13/12/2020
“When life gives you lemons, make lemonade & sell it!”😎
Walaupun amat terkesan dgn pandemik yg berlaku kerana Tadika Taska Daie Bestari tidak dapat beroperasi, saya tidak lah berpeluk tubuh meratapi nasib tetapi bangkit menjalankan pelbagai perniagaan lain agar dapat menampung bayaran overheads yg tetap perlu dilunaskan walaupun tidak digunakan, sewa 3 cawangan yg melebihi 12k & gaji hampir 20orang guru-guru.
Alhamdulillah, rezeki saya, Allah kurniakan team yang sangat positif & sanggup menyahut cabaran maka setiap hari kami mula mencuba macam-macam resipi yang kami tahu & tak tahu😅 (google, try & adjust). Kelas online tadika & kafa tetap berjalan spt biasa jadi sambil set-up kelas prepare lesson plan, kupas bawang pegang senduk jugak🤣 kadang-kadang dlm kelas, bunyi oven “TING!” atau Noxxa “Tet-tet-tet-tet”
Semalam genap sebulan Dapur Tcer terhasil, salah satu cabang niaga kami musim Covid ini, selain penjualan tilam daycare, dimsum & pau halal serta icecream buatan sendiri, Cryo’s Popsicle.
Kami masak betul-betul seperti masak untuk makan keluarga sendiri. Sebagaimana kami dalam menjaga & mendidik anak2, “passion” yang sama kami curahkan ke dalam masakan kami.
Alhamdulillah feedback drp pelanggan buat kami teruja untuk teruskan usaha kami & juga mencuba resipi baru. Ada banyak lg testimoni yg kami x sempat rakam/simpan. Terima kasih yg tak terhingga buat semua atas sokongan & kata-kata semangat. Terima kasih team teachers Nurul Fatihah, Eyra Mohd Noor, Ziela, Saida, Aqilah, Intan, Anis, Rina Ridz, Anis Adham, Shaeda Uesop, Yusra Yusoff, Nazira Azizan, Yusma Haniey, Fatin Izzati, Arina Atiqah, Nora Zilah, Ros Atikah Wagiman
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️