30/03/2019
Resepi by AJ's Kitchen (utk 2 3 orang makan-14 keping)
Bahan2:-
2 cawan tepung gandum
3 sudu mkn minyak masak
4 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh yis
1/4 sudu teh baking soda
1/2 cawan air suam
Cara2:-
1. Masukkan tepung, minyak masak, garam, gula, yis, baking soda ke dalam mangkuk dan gaul menggunakan tangan
2. Masukkan air suam sikit demi sikit sampai habis dan sampai adunan menjadi doh
3. Rehatkan 15 minit
4. Bulat-bulatkan doh (boleh dapat dalam 14 doh saiz bola pingpong)
5. Uli l***r, tidak tebal dan tidak terlalu nipis
6. Panaskan minyak
7. Masukkan doh l***r tadi ke dalam minyak panas dan simbah-simbahkan minyak panas d bahagian atas supaya doh mengembang dan terbentuknya roti puri 😂
8. Siap dan boleh lah makan, cicah kari ayam, kari daging, kuah sardin, kual dhal atau apa-apa sahaja ikut s**a 😊😊
Selamat mencobaaaa 😘