OLIVE HOUSE Perai/Prai

OLIVE HOUSE Perai/Prai Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from OLIVE HOUSE Perai/Prai, NO. 1015, TAMAN BUNGA RAYA, Jalan Baru.

ASYSYAKIRIN OLIVE HOUSE (PG0374616-T)
201503240918

Realisasi Gaya Hidup Aafiyat
No. 1 di Malaysia
Raja Segala Minyak Zaitun

๐Ÿ“ Available at Alpro, Kaisar, Lautan & HealthLane Family Pharmacies, as well as Olive House agents & online marketplaces.

13/05/2026

Hati yang bersih datangnya dari hati yang sihat..dari hati yang Aafiyat.. Terima kasih Olive House Malaysia - HQ ๐Ÿ™‚

13/05/2026

๐ŸŽ™๏ธ ๐๐จ๐๐œ๐š๐ฌ๐ญ ๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐š๐ข๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Jom saksikan slot istimewa Podcast Salam Baitullah bersama panel jemputan khas dari Olive House.

๐Ÿ“Œ Tajuk: Bersedia Menjadi Tetamu Allah, atau Sekadar Teruja?
๐Ÿ“… Tarikh: 13 Mei 2025 (Malam Ini)
โฐ Masa: 7:45 pm

Setiap episod podcast akan disertakan dengan Kuiz Harian bersama Olive House! ๐ŸŽ‰

Penonton yang berjaya jawab dengan tepat berpeluang membawa p**ang produk hamper Olive House bernilai RM150 ๐Ÿ˜

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sertai dan rebut hadiah menarik ini!

Hidup Aafiyat, Ibadah Nikmat.

10/05/2026

โ€œTak semua wanita menyambut Hari Ibu dengan rasa yang sama.โ€

Dalam pada ramai ibu hari ini diraikan dengan pelukan anak-anak dan ucapan daripada suami tercinta, ada juga wanita yang sedang menahan rasa dalam diam.

Ada yang baru belajar jadi ibu,
tidur tak cukup, emosi turun naik, tapi tetap cuba jadi yang terbaik setiap hari.

Ada yang menyambut dengan senyuman,
dan ada juga yang menyambut dengan rasa rindu yang tak pernah hilang.

Ada yang membesarkan anak seorang diri.
Ada yang menyayangi sepenuh hati walaupun bukan dari rahim sendiri.

Ada yang sedang kuat melawan sakit,
tapi masih lebih risau tentang keluarga daripada diri sendiri.

Dan ada juga yang setiap tahun hanya mampu melihat ucapan Hari Ibu tak dituju kepadanya,
sambil memujuk hati yang masih menunggu zuriat dengan penuh doa dan harapan.

Kadang-kadang, kita tak tahu apa yang sedang seseorang wanita lalui di sebalik senyumannya.

Hari Ibu bukan sekadar tentang sambutan atau hadiah, tetapi tentang menghargai kasih, pengorbanan, dan kekuatan seorang wanita dalam apa jua fasa kehidupannya.

Untuk semua wanita yang sedang berjuang dengan cara masing-masing,
semoga hati kalian sentiasa dipermudahkan, dikuatkan, dan dipenuhi kasih sayang yang tidak pernah kurang nilainya.

Selamat hari ibu๐Ÿค.

08/05/2026
06/05/2026

Pening kan...Bila semua nampak โ€œextra virgin olive oilโ€, tapi hakikatnya tak semua bagi manfaat.

Scroll sikit, jumpa lagi.
Brand lain p**a.
Semua nampak premium. Semua nampak sihat.

Akhirnya kita pilih. Dalam hati cuma harap, semoga ini yang betul.
Tapi jujurnya, ada yang kita ambil tu cuma minyak biasa.

Bukan manfaat sebenar yang kita sangka.
Sebenarnya, tak semua minyak zaitun sama.

Yang paling berkualiti dipanggil Extra Virgin Olive Oil atau EVOO.

Ia diperah dengan proses minimum dan paling dekat dengan bentuk asal buah zaitun.

Yang lain seperti refined atau pure p**a sudah melalui pemprosesan tambahan.
Sebab itu nutrisi dan antioksidannya tidak sama.

Nilai sebenar minyak zaitun ada pada antioksidan dia.

Dalam EVOO, ada polyphenol seperti hydroxytyrosol yang bantu lindungi sel daripada tekanan oksidatif.

Sebab itu kalau pernah rasa minyak zaitun yang sedikit pahit dan ada rasa pedih di hujung tekak, itu sebenarnya tanda dia masih kaya dengan komponen aktif.

Ramai tak tahu, itu bukan rasa pelik. Itu tanda kualiti.

Tapi ada satu perkara yang ramai terlepas pandang.

Minyak zaitun, terutamanya EVOO, memang lebih sensitif berbanding minyak lain seperti minyak sawit atau minyak kelapa dara.

Minyak zaitun ada tiga musuh utama:
โ€ข haba
โ€ข cahaya
โ€ข udara

Kalau tak dijaga, antioksidan dalam minyak tu boleh menurun perlahan-lahan.

Bukan sebab minyak tu tak bagus. Tapi sebab dia memang delicate dan kaya dengan komponen aktif.

Dan bukan jenis saja penting. Cara kita ambil pun beri kesan.

Sekarang ramai s**a bentuk softgel.
Mudah. Telan dan selesai.

Tak salah. Memang praktikal.

Cuma dalam proses hasilkan softgel, biasanya melibatkan haba dan proses tertentu.

Sedangkan minyak zaitun sensitif dengan faktor tersebut.

Maksudnya, bila dah melalui proses itu, nilainya mungkin tidak sama seperti minyak perahan pertama.

Akhirnya, ini bukan soal mana betul atau salah.
Yang penting, kita faham apa yang kita pilih.

Sebab apa yang kita ambil setiap hari, itulah yang membentuk kesihatan kita.

Jujur sikit.

Selama ini beli sebab tahu beza atau sekadar nampak label โ€œextra virgin olive oilโ€?

06/05/2026
01/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Ÿ ๐Œ๐„๐ˆ
๐๐”๐€๐“ ๐’๐„๐Œ๐”๐€ ๐๐„๐‰๐”๐€๐๐† ๐‘๐„๐™๐„๐Š๐ˆ

Hari ini mungkin nampak macam cuti biasa.
Tapi sebenarnya, ini hari untuk hargai usaha yang kita lalui setiap hari.

Bangun awal, kejar target, hadap cabaran, dalam masa yang sama jaga keluargaโ€ฆ
bukan sesuatu yang mudah.

Buat anda, usahawan Olive House,
apa yang anda buat hari ini bukan sekadar cari rezeki.

Anda sedang bina sesuatu untuk masa depan.
Untuk diri sendiri, dan untuk orang yang anda sayang.

Kami di Olive House sentiasa ada bersama anda,
dan bangga dengan setiap langkah yang anda ambil.

Teruskan melangkah.

Selamat Hari Pekerja.

Address

NO. 1015, TAMAN BUNGA RAYA
Jalan Baru
13700

Opening Hours

Monday 10:00 - 21:00
Tuesday 10:00 - 21:00
Wednesday 10:00 - 21:00
Thursday 10:00 - 21:00
Friday 10:00 - 21:00
Saturday 10:00 - 21:00
Sunday 10:00 - 21:00

Telephone

0134619694

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OLIVE HOUSE Perai/Prai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Restaurant

Send a message to OLIVE HOUSE Perai/Prai:

Share