AKU DAN LAUT

AKU DAN LAUT Love about sea, im always touch sea for my routine life. Live at sea in my work time.. im the sea man .

Just share about sea water and weather for people know how big is sea.

SIANG MALAM PIKIR TENTANG RAKYATBagi Anwar Ibrahim, soal kos sara hidup bukan perkara yang boleh dianggap selesai hanya ...
04/10/2026

SIANG MALAM PIKIR TENTANG RAKYAT

Bagi Anwar Ibrahim, soal kos sara hidup bukan perkara yang boleh dianggap selesai hanya kerana beberapa bantuan sudah diberikan. Tekanan yang dirasai rakyat dalam kehidupan harian masih perlu diberi perhatian.

Sebab itu kerajaan terus mencari ruang untuk mengurangkan beban, sama ada melalui bantuan tunai, subsidi, kawalan kos mahupun program yang boleh membantu rakyat menambah pendapatan.

Anwar sendiri mengakui rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup. Pada Ogos lalu, beliau mengumumkan enam ikhtiar segera yang menyentuh antaranya subsidi bahan api, penyelenggaraan sekolah dan pembiayaan mikro.

Pendek kata, kerja belum selesai. Hari ini mungkin satu masalah dapat dikurangkan, esok mungkin muncul p**a tekanan baharu yang perlu ditangani.

Antara langkah besar ialah STR dan SARA. Bagi 2026, kerajaan memperuntukkan RM15 bilion untuk kedua-dua program tersebut dengan kira-kira sembilan juta penerima mendapat manfaat.

Pada masa sama, kerajaan cuba memastikan subsidi sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Prinsip yang ditekankan ialah perubahan sistem tidak sepatutnya mengabaikan kebajikan majoriti rakyat.

Anwar juga beberapa kali menyentuh bagaimana kenaikan harga yang nampak kecil boleh memberi kesan besar kepada keluarga berpendapatan rendah. Sebab itu isu kos sara hidup terus diletakkan sebagai perkara yang perlu ditangani secara serius.

Bantuan p**a bukan sekadar memberi wang untuk digunakan hari ini. Kerajaan turut mahu membuka peluang kepada rakyat untuk berniaga, mendapatkan modal dan akhirnya mempunyai pendapatan sendiri yang lebih kukuh.

Sudah tentu tidak semua masalah boleh selesai dalam masa singkat. Harga barang, gaji, peluang pekerjaan, perumahan dan kos membesarkan keluarga semuanya memerlukan penyelesaian yang berterusan.

Akhirnya ukuran paling mudah tetap kehidupan rakyat. Kalau ekonomi berkembang tetapi rakyat masih terasa sempit, usaha perlu diteruskan. Sebab itulah fokus mengurangkan beban kehidupan rakyat kekal menjadi antara agenda yang terus dibawa Anwar dan pentadbirannya.

sumber putra daily





Penceramah Motivasi Dikaitkan Dakwaan 'Grooming', Gangguan Seksual Terhadap Remaja Bawah Umur Direman Dua Hari KANGAR: S...
04/10/2026

Penceramah Motivasi Dikaitkan Dakwaan 'Grooming', Gangguan Seksual Terhadap Remaja Bawah Umur Direman Dua Hari

KANGAR: Seorang penceramah motivasi yang dikaitkan dengan dakwaan kes gangguan seksual terhadap mangsa bawah umur dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar, di sini, hari ini untuk proses permohonan reman oleh polis.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah, Mohd Amiruldin Roslan membenarkan permohonan polis untuk menahan reman suspek selama dua hari.

Terdahulu, lelaki yang memakai pakaian hitam itu dilihat tiba di perkarangan mahkamah jam 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan polis serta dikawal ketat anggota keselamatan.

Semalam, polis mengeluarkan kenyataan meminta seorang penceramah motivasi untuk tampil bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan kes gangguan seksual terbabit.

Ketua Polis Perlis Deputi Komisioner Hamzah Hashim dilaporkan berkata, pihaknya mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian yang mengaitkan penceramah terbabit, jam 2.09 pagi, 26 September lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, media melaporkan pendedahan mengejutkan beberapa mangsa wanita di media sosial yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual dan manip**asi (grooming) oleh lelaki berstatus suami orang itu.

Modus operandi penceramah itu adalah mendekati mangsa melalui aplikasi TikTok atas alasan urusan kerja atau pelajaran, sebelum berani mengajak mangsa menjadi 'sugar baby' dan mendaftar masuk ke hotel.

