[ UCAPAN RASMI ]Ucapan Ulang Tahun  Ke-83 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almar...
17/05/2026

[ UCAPAN RASMI ]

Ucapan Ulang Tahun Ke-83 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis.

Saf Kepimpinan Ahli Jawatankuasa Tadbir dan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam Keluarga Pelajar-pelajar Perlis Sesi 2025/2026 dan seluruh mahasiswa Perlis Mesir mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-83 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis pada 17 Mei 2026 bersamaan 29 Zulkaedah 1447H.

"RAJA BERDAULAT RAKYAT BERILMU
NEGERI SEJAHTERA PERLIS MAJU"

DAULAT TUANKU !

"Belajar, Beramal dan Bertakwa"

Disediakan oleh :
Unit Penerangan dan Penerbitan,
Keluarga Pelajar-pelajar Perlis,
Sesi 2025/2026.

Address

Cairo
CAIRO,

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis Mesir Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Restaurant

Send a message to Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis Mesir Official:

Share