21/05/2026
📢 MAKLUMAN KENAIKAN HARGA MENU MINUMAN
Assalamualaikum & salam sejahtera pelanggan NNEGO FOODTRUCK ❤️
Dimaklumkan bahawa bermula 28 Mei 2026 (selepas Raya Haji), akan berlaku sedikit kenaikan harga bagi menu minuman kami.
Kenaikan ini berlaku disebabkan kos bahan mentah dan kos modal yang semakin meningkat. Walau bagaimanapun, kami tetap komited untuk mengekalkan rasa, kualiti dan portion terbaik untuk semua pelanggan 😊
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda yang sentiasa bersama kami.
Jumpa anda di NNEGO FOODTRUCK! ☕🥤