Susulan pendedahan yang tular, Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek pada Khamis lalu mengarahkan semua program di sekolah yang membabitkan penceramah bebas itu dihentikan serta-merta berikutan ia membabitkan aspek keselamatan serta perlindungan murid.

Gambar : Seorang penceramah motivasi yang dikaitkan dengan dakwaan kes gangguan seksual dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar, hari ini untuk permohonan perintah reman.

Sumber : Berita Harian





Darah, lebam pada badan mangsa, pelajar 16 tahun di Yong Peng ditemui maut di sekolah dipercayai dibunuhBatu Pahat: Poli...
04/10/2026

Darah, lebam pada badan
mangsa, pelajar 16 tahun di Yong Peng ditemui maut di sekolah dipercayai dibunuh

Batu Pahat: Polis merampas telefon bimbit, pakaian dan selipar susulan penahanan remaja lelaki berusia 16 tahun kerana disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Yong Peng, dekat sini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, suspek ditahan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, 7 malam hari kejadian selepas polis menerima maklumat berhubung penemuan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

"Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang 3 Oktober lalu, polis menerima maklumat daripada orang awam yang menemui mangsa dalam sebuah dewan di sebuah sekolah di Yong Peng.

Mangsa mengalami beberapa kecederaan di beberapa bahagian kepala serta badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian
Suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan dibenarkan ditahan selama enam hari bermula 4 hingga 9 Oktober bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh
Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif dan punca kejadian serta menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan.

Sunber utusan





ANGGOTA TENTERA DI TAHAN, PISTOL, PELURU DAN AIR KETUM. KUALA LUMPUR: Seorang anggota tentera ditahan selepas didapati m...
03/10/2026

ANGGOTA
TENTERA DI TAHAN, PISTOL,
PELURU DAN AIR KETUM.

KUALA LUMPUR: Seorang anggota tentera ditahan selepas didapati membawa sepucuk pistol, puluhan butir peluru dan cecair disyaki ketum di kawasan parkir kenderaan kem tentera, di sini, Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Superintendan Lim Chun How dalam kenyataannya petang tadi memaklumkan lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, jam 12.42 tengah malam.

Hasil semakan mendapati anggota tentera itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan dua kes dadah dan satu kes jenayah.

Beliau berkata anggota tentera terbabit direman lima hari untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Tempoh reman suspek berakhir hari ini, namun ia dilanjutkan lima hari lagi sehingga 8 Oktober hadapan.

Krdt berita harian





PEKERJA TANPA PERMIT Kota Bharu: Jabatan Imigresen akan meningkatkan penguatkuasaan di restoran tomyam di seluruh negara...
03/10/2026

PEKERJA TANPA PERMIT

Kota Bharu: Jabatan Imigresen akan meningkatkan penguatkuasaan di restoran tomyam di seluruh negara, susulan dakwaan pihak berkuasa Thailand bahawa kira-kira 100,000 pekerja di premis berkenaan di Malaysia tidak mempunyai permit kerja sah.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya mengambil maklum dakwaan berkenaan.

"Berdasarkan rekod Jabatan Imigresen, sehingga 15 September lalu, terdapat 12,629 Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih aktif di bawah kategori restoran.

"Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana warga asing yang melakukan kesalahan imigresen atau menyalahgunakan pas untuk bekerja atau menjalankan aktiviti perniagaan yang tidak dibenarkan," katanya.

Beliau berkata, penguatkuasaan akan dipertingkatkan bagi memastikan pekerja asing mematuhi syarat pas yang dikeluarkan serta undang-undang imigresen Malaysia.

Zakaria berkata, jabatan itu akan terus memantau sektor berkenaan dan mengambil tindakan terhadap warga asing yang didapati melakukan kesalahan imigresen.

Kenyataan Zakaria itu menyusuli dakwaan pihak berkuasa Thailand bahawa kira-kira 100,000 pekerja di restoran tomyam di Malaysia bekerja tanpa permit yang sah.

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, Pemangku Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan Thailand (SBPAC), Chonthanya Saengphum, dilaporkan berkata, terdapat kira-kira 200,000 rakyat Thailand yang bekerja di kira-kira 5,000 restoran tomyam di Malaysia.

Beliau mendakwa lebih separuh daripada jumlah berkenaan tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Isu itu mendapat perhatian berikutan ramai rakyat Thailand bekerja dalam sektor restoran, khususnya di negeri yang bersempadan dengan Thailand termasuk Kelantan.





HUKUMAN DEMI MARUAH ANAK“Demi Maruah Anak, Bapa Berdepan Hukuman Penjara 13 Tahun Akibat Menetak Perogol.”Seorang pekerj...
02/10/2026

HUKUMAN DEMI MARUAH ANAK

“Demi Maruah Anak, Bapa Berdepan Hukuman Penjara 13 Tahun Akibat Menetak Perogol.”

Seorang pekerja ladang berusia 34 tahun dijatuhi hukuman penjara 13 tahun oleh Mahkamah Tinggi Tawau selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki yang dikaitkan dengan kes rogol anak perempuannya yang ketika itu baru berusia 12 tahun.

Kes berlaku antara jam 7.30 malam pada 31 Ogos hingga tengah hari 1 September 2024 di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Cina Ranggu, Tawau. Lelaki yang meninggal dunia dikenali sebagai Martin Sili, 33 tahun.

Menurut fakta kes, anak perempuan tertuduh memberitahu ibunya bahawa dia telah dirogol oleh Martin di kawasan semak ketika dalam perjalanan p**ang ke rumah.





BAITULMAQDIS  IBU NEGARA PALESTINaSeorang aktivis Amerika sedang memeriksa barang-barang lama milik neneknya apabila dia...
02/10/2026

BAITULMAQDIS IBU NEGARA PALESTINa

Seorang aktivis Amerika sedang memeriksa barang-barang lama milik neneknya apabila dia tiba-tiba menemui satu kejutan yang mengubah segala-galanya.

Dia terjumpa pasport asal neneknya yang diterbitkan pada tahun 1932, yang secara jelas menyatakan Baitulmaqdis (Yerusalem) Ibu Kota Negara Palestin.

Didorong rasa terkejut yang amat sangat sehingga tidak dapat mengawal emosi, dia terus mencapai telefon bimbitnya dan mula merakam video dalam keadaan tangan yang terketar-ketar sambil berkata:

"Mereka telah membohongi kita..Palestin sentiasa dan akan tetap menjadi Palestin."Pasport ini bukan sekadar sehelai kertas biasa, tetapi ia merupakan sebuah dokumen bersejarah yang berusia lebih daripada 90 tahun.

Dokumen ini menjadi bukti kukuh bahawa Palestin bukanlah sebuah tanah kosong tanpa penduduk, sebaliknya ia sudah mempunyai identiti, ibu kota, dan sistem pasport tersendiri lama sebelum berdirinya Negara Isra*l.

Sejarah tidak pernah berbohong.





8 ANGGOTA POLIS DI TAHANKUALA LUMPUR: Lapan anggota polis antara sembilan ditahan atas kesalahan berkaitan air ketum dal...
02/10/2026

8 ANGGOTA POLIS DI TAHAN

KUALA LUMPUR: Lapan anggota polis antara sembilan ditahan atas kesalahan berkaitan air ketum dalam serbuan di Taman Keramat di sini, kelmarin.
Menurut sumber, serbuan dilakukan kira-kira jam 8.45 malam di Jalan AU1 Taman keramat, di sini, hasil kerjasama Cawangan Risikan dan Operasi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya.Lapan anggota ditahan itu membabitkan tujuh yang bertugas di pelbagai cawangan sekitar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, manakala seorang lagi bertugas di IPD Brickfields.

“Turut ditahan bersama mereka di lokasi adalah seorang orang awam,” kata sumber itu.

Sumber sama memaklumkan semua suspek kini ditempatkan di Lokap Balai Polis Hulu Kelang, dengan permohonan reman dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sementara itu, Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Aida Abdul Hamid mengesahkan penahanan itu, dengan siasatan telus dilaksanakan pihak IPD Ampang Jaya.

Krdt berita tv3





Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dijangka men...
01/10/2026

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dijangka mengeluarkan kenyataan media hari ini.

Ia berkaitan isu rakaman video tular membabitkan individu dikaitkan dengannya di sebuah lokasi dipercayai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mohd Shuhaily memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan berkaitan isu terbabit ketika dihubungi wartawan, tengah malam tadi.

Sumber: Berita Harian





LALAKI DAKWA DIRI PRESIDEN Seorang lelaki dipercayai terbabit dalam pengurusan Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Orga...
30/09/2026

LALAKI DAKWA DIRI PRESIDEN

Seorang lelaki dipercayai terbabit dalam pengurusan Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organisation Malaysia (MERHROM) didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas dua pertuduhan berkaitan pertubuhan tidak berdaftar.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Zafar Ahmad Abdul Ghani mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 42 dan Seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] serta memohon dibicarakan.

Address

Ipoh
3200

Telephone

+60185767679

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AKU DAN LAUT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Restaurant

Send a message to AKU DAN LAUT:

Shortcuts

Share

Category