26/06/2021
Say no to SELEKEH.
Bak kata orang, “first impression” penting. Ini kerana, sebelum seseorang mengenali hati budi kita, orang akan lekas membuat tanggapan ringkas menerusi penampilan luaran kita dan adalah amat mustahak untuk kita sentiasa bersedia dalam keadaan apa pun iaitu menjaga penampilan diri supaya aura positif diri itu sentiasa terpancar buat semua yang melihat.
Tidak susah mana pun hendak menjaga penampilan diri, biar pakai pakaian yang tidak berjenama asalkan kelihatan rapi dan kemas. Untuk pengetahuan semua, CoffeeTea Mug kongsikan panduan bagaimana hendak kelihatan sempurna dengan mengelak empat gaya ini jika tidak mahu dilabel sebagai selekeh.
1. Elak Pakai Pakaian Lusuh.
Helaian fesyen warna hitam memang bisa buat penampilan sesiapa sahaja kelihatan anggun dan bersesuaian. Namun, jangan cari pasal dengan mengenakan pakaian hitam yang warnanya boleh dikategorikan sebagai lusuh. Jika mahu pakai hitam, cari warna pakaian yang betul-betul ‘hitam legam’ dan bukannya tona hitam yang samar-samar kerana warna ini kelihatan lusuh.
2. Elak Pakai Pakaian “Tidak Putih”.
Sama seperti pakaian hitam di atas, jika hendak pakai pakaian putih, cari warna putih yang benar-benar putih. Bukannya putih kekuningan atau warna putih yang nampak lebam.
3. Jangan Senseng Lengan Tanpa Berlipat
Kalau ye pun anda sedang moody dan malas, jangan sesekali menolak lengan baju ke atas tanpa melipatnya terlebih dahulu. Jika benar mahu senseng lengan, lipat ia dengan rapi agar tampak sempurna dan kemas. Dengan cara itu, anda tidak akan kelihatan selekeh.
4. Janggut Tidak Terurus
Lelaki selalu fikir yang mereka akan jadi lebih maskulin apabila membela janggut dan jambang yang tebal walhal, itu sebenarnya menampakkan seolah mereka seorang yang malas menjaga keterampilan diri. Untuk itu, setiap hujung minggu sila rajinkan diri untuk trim jambang dan janggut supaya kemas senantiasa. Jangan tunggu hujung bulan, bila dah nampak berserabut baru hendak buang
S**a dengan tips saya?
Follow, Like and Share CoffeeTea Mug (https://m.facebook.com/mugbyshaa)