28/06/2025
Kak Maya mencari pekerja untuk stall burger.
Skop kerja :-
1. Setup opening dan closing
2. Potong bahan untuk jualan
3. Masak burger
4. Kemas stall agar bersih termasuk kawasan persekitaran yang digunakan
Lokasi stall di :-
1. Taman Kajang Utama - 5pm ~ 2am
2. Jade Hills Kajang - 4pm ~ 1am
3. Taman Cheras Perdana - 4pm ~ 1am
Yang penting mestilah komited, jujur, rajin, pembersih dan kemas ya. Ini WAJIB & KEUTAMAAN. Tak penuhi ciri-ciri ini, maka tidak layak memohon.
Diutamakan lelaki kerana kerja sesi malam ni biasanya perempuan susah la nak kerja kan. Samada suami tak bagi atau mak ayah risau keselamatan. Namun andai perempuan mampu beri komitmen, Kak Maya ok je.
Gaji dikira harian namun bayarannya adalah secara bulanan.
Bonus akan diberi jika sales mencapai target. Semakin rajin dan banyak sales, semakin tinggi la gaji korang.
Untuk permulaan, kiraan gaji harian minimum RM50. Namun gaji akan dipertimbangkan mengikut perkembangan dan tahap kecekapan. Gaji harian akan diberitahu ketika interview mengikut pengalaman pemohon. Namun jika pemohon tiada pengalaman juga dialu-alukan.
Berminat? Boleh hubungi Kak Maya untuk sesi temuduga dan training (2 minggu atau lebih jika perlu).
www.wasap.my/601126389770/KerjaBurger
Pastikan yang memohon kerja ada kenderaan sendiri atau sekurangnya ada initiative untuk datang ke tempat kerja menggunakan public transport.
Kak Maya perlukan seorang yang betul-betul serious nak bekerja. Andai sekadar nak cuba nasib atau nak test market atau sekadar nak try cover belanja untuk sebulan sebaiknya janganlah mohon ya. Penat kalian dan penat kat Kak Maya juga 😅
Kalau setakat kerja untuk cover duit makan sehari dua lepas tu buat perangai suka-suka nak datang, suka-suka datang lambat, suka-suka tinggal stall tengah niaga, maaf anda bukan yang Kak Maya cari.