10/07/2021
Bismillahirrahmanirrahim.. sekejap je hari ni dah 30 Zulkaedah hampir sangat ke bulan mulia zulhijjah masyaAllah... Cepatnya masa berlalu kan.
Teringat akak waktu di Mekah dulu, selesai subuh di masjid dan tawaf sunat kami berjalan balik ke hotel, akan nampak deretan kedai kedai makan nasi arab dan kebab. Baunya masyaAllah sangat harum dan menyelerakan!
Kelihatan deretan jemaah sedang mengambil giliran membeli dan nak masuk ke kedai. Ramainya tak tau nak kata la.
Jika bernasib baik dapat lah kami masuk duduk untuk makan, selalunya kami akan bungkus bawa pulang sahaja. Tempat limited dan penuh!
Nanti bila ada kesempatan akak ceritakan kedai nasi arab favourite kami ye. Kat situ lah akak nampak periuk besar besar lebih besar daripada ni 😂.
Yang menempah hari ni, InsyaAllah team kami sedaya upaya menyiapkan ikut masa yang ditetapkan ok. Terima kasih banyak tulus ikhlas daripada kami ❤